Saturday, September 22, 2012

Sabtuday yang sakit

Assalamualaikum.
hahaha.. apa punya tajuk la yang ym tulis ni. sebenarnya hari ni pagi² ym bangun tidur, ym rasa tekak ni bagai ditusuk dengan duri sembilu. macam lirik lagu apa ntah. begitu la rasanya.
ya, ym sakit hari ni. sakit memang teramat ditambah dengan suara yang rock kalah ratu rock malaysia. bangun dari tidur, ym terus mandi. selepas pekena roti canai yang mak ym beli pagi tadi, ym mintak ubat untuk makan. 


mak terus bagi ubat dan menyuruh ym minum madu dengan cuka nipah. walaweh... macam mana la rasanya tak tau nak cakap. sebagai seorang anak yang taat, ym menurut sahaja perintah mak. mak tuangkan madu tu dengan campuran cuka nipah. mak kacau² kan kedua² benda tu sampai sebati. lalu, ym minum la dengan perasaan yang tak dapat digambarkan.

bau campuran tu, Ya Allah. tak tau nak cakap. macam masam pun ada, basi pun ada. terus ym tutup hidung dan telan campuran tu. hmmm. delicious! word tu saja yang ym boleh describe campuran tadi. sedap. kalau sesapa yang pernah rasa apple cider vinegar, macam tu la rasanya. sedap.

apple cider vinegar tu ym penah minum dulu. kerana terpengaruh dengan fazura. katanya minum vinegar tu boleh jadi kurus. hahaha. tapi tak berhasil pon.


petang ym ke pasar malam macam biasa. nanti ada masa ym akan post cerita tentang kebaikan apple cider vinegar ni.

No comments:

>