Saturday, September 29, 2012

greatest sabtuday

Assalamualaikum kawan².

hari ni hari sabtu. ym dengan rasa seronotnya bangun seawal pagi dan menyiapkan kerja rumah. its been saturday nite! huh, nite? podahhh.. awal pagi lagi kot.

semalam dah janji dengan mr yang us nak keluar berdating datingan. so, seawal pagi us dah keluar. memula mr membasuh kereta di rumah beliau. alhamdulillah. dah cantik pon si byam us tu. selepas membasuh, us terus keluar membelah lebuhraya utara selatan menuju ke selatan. cewah.. macam jauh pulak nak pergi. padahal hanyalah ke juru. yeah! juru. nak makan bawal goreng. dah berapa kali us ke sana, tapi kedai tertutup. walaupun terbuka. hehehe. sebelum ni us dah pernah ke sana banyak kali. maklumla. kan us ni kaki makan. bukan kaki yang makan, tapi mulut yang makan dan masuk ke perut. hihihi. 


okeyh. selesai makan maka bergeraklah us ke mydin untuk menshoppingkan bebarang rumah pulak. ya, memang sudah menjadi kewajipan kepada ym untuk membeli barangan rumah setiap kali gaji. bukan nak membangga diri. tapi ini tanggungjawab. dan ym masih menunggu untuk servis bertukar tangan kepada adik ym setelah beliau cukup duit nanti dan pada ketika itu, ym dah berumah tangga. cewah. walaupun begitu, ym janji ym tak akan lupakan tanggungjawab ym kepada mereka berdua. lihat la gelagat us ni. 


         

selesai bershopingan, kami meronda pulak di armenian street. dapat tengok ramai gelagat fotografer mengambil gambar bangunan bersejarah dekat situ. armenian street ni juga dikenali sebagai pasar karat atau barangan² antik dijual di sana. nah.. macam² barang leh kita tengok dijual di sana. termasuk juga lukisan cantik daripada uncle ni. terpesona us tengok beliau melukis. 
   

              

ok. sesudah mencuci mata dan menghabiskan beberapa duit di situ, us terus pulang ke seberang sini.


babai.















No comments:

>