Wednesday, October 10, 2012

Finally... Babai UUM.


Assalamualaikum.
entry pg ni ada la berkaitan hari konvocation di uum yang telah ym hadiri dan konvori. hah! betui ka ayat tu. ok. seperti entery semalam ym datang ke sini sensorang sebab mr♥ tak dapat tempat untuk tidur. so, malamnya mak, ayah dan adik travel bersama dari penang ke hosba iaitu tempat atau rumah tumpangan yang diberi tumpang oleh kawan ym. what a surprise apabila kakak ym berbesar hati untuk mengikut sama ym berkonvo. alhamdulillah bertambah family ym yang hadir. abang ym tidak dapat hadir kerana anak² beliau demam panas. so, ym taknak la membebankan mereka semua untuk hadir ke majlis konvokasi ym ni. 

ok, nak dijadikan cerita seawal jam 5.00 pagi ym dah bangun. bersiap dan makan. ya, makan. kakak kepada tuan rumah ni atau yang ym tumpang makan nasi semalam, telah menyediakan bihun goreng untuk santapan kami 2 keluarga. alhamdulillah. walaupun ym tak berselera untuk makan, namun ym makan juga untuk tidak mengecilkan hati kakak tuan rumah yang masak.

sebelum tu, kakak tuan rumah ni ada anak. anak beliau tu kiranya sepupu kepada kawan ym. ym panggil beliau abang mizi. abang mizi ni bekerja di uum. no wonder la masa ambil jubah hari tu cepat ja member ym dapat. walhal ym yang ambik nombor dulu. so, disebabkan beliau kakitangan uum, maka beliau tahu jalan mana untuk masuk supaya tidak jammed. alhamdulillah. jam 7 lebih sikit macam tu kami dah sampai di sana. walaupun sedikit kalut pada awal pagi tadi.

setibanya di sana, ym meninggalkan segala barang penting iaitu dompet, handset dan sebagainya kepada mak. ym dan rakan terus ke dewan TSO untuk berkumpul. sebelum memasuki dewan konvokesyen iaitu dewan MAS. jam 9.30 ym dan rerakan yang lain bergerak ke dewan MAS. 

lebih kurang jam 11 ym naik ke pentas. dengan perasaan gemuruh dan sayu. sayu?! kenapa sayu. ya, ym sayu kerana teringatkan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk ym sehingga ym ke peringkat ini. terima kasih mak dan ayah. lupa ym nak cerita. dalam dewan di sebelah kanan ym adalah kak norfaezah dan disebelah kiri eina. eina berasal daripada sarawak dan kak faezah tu berasal daripada melaka dan menetap di bkt mertajam. 

selepas ym naik ke pentas, terus ym mau buang air yang telah ditahan sejak pagi lagi. ym mintak untuk keluar dewan dan ym telah disuruh untuk menanggalkan topi graduan. so, ym tanggalkan. nasib menyebelahi ym. sebelum masuk, ym ada bertanya kepada abang mizi samada boleh atau tidak untuk ym masuk ke dewan bersama beg tangan termasuk handset dan dompet. katanya tidak boleh. walhal, di dalam dewan tersebut pelbagai ragam dapat dilihat. so, semasa ym keluar dewan untuk ke tandas, ym terjumpa dengan mak dan mengambil 2 handset ym. nyawa kot. hehehe. selesai, terus masuk ke dewan semula. malangnya topi graduan yang ditanggalkan ym tadi telah bertukar dengan orang dan akibatnya ym mendapat topi buruk. :(sedih.....

kembali ke tempat duduk dan ym mendapati ada mesej daripada mr. beliau dah selamat tiba di uum dengan bas. huhuhu. terharunya rasa. terima kasih yang tidak terhingga kerana sanggup bersusah payah ke sini semata² untuk meraikan majlis konvokesyen ym ni. ym keluar dari dewan sekitar jam 1.00 tengahari dan mulalah sesi fotografi sehingga naik hitam muka ni. sunburn.... muka mr dah berubah sebab lapar. tapi ditahan juga sehingga lah semua selesai.

tengok la gambar² yang sempat diambil semasa di sana.



 

selepas selesai bergambar lebih kurang, mak ayah adik dan kakak ym ke jitra iaitu rumah ngah ym. rumah beliaulah yang ym selalu tumpang semasa belajar. ketika mereka berkunjung ke sana, ym sedang menunggu giliran untuk menghantar jubah. adik ym menghantarkan mesej kepada ym yang mengatakan mak ngah ym tidak sihat. innalillah.. ym janji selepas selesai semua, ym akan ke sana.

sebelum ke sana, mr membelanjakan ym makan mee kari yang ym sedang idamkan sejak beberapa hari lalu. mee kari di marry brown. sedap.. selesai sahaja terus bergegas ke rumah ngah.

subhanallah. sedih melihat mak ngah. beliau sudah tidak ingat ym lagi. badannya lumpuh separuh iaitu di sebelah kanan. menurut cucu beliau yang ym panggil abang ngah, mak ngah jatuh ketika mandi di dalam bilik mandi. sudah beberapa tahun beliau tidak boleh berjalan kerana lututnya tidak dapat menampung berat badannya. 

seingat ym, kali terakhir ym berjumpa beliau adalah pada awal tahun 2012. kesian ym melihat beliau. beliau juga berpesan kepada ym jika terjumpa mana² bomoh yang boleh ubatkannya, belikanlah ubat. dan kalau boleh beliau mahu ubat atau racun yang boleh bagi dia cepat mati. sayu hati ym melihat beliau. ym berpesan kepada abang ngah untuk menelefon ym jika ada apa². lebih kurang jam 7 malam, us pulang ke penang.



mr belanja pula ym makan di secret recipe. katanya sebagi meraikan majlis konvokesyen ym. terima kasih bebanyak ya bb. ayang sangat sangat kat bb. mwah..


ok, sekian sahaja yang ym dapat karangkan untuk hari ni. di entry akan datang ym akan karangkan tentang tips² memasuki konvokesyen.

selamat malam semuanya.







Post a Comment

3 comments:

>