Saturday, December 15, 2012

Indahnya Bekerja di Hari Sabtu


selamat malam. entry sebelum ym tidur adalah berkaitan kerja sabtu. hahaha. ym perlu kerja la pagi tadi. dah la sepatutnya program bermula jam 1.00 petang. tapi disuruh oleh bos untuk datang seawal jam 11.00 pagi. hua.. disebabkan mr perlu bekerja 8.00 pagi hingga 8.00 malam, so ym kena la pergi kerja sendiri. ym prefer untuk merempit rather than memandu kereta. sebabnya, ye la kan. dah la weekend. of cos manusia, semesta alam. huhuhuhu.

ym telah dikejutkan oleh mr seawal jam 7.00 pagi. dah bangun tu faham² la ye. kena la prepare apa yang patut termasuklah mandi. siap. dan jam 10.00 pagi ym gerak keluar rumah dengan ,otorsikal berkuasa 135 ym. hahaha. bajet macam laju. tapi, hampeh. ok sampai sahaja kat sana, ym pusing merata mencari jalan masuk. program tu diadakan di New World Park, Georgetown, Penang. 1st ke sana, dan terpusing² la ym berseorangan. mujurlah ym datang dengan motor. kalau dengan kereta, maunya ym bebal di situ juga. 

hampir 3 kali pusing, ym decide untuk masuk dan parking dan berjalan mengelilingi area tersebut. jalan punya jalan, terjumpalah ym dengan ofismate ym. dan pada mulanya nak breakfast di food court sekitar tempat tersebut. malangnya telah diberitahu oleh peniaga di situ yang di situ tiada gerai melayu. yang ada hanyalah gerai yang menjual mee goreng dan pasembur. so, terpaksalah we oll breakfast di old town. curlaasss kau jah. 

ok, selesai makan, mulalah kerja we oll. hampir kepenatan. memula ym ingatkan mereka tidak menyediakan makanan. ya lah, ofis ym telah memberi sepenuhnya peruntukan kepada mereka untuk menjalankan program tersebut. so, as aresult, nasib la kalau tiada makanan. luckly, mereka telah menyerahkan rm10 seorang untuk senarai kakitangan yang terlibat kerana mereka tidak menyediakan makanan. so, dapatla ym makan. 

lunch pula, we oll memilih untuk ke old town juga. kerana, jarak perjalanan ke kedai makan adalah jauh. program tersebut telah berlansung sehingga jam 6 petang. dan ym terpaksa pulang awal kerana ym perlu menolong mak dan ayah berniaga pula. 




No comments:

>