Monday, September 17, 2012

convo preparation

assalamualaikum...
wah... gempak giler tajuk entry hari ni. macam besar punya preparation pulak. padahal hanyalah pencarian sehelai baju. huahuahua.

ok. seperti yang ym bagitau semalam yang pepagi hari ni ym dan mr♥ akan ke parit buntar untuk mencari baju untuk convo ym pada 10.10.12 nanti. nak dijadikan cerita. seawal jam 7.30 ym dah siap untuk keluar. maka berlalu lah kamu berkapel ke parit buntar.


memula tempat dituju adalah tempat yang kakak ipar ym selalu borong barang berniaga. dan raya lepas pon ym beli baju di sana untuk mensendondonkan baju raya kami. alamak. betul ka pronounce ni. abaikan kalau tak betul.

selepas membuat beberapa pusingan di dalam kawasan tempat jualan tersebut, tiada yang berkenan di hati ym dan jiwa mr♥. so, we oll ke pekan parit buntar pulak.

jam terus menunjukkan 10.00 pagi. cuaca panas di awal pagi makin menjadi panas ke tengahari. pencarian harua dilakukan. selagi ym belum mendapat apa yang ym nak. selagi tu ym tak mau beli.

memang ym ni memilih. ya la. kita harus membuat pilihan. dan ym tidak kisah jika baju tu murah sekalipun. janji ym suka dengan design baju.


finally dapat juga apa yang dihajati. ym tak dapat la nak post picture baju tu sepenuhnya. nanti hilang seri. alhamdulillah.. mr♥ telab menawarkan diri untuk mensponsor baju itu. harganya boleh tahan.

selesai membeli hajat di hati we oll yang telah merancang sejak minggu lepas lagi tidak kesampaian untuk makan di gerai kelapa sawit iaitu ikan bawal goreng di juru. kedai tu tutup la. dengan hampanya we oll menuju ke kedai yang selalu we oll menjamu selera iaitu di bagan. rezeki tidak menyebelahi kami. at last makan di restoran nasi kandar juga.


selesai makan we oll ke kedai nona untuk membeli manik untuk ym menambah cantikkan lagi baju ym. hehehe. masuk saja ke kedai. terus ym lost dengan kepelbagaian manik. satu bungkus sahaja yang ym beli.

lastly balik la we oll ke rumah memasing. petang ni aktiviti biasa. meniaga. ok.babai.


No comments:

>