Thursday, September 6, 2012

Program Jalinan Kaseh

Assalamualaikum...
entry kali ni ym nak kongsi tentang artikel yang ym baca di www.prison.gov.my. artikel tersebut berkaitan program jalinan kaseh. itu, apa yang dieja oleh mereka la. ym cuma memplagiat sahaja. ok, sebenarnya artikel tu ym dah baca dalam paper metro beberapa bulan yang lepas.















sebenarnya, apa yang ym nak kongsi adalah berkaitan program tersebut. pendapat ym, program tersebut harus diteruskan oleh pihak penjara kerana program tersebut mampu membuatkan mereka atau banduan atau tahanan merasa tidak tersisih walaupun mereka berada di dalam penjara. program tersebut juga mampu mengelakkan daripada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. seperti, tahanan membuat hal kerana terlalu tertekan berada di dalam penjara.

selain itu juga, program jalinan kaseh ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pegawai penjara dengan waris² tahanan yang menyertai program tersebut. pegawai penjara dapat beramah mesra dengan mereka tanpa mengira pangkat. sebagai contoh keterbukaan minda seorang pengarah kompleks penjara turun padang untuk bersama tahanan dan waris yang hadir.

ok, rasanya itu sahaja yang nak dikongsi oleh ym untuk hari ni.
sekian. bubye...


No comments:

>