Thursday, October 4, 2012

Redha Allah pada Redha Mak Ayah

assalamualaikum.
nak juga ym update entri time memalam macam ni kan. hm.. sebenarnya ym tengah sedih. sebab tu la ym tak dapat tidur lagi. i wish thay mr♡ dapat baca entri ni. dan most important if mak ayah ym dapat juga baca entri ni.
mak ayah, redha Allah terletak pada redha mak ayah. mohon mak ayah mendoakan kesejahteraan hidup dan meredhakan segalanya.
mak ayah, kakak tak mintak lebih dari tu. hanya doa mengiringi kakak selagi hayat dikandung badan.
ya Allah. tak dapat nak bayangkan betapa sedihnya hati ni tatkala kata2 mak yang seumpama menyumpah atas ketidakbahagiaan kakak. mak, tolong tarik balik mak. kakak mohon sangat. kakak nak hidup bahagia. subhanallah.
ayah... kakak mintak tolong sangat dengan ayah. jangan terlalu bangga sangat dengan anak ayah yang hanya pemegang degree kelas dua bawah ni. degree ni takkan boleh dibawak kemana ayah. kakak tak mintak semua tu. hanyalah doa ayah untuk meneruskan kehidupan kakak ni.
bb, ayang rela bb pergi untuk kita ok. ayang redha walaupun kita terpaksa berjauh. yang pasti jangan buang ayang dari hati dan fikiran bb ok. yang tu yang ayang mintak. ayang akan setia menunggu bb selagi nyawa dikandung badan. buktikan yang kita mampu. tapi, pesan ayang jangan riak dan bongkak ok dengan apa yang kita ada. sebab semua tu bukan milik kita. walaupun ada dalam tangan kita. namun ianya sementara sahaja. bila2 saja Allah boleh tarik dan rampas segala galanya ok.
maafkan ym. malam ni emosi ym sedikit terganggu. 






No comments:

>