Sunday, December 23, 2012

Jadi Orang Kedah

Huh! tak maulah sampai macam ni. jadi orang kedah? tak nak la haku. ok. sebenarnya entry ni sedikit menunjukkan kemurtadan ym terhadap pulau pinang pulau mutiara pulau tercinta. sepanjang hari ym berada di sekitar kedah. alasannya ym perlu menemani mak dan ayah tercinta mengendurikan diri di changloon dan kuala ketil. letih tak terhingga bercampur penat. 


pepagi lagi ym sekeluarga dah bertolak ke changloon. sebabnya, mak ayah ym nak ke tempat kenduri yang jauh terlebih dahulu dan selepas ke tempat yang lebih jauh barulah ke tempat yang sedikit dekat. rasionalnya adalah kerana masa. ya, masa perlu diutamakan. kenduri yang jaraknya jauh dari rumah perlu kita atur dengan baik supaya kenduri² lain dapat kita hadiri. actually, mak ayah ada 4 kenduri hari ni. 2 adalah di kedah yang ym teman beliau dan 2 adalah di sekitar kampung ym. lebih kurang jam 12 kami tiba di sana dan apa yang mengejutkan tempat kenduri adalah di sekitar ceruk Mokkan changloon dan papan tanda untuk ke tempat tersebut tiada. yang ym perasan hanyalah nama pengantin perempuan dan pengantin lelaki tu. so, kami masuk lah mengikut papan tanda tu. sampai sahaja di rumah kenduri, mereka belum makan lagi dan sedang membaca doa untuk tahlil. so, terpaksalah kami menunggu. lebih kurang jam 1, barulah kami dapat makan. selesai makan, as usual mak ayah pasti menyembang terlebih dahulu. maklumla, rumah yang kami pergi tu rumah saudara sebelah mak jugak. ramailah sedara² yang mak jumpa. macam ayah lain pulak. beliau kalau dah jumpa geng menyembang, hah... padah la semua tu. kalau tak balik pon takpa. selagi ada topik. ada sahaja yang beliau sembangkan.

 
sebelum balik, pengantin lelaki dan perempuan sampai. sempat juga ym melihat ke araha hantaran yang dibawa oleh mereka. nak cilok sedikit. hehehehe. ok, selepas tu, bergeraklah kami ke kuala ketil. iaitu tempat kedua kenduri. kononnya nak exit sungai petani. sebab senang nak menuju ke kuala ketil. ym ikut jalan cinta sayang. lastly masuk ikut ladang getah mana ntah. tetiba keluar di padang meha. hahahaha.. lawak. eksyen la konon. lastly sampai sana hampir jam 4 dan makan dan balik. huhuhu..

sampai di rumah sekitar jam 5.30 dan bersiap keluar pulak dengan mr. terus ke mydin bershopping. biasalah. anak mistali. kihkihkih.. ok la. nak story mory tu je. da...



No comments:

>