Monday, September 3, 2012

cuti berniaga mengejut


Assalamualaikum.
hari ni monday blues tidak lah melanda ym kerana dengan seikhlas hati ym keluar bekerja walaupun pada awalnya motor susah nak hidup.
di tempat kerja, alhamdulillah dapat melakukan tugas dengan sempurna walaupun jam 3 petang mata ym ibarat digam menggunakan gam cap gajah. alahai.. sempat ym melelapkan mata di meja walaupun hanya beberapa minit.

jam 4.30 petang ym bersiap sedia untuk pulang kerana ym masih lagi mengikut waktu pejabat 1 iaitu WP1 yang waktu bekerjanya adalah bermula jam 7.30 pg dan berakhir jam 4.30 petang.
ym pulang ke rumah dengan rasa tidak sabar. sesampainya di rumah, ym terkejut melihat van mak masih lagi diluar rumah tidak bergerak ke pasar malam. ym masuk ke dalam rumah dan melihat emak sedang sembahyang. risau dengan keadaan beliau, ym cepat2 menukar baju dan turun semula ke bilik mak. ym bertanya mengapa mak tidak berniaga dan mak menjawab dadanya sakit dan tangan kanannya tidak boleh terlalu bergerak. bagai nak luruh jantung ym bila mendengar perkara tersebut.

jumaat lepas 31 ogos 2012 mak ym yang dalam proses menyiapkan barang2 berniaga telah licin di lantai dan menyebabkan beliau terjatuh dan dadanya terkena tong gas. terkejut ym dan mengajak mak ke klinik tapi dibuat tidak endah oleh beliau. katanya sedikit sahaja. hari kedua, keadaannya masih lagi ok. masuk hari ketiga pun masih sama. tetapi, hari ni beliau sudah tidak dapat bertahan dan ym mengajak beliau berjumpa doktor. beliau bersetuju. ym dengan sepantas mungkin mandi, solat dan menyiapkan diri.

siap sahaja terus kami berdua ditemani assyanur amanda ke klinik di kepala batas. lebih kurang setengah jam menunggu, beliau diperiksa oleh doktor dan doktor mengesahkan bahawa keadaan beliau baik2 sahaj cuma bengkak masih lagi ada. doktor memberikan ubat dan kami terus pulang ke rumah.


begitulah keadaan ym jika mak atau ayah dalam keadaan sakit. mak ibarat sebelah kanan badan dan ayah ibarat sebelah kiri badan ym. jika salah seorang sakit, ibarat separuh badan ym lumpuh. Ya Allah, berilah kekuatan kepada mak dan ayahku semoga mereka tidak diduga dengan keadaan sedemikian. sesungguhnya aku amat menyayangi mereka berdua.

sekian sahaja entry cuti ym malam ni. ym perlu tidur kerana esok pulang dari bekerja ym perlu mengikut mr luv menukar tayar motor ym.

selamat malam..




No comments:

>