Sunday, December 16, 2012

Rindu dan Sunyi tanpa UCHIE

Selamat malam reader.
its been a week since uchie left us (ym & family). rindu, sunyi , kosong dan tak tahu hendak describe macam mana lagi. sehinggakan ym fobia dengan bunyi loceng. even its my own loceng from rantai kaki. mana taknya, ym dan mr♥ yang beli rantai loceng tu specially untuk uchie. dan everytime if ym nak panggil je uchie for sure dengar loceng beliau. yup. its true. really miss him.

ym sedang menonton tv sekarang. dan ym rasa jika uchie masih dalam jagaan ym, beliau lah menjadi peneman ym untuk ym menonton tv. kadang2 sehinggakan membuat beliau tertidur. dan bila ym nak masuk bilik, beliau akan terjaga. sungguh cerdik uchie. walaupun 6 bulan sahaja berada dalam tangan ym. 

balik dari kerja saja ym akan rasa teramat sunyi dan what a surprise when my ayah sendiri said that beliau telah membaca yasin supaya si pengambil uchie dapat memulangkan semula uchie ke tangan kami. hope so. 
suatu ketika dulu ayah ym pernah kehilangan ayam piru. dan dengan berkat Allah s.w.t mereka yang mencuri ayam tersebut telah memulangkan semula. jadi tanpa berfikir panjang ayah juga mencuba dengan kaedah yang sama. katanya, jika Allah mengizinkan uchie untuk pulang ke pangkuan kami sekeluarga, maka jadilah ia. 

sehingga kini ym rasa yang uchie pulang. dan mengharapkan beliau pulang. insyaallah, dengan keajaiban dari Allah S.W.T uchie bakal pulang. dan jika sebaliknya, mesti ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu. semakin hari, ym rasa semakin kuat dan tabah untuk hadapi ketiadaan uchie dalam keluarga ym. namun, kesedihan itu masih terasa. dan ibarat uchie masih ada di dalam keluarga ini. ibarat nak gila ym boleh katakan tentang diri ym kerana, ym sering menyebut nama uchie. begitu sayang ym kepada uchie.

di entry akan datang ym akan ceritakan tentang uchie dari mula perkenalan kami. ym dah rasa macam nak mengantuk.. hahahah.. apa ayat yang ym guna ni. ok lah. sayang semua.







No comments:

>