Tuesday, September 11, 2012

jamuan serba letih dan hepy..

assalamualaikum.
entry malam ni adalah berkaitan aktiviti yang ym jalankan sepanjang hari. sebelum tu, 2 sebab kenapa ym tak update entry.
  • ym dah malas nak guna lappy.
  • update entry guna hs perlu menggunakan mozila sahaja dan ym baru install.
hari ni merupakan jamuan hari raya yang bertajuk "SYOKNYA RAYA SKUAD 1 MALAYSIA". sedapkan tajuk tu. actually jamuan ni adalah di peringkat negeri atau peringkat tertinggi untuk negeri Pulau Pinang. Seperti tahun lepas, daerah lain terpilih untuk menjadi tuan tanah / tuan rumah kepada jamuan atau program ni. kali ni daerah tempat ym bekerja dilantik sebagai tuan tanah untuk mengatur segalanya untuk program ni.

persiapan dilakukan dengan rapi oleh rakan² sekerja. alhamdulillah sampai hari program segalanya berjalan dengan lancar. namun letih. setiap daerah diberi tugas untuk mengendali makanan yang telah ditetapkan. macam daerah ym kami perlu mengendalikan makanan orang penang iaitu pasembur. ha.. bersembur².

sebelum² mak ym yang diberi tender oleh pejabat untuk menyiapkan pasembur ni sebab pasembur kami sedap. hehehe.. tapi tahun ni tidak kesampaian kerana bos ym sendiri buat hal yang menyebabkan mak dan ayah ym tidak mahu menerima tempahan itu. kata mereka ym sekeluarga masih hidup dan tak kan mati kalau tidak terima tempahan yang tidak disukai sendiri oleh bos ym. huhuhu. ym tak kisah pon.

ok, berbalik pada program tu, alhamdulillah. selesai program dengan jayanya dan pertandingan gerai tercantik menobatkan gerai daerah kami mendapat naib johan. jadilah daripada tak dapat lansung. selesai sahaja program hujan turun dengan lebatnya. apa lagi. basah lencun la ym dan 3 orang rakan. takpa ujian dari tuhan.

selesai program ym balik ke ofis dan tepat jam 4.30 petang ym balik rumah sebab ym kan WP1.

ok. wassalam.


No comments:

>