Saturday, December 22, 2012

YusMa Kursus Kahwin

 
Dahsyat kan tajuk entry ym malam ni. actually ym just nak berkongsi yang ym dan mr berkursus kahwin hari ni. bermula jam 9.00 pagi hinggalah 6.00 petang. mak ai. teringat zaman time study dulu (ceh macam dah lama habih study) time dalam kuliah ja. sure kemengantukan tu wujud. tuhan sahaja yang tau. 

dalam kursus tu, ym duduk sedikit hadapan daripada mr. sebabnya ym takut dan risau kalau² peserta tak cukup, ym kena menapak ke hadapan pula. malas den. so, mr duduk di belakang. menyesal pon ada bila jadi macamtu. tapi nasib baik la mr ada. at least boleh la time mengantuk ym kacau mr dengan mesej² merapu ym. best juga kursus tu. tak dapat ym nak ambik gambar semasa berkursus. risau nanti orang kata ym ni chewiiii plak.

sepatutnya kursus berlansung selama dua hari. tapi, ym tak dapat hadir untuk keesokan harinya kerana perlu menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah mak di changloon dan kuala ketil (hulu kan). hakhakhak.. maunya ada orang kedah atau sekitarnya baca, mau kena hentam ym ni. ok, so ym dah jumpa dengan kerani di situ mintak tunda ke minggu hadapan. bukan ym sorang yang tunda tapi mr pun turut sama. katanya takut boring. ngengehngeh. ym berjaya memujuk mr untuk tidak hadir seorang diri. 

time lunch us makan di nasi ayam periuk besar di pekan kulim tu jugak. oh ya, lupa pulak ym bagitau yang us berkursus di hasani management kulim. kerana kursus tersebut sudah tidak diadakan di pacific prai. so, jadi orang keddd sat la kan. kata mr. hahaha.. 

apa yang kurangnya
 berkursus di situ adalah keadaan dewan yang sempit dan tempat duduk atau kerusi yang tidak selesa. ya la kita duduk berjam² lamanya dan kerusi tersbut yang rendah menyebabkan sakit belakang. tempat berkursus juga adalah di tingkat 3 bangunan tersebut. letih gak la naik tangga. dan yang paling tak best adalah kerana penceramah yang memboringkan. wah.. belum habis kursus dah komplen sana sini. mau tak dapat sijil, kena ambik lain kot. tandas di situ juga tak berapa nak banyak walaupun kapasiti peserta adalah ramai. dah la ym ni kaki buang air.


apa yang lebihnya
dapat duit rm5.00 untuk makan untuk kedua² hari. jadilah dari tak dapat lansung. dapat buku berkenaan rumah tangga ( tak perlu la ym nak menulis banyak² walaupun ym ni kaki dan tangan tulis. kahkahkah. layanan mesra daripada staf di situ. mereka tak lokek dengan senyuman. penceramah sedia berkongsi pengalaman mereka.
 
selesai kursus, us pergi makan char kue tiaw di kota permai. mak ai. punya la jauh makan. hahaha. bukan apa, ym teringin nak makan char kue teow. balik tu, ym perlu tolong mak di pasar malam.

ok, sekian dahulu untuk entry ini malam. da..



No comments:

>