Tuesday, December 11, 2012

Bingkisan Kenangan Dgn Uchie

keletah uchie yang sempat ym snap semasa dalam jagaan ym

Uchie, hadiah dr mr♥ selepas ym kehilangan Debab II. Sejak ym jaga uchie, bila blik keja ja uchie akan tunggu ym dan datang dekat kaki ym mintak untuk didukung. Ym dukung terus masuk bilik dan letak uchie atas katil. Lepas tukar baju dan ym sedia untuk mandi dia akan keluar bilik mendahului ym. Terus dia naik atas meja kat tengah. Mintak ym bagi makan. Buka tin makanan dan bagi dia makan. Ym masuk ja bilik air nak mandi, mula la dia bunyi kat luar sampai ym terpaksa tegur suruh diam. Keluar dari bilik air dia still tunggu ym. Laju ja dia ke meja tempat makan dia. Mintak ym tunggu sampai dia sudah makan. Pastu tunggu ym solat kat depan pintu bilik plak. 

Bila ym x nampak dia dalam rumah, ym akan jerit panggil nama dia. Smpai dengar kat rumah jiran. Bila dengar bunyi rantai loceng dia, taula ym yang dia sedang lari ke ym. Sungguh kenal dia dengan nama dia. 

 Bila ym balik darr mana2 dengan kereta. Terus dia lari ke ym dan masuk dalam kereta. bila ym dan family sembang dan berkumpul, beliau akan jadi orang tengah dengar orang sembang. Sedih bila ingat. 

Ayah ym pulak bila nak panggil dia just perlu ketuk tin makanan dia ja. Terus dan pantas uchie sampai. bila ym tiada di rumah, ayah la yang jadi mangsa. ke sana sini uchie akan ikut ayah. sehinggakan time ayah nak solat, uchie akan ikut sama. tapi uchie tahu apa yang boleh dan apa yang tidak. uchie tak akan duduk di atas sejadah.

mak ym pernah pesan jangan terlalu sayangkan kucing. takut nanti jadi macam debab I dan debab II dulu. tapi memang jenis ym bila dah sayang sesuatu memang sayang tahap gaban. 

UCHIE, kalau ada orang yang ambik uchie dan jaga uchie dengan elok, orang redha saja dan harap uchie bahagia dengan tuan or puan baru. Orang tau jodoh kita smpai takat ni ja. UCHIE bukan sepenuhnya milik orang lagi k. Apa2 pon kenangan uchie kat rumah dan keluarga ni tetap dalam ingatan orang sekeluarga. walaupun sat saja orang sempat jaga uchie tapi orang tetap bahagia setelah beberapa kali kehilangan kucing yang orang sayang sebelum uchie. mwah. sayang uchie sampai hujung nyawa.


No comments:

>