Sunday, September 2, 2012

Aidilfitri ke 11

assalamualaikum.
selamat nak tidur. entry sebelum tidur ni ym nak kongsi sikit tentang aktiviti ym sepanjang hari ni. seawal pagi ym dah bangun dan bersiap untuk ke pasar dengan mak ym. mula2 ym dan mak ke kedai yang menjual daging. sebabnya ym hari ni rajin untuk masak disamping komitmen dari segi kewangan daripada keluarga ym yang tinggal berdekatan. ym dan family berkongsi rm40 untuk sebuah rumah untuk membeli daging untuk dibuat bihun sup.

memang rezeki ym la hari ni sebab dapat makan sup ekor. sudah lama berhajat akhirnya tercapai juga. di kedai tersebut hanya tinggal dua ( apa penjodoh bilangan yang sesuai untuk ekor lembu? ), oklah ym kata 2 ekor ekor lembu yang berjaya dibeli ym dengan harga rm67 bagi kedua2nya. alhamdulillah. setelah selesai memborong ekor lembu, tulang lembu dan daging lembu, ym dan mak ke pasar pula untuk mendapatkan bahan2 yang lain seperti bihun, daun sup, daun saderi, cili melaka dan sebagainya lagi. mak ym pula nak beli daun palas atau daun ketupat untuk dibuat ketupat, malangnya di pasar tersebut, tiada dijual daun palas. ym dan mak terpaksa ke kepala batas sekali lagi untuk mencari daun palas. nasib menyebelahi kami, dapat juga daun itu walaupun dah lama. sabar je la.

selesai membeli kami berdua pulang ke rumah untuk masak. ya, ym yang masak, kenapa tak percaya ke? jam 2 petang siaplah bihun sup yang dibuat sendiri oleh ym. pakat2 makan la kami semua. terlupa pulak, menu hari ni bihun sup ekor dan juga cendol buatan mak ym. nyum.. sedap.

di sebelah malam, mr luv menanti dengan penuh sabar. setibanya dari kilang selepas penat bekerja, ym bungkuskan bihun sup tu yang boleh dimakan 5 orang. alhamdulillah mr luv makan habis. katanya sedap. kembang juga la sebab mendapat pujian daripada mr luv. hehehe...

disebabkan sibuk menyiapkan bihun sup, ym terlupa nak ambil gambar. maaflah ye. tapi, kalau reders semua nak resepi bihun sup ekor yang ym hasilkan, boleh ja bertanya. kita kongsi2 la. ym tak kedekut. hehehe.. ha, ym juga berjaya menyiapkan kari daging untuk dimakan bersama ketupat yang dihasilkan oleh mak ym. tak dapat lagi ym berikan kepada mr luv untuk dirasa kerana terlalu banyak makanan yang diberi. ketupat yang mak ym buat tu bukan apa, saja ja nak makan kami sefamily.

ok, penat sudah memasak hari ni. malam ni ym nak tidur awal. besok kerja kot. mr luv pon kerja pagi. hehehe..
ok nite semua.. bubye..


No comments:

>