Thursday, September 20, 2012

Aduh sakitnya

Assalamualaikum..
Selamat petang. entry bary yang ym nak post hari ni adalah berkaitan kesakitan. fullamak. memang sedap kalau jari terkena dan luka dengan benda² tajam. 

let me story all of u ok. nak dijadikan cerita, lunch tadi ym tak keluar tapau (bungkus la) makan macam selalu. hari ni we oll di ofis cuma delivery ja. hehehe. jangan heran. duduk dalam pulau ni, semua pakai delivery. bukan saja mc donod delivery, piza hat delivery, dominiq delivery. bahkan nasi bungkus pon dah boleh delivery. ok, selepas memilih untuk memakan nasi goreng kampung dan telur dadar, ym menanti dengan penuh kesabaran.

selepas setengah jam, sampailah delivery yang diorder tadi. dengan bersemangat ym memanggil kekawan untuk membayar makanan yang mereka order. after that, ym pon dengan bangganya membawa bungkusan kesemua makanan tadi keranan ianya dibungkus dalam satu beg plastik. cleaner, greener penang la katakan.

ok, selepas itu, ym membawa la makanan itu ke meja ym untuk membuka ikatan plastik itu. kerana ikatan yang telah diikit oleh tukang masak itu, ikat mati. so, dengan bangangnya ym mengambil gunting untuk mencucuk ke dalam plastik itu. bukannya mengguntingkan terus plastik itu. malangya, dengan sedapnya gunting itu telah menghiris jari ym. aduh! sakitnya. akibatnya, darah meleleh laju. 




sebenarnya ym belum makan lagi dari pagi dan bila darah mengalir laju, ym seperti hendak pitam. terus ym meminta kepada rerakan minyak atau apa² sahaja. tapi, ym tidak dapat berfikir apa yang harus ym lakukan. dalam kesabaran ym membuka laci almari dan mendapati minyak gamat ada dalam laci. ym terus menuangkan minyak. maka, makin banyaklah darah yang mengalir. 


selesai mencuci dan meletakkan plaster, ym terus makan. hua hua hua. makan tetap makan...

No comments:

>