Tuesday, June 3, 2014

Tangan sakit dan kebas

Selamat pagi. hari ni ym nak bercerita tentang gejala kebas tangan. ym mengaku gejala ni ada pada ym terutama semasa menunggang motorsikal. dan untuk pertama kalinya ym jadi gelisah bila terbaca simptom-simptom ni. sebelum ni memang ym buat tak tahu je. tapi sejak rakan ym menceritakan tentang sakit belakang yang dialami oleh rakan ym, ym jadi takut. 

CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.


Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.



Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.



Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.



Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.



Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.



CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.



Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.



Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.



Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.



Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.



Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.


Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.

ok pembaca-pembaca ym yang disayangi sekelian, mencegah lebih baik dari merawat. jadi, jom kita bertindak!



Monday, May 26, 2014

Cara Mendapat Anak Kembar

cewahhhhh.. tajuk tak hingat.. actually, ym belum pregnant lagi la.. tapi sebenarnya ym teringin sangat² nak merasainya. maybe, Allah belum nak bagi rasa lagi kot. untuk pengetahuan reades semua, arwah mak mertua ym ada adik kembar lelaki. so, sebab tu la ym tiba² gatal tangan nak search tentang twin ni. ok, jom ym share faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIKJika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa. 
UMURPerempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
 BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
BERAT dan KETINGGIANPerempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
DIETSeperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

p/s : pendapat ym walau apa cara sekalipun, semua tu di tangan tuhan. As long as anak yang bakal dilahirkan tu sihat sentiasa dan menyenangkan hati mommy dan daddy... 




>