Friday, September 21, 2012

celebrate mr♥'s birthday

Assalamualaikum.
Penat rasanya hari ni. Hehehe. Apa la yang penat sangat tu ym. Ok. Entry yang ym nak kongsi hari ni adalah berkaitan sambutan hari ulangtahun mr♥ yang ke 29. Huahuahua. Tua dah kan mr♥ ym ni.

Hari ni pepagi lagi mr♥ dah bangun untuk menghantar ym ke tempat kerja disebabkan hendak menjimatkan kos, mr♥ hantar ym dengan motorsikalnya sahaja. Kerana petang nanti kami berdua akan ke kedai makan untuk menyambut birthday mr ♥. Sampai di pejabat ym punch kad dahulu dan disebabkan lapar, mr♥ telah membawa ym untuk breakfast di kedai ketapang. Kat kedai tu nasi lemak dan roti telur cheese dia memang terbaek la.

Selesai makan mr♥ hantar ym ke pejabat semula dan mr♥ pulang ke rumah. Oh ya. Hari ni mr♥ cuti bekerja. Dan hari sabtu dan ahad mr♥ bekerja. Warghhh!! I hate this. Ok. Setelah petang mr♥ datang mengambil ym dan we oll pergi gurney plaza untuk membeli kek secret resipe. Hhhuhu. Ym sedih sebab tak dapat makan singapor laksa. Hehe. Saja ja. Tak sedih pon. Bukan rezeki ym.


selepas membeli kek. mr♥ cakap nak makan ketam. as a birthday boy, ym ikut ja. tapi malangnya jambatan untuk ke seberang jem dan mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke seberang. alhamdulillah we oll sampai ke kedai ketam di juru dengan selamatnya.



                                      

ym tak dapat nak post picture kat sini dan sebab lain adalah mr♥ buat perangai. nak marah je sepanjang keluar. gambar hadiah pon ym tak tangkap. sori yer.

selepas dari tu, pulang la kami ke rumah. 




No comments:

>