Saturday, September 8, 2012

Kenduri Dalam Hujan

Assalamualaikum.
ym baru saja balik dari kenduri di jeneri, kedah. rumah yang ym pergi tu adalah rumah saudara ym sendiri iaitu rumah anak kepada kakak ayah ym (paham ke?). ym ke sana bersama 3 buah kereta yang lain. termasuklah kakak dan kakak ipar ym dan abang kepada ayah ym iaitu pak long ym dengan family dia.

masa tiba di sana cuaca ok saja. tapi lepas saja ym dan keluarga2 lain makan, terus hujan dan angin kuat. nasiblah tidak terbang semua khemah yang ada. lepas hujan sedikit reda, ym dan adik mengambil kereta yang terletaknya kira2 5 minit berjalan kaki. dalam keadaan yang masih hujan, ym dan adik gagahkan kaki untuk mengambil kereta kerana kasihan kepada ahli keluarga yang lain basah.













selepas itu, kata ayah nak ke baling untuk berjalan2. tapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, kami semua perlu balik. dalam perjalanan balik ke rumah, hujan tersangatlah lebat semasa berada di atas lebuhraya. sampai di rumah jam 3 petang. letih tak terkata. petang ni ym ada dating dengan mr luv. tapi, petang sikit la. nanti ym update entry dengan dia. hehehe.

ok la. bye.


No comments:

>