Tuesday, September 18, 2012

Aku Gelandangan

Assalamualaikum...
selamat pagi readers. entry awal pagi ni ym taip sebab masa ym dalam perjalanan ke ofis, ym singgah sebentar untuk membeli sarapan iaitu roti di seven-eleven berdekatan dengan pejabat ym.

masa sampai di 7-11 tu, ym terlihat seorang pakcik tua yang tidur di kaki lima sebuah kedai lampu berdekatan dengan 7-11 tu. mula² perasaan takut menyelubungi ym. ym menggalas beg baju hujan dan mengunci motorsikal dan terus masuk ke 7-11. selepas selesai membeli apa yang dihajati, ym keluar seperti biasa namun perasaan takut tu sudah hilang.

ym ke motorsikal dan menghidupkan enjin. mata ym terpandang sekali lagi ke kelibat pakcik yang tidur di kaki lima itu. beliau tengah bersiap untuk bangun. pandangan awal ym, pakcik tu adalah seorang cina. so, ym pon tidak la berapa kisah dan kasihan malahan takut sahaja. namun, apabila ym teliti betul² semasa beliau sedang bangun, ym ternampak surah yasin. ya Allah. beliau islam. terus perasaan sayu dan kasihan menyelubungi diri ym.

nekad, ym seluk sweater yang berpoket dan mendapatkan duit yang lebihan belian tadi. duit sudah dalam genggaman walaupun tidak banyak, ym nak bagi juga. ym, matikan enjin motorsikal dan terus turun. malangnya, pakcik tadi sudah berjalan. ym batalkan hajat dan nekad untuk memberikan juga jika ternampak kelibat pakcik tu di tepi jalan nanti. tiba² ym terlihat pakcik tadi berhenti dan duduk di tangga kedai tersebut.


ym tunggang motorsikal dan berhenti di hadapan pakcik tadi. ym turun dan menyerahkan wang tersebut. ya, ym berjaya walaupun sedikit. sayu hati ym tidak dapat dibayangkan. perbualan pendek berlaku antara kami.

ym : pakcik memang tidur situ ka (sambil menuding jari ke arah tempat beliau tidur tadi)
pakcik : tiada jawapan hanya mengangguk
ym : pakcik ada ambik atau hisap dadah (soalan berani mati ym tanya)
pakcik : tiada jawapan lagi. hanya gelengan kepala
ym : kalau pakcik ada masalah berkaitan dadah, pakcik p kat bangunan tu (sambil menunjukkan bangunan tempat ym kerja)
pakcik : masih tiada suara hanya anggukan

begitu lah serba sedikit perbualan kami berdua. sumpah ym tersentuh dengan keadaan beliau. ym, nak bantu jika beliau ada masalh berkaitan dadah dan ada tempat tinggal untuk beliau. memang soalan ym tanya tu soalan berani mati. tapi, dalam kekalutan apa yang ym ingat hanyalah kasihan.

ya Allah, bantulah hambamu itu yang dalam kesusahan dan kedaifan.

ok. babai.




No comments:

>