Saturday, September 29, 2012

greatest sabtuday

Assalamualaikum kawan².

hari ni hari sabtu. ym dengan rasa seronotnya bangun seawal pagi dan menyiapkan kerja rumah. its been saturday nite! huh, nite? podahhh.. awal pagi lagi kot.

semalam dah janji dengan mr yang us nak keluar berdating datingan. so, seawal pagi us dah keluar. memula mr membasuh kereta di rumah beliau. alhamdulillah. dah cantik pon si byam us tu. selepas membasuh, us terus keluar membelah lebuhraya utara selatan menuju ke selatan. cewah.. macam jauh pulak nak pergi. padahal hanyalah ke juru. yeah! juru. nak makan bawal goreng. dah berapa kali us ke sana, tapi kedai tertutup. walaupun terbuka. hehehe. sebelum ni us dah pernah ke sana banyak kali. maklumla. kan us ni kaki makan. bukan kaki yang makan, tapi mulut yang makan dan masuk ke perut. hihihi. 


okeyh. selesai makan maka bergeraklah us ke mydin untuk menshoppingkan bebarang rumah pulak. ya, memang sudah menjadi kewajipan kepada ym untuk membeli barangan rumah setiap kali gaji. bukan nak membangga diri. tapi ini tanggungjawab. dan ym masih menunggu untuk servis bertukar tangan kepada adik ym setelah beliau cukup duit nanti dan pada ketika itu, ym dah berumah tangga. cewah. walaupun begitu, ym janji ym tak akan lupakan tanggungjawab ym kepada mereka berdua. lihat la gelagat us ni. 


         

selesai bershopingan, kami meronda pulak di armenian street. dapat tengok ramai gelagat fotografer mengambil gambar bangunan bersejarah dekat situ. armenian street ni juga dikenali sebagai pasar karat atau barangan² antik dijual di sana. nah.. macam² barang leh kita tengok dijual di sana. termasuk juga lukisan cantik daripada uncle ni. terpesona us tengok beliau melukis. 
   

              

ok. sesudah mencuci mata dan menghabiskan beberapa duit di situ, us terus pulang ke seberang sini.


babai.















Friday, September 28, 2012

lunch di ofis

Assalamualaikum.
seperti biasa hari jumaat bagi pekerja seperti ym akan lunch dari jam 12.15 tengahari sehingga 2.30 petang. hah! rehat sampai mampus. untuk kaum hawa la. but, untuk kaum adam. go to mosque to pray. ok. whateva.
tapi hari ni ym dan rerakan tidak bercadang untuk mengeluarkan diri atau menlunchkan diri di luar. weol. prefer untuk lunch di ofis sahaja.huish. beruntungnya mr kata marka dia ni kan. time rehat dok ofis.
sebenarnya tujuan ym berada di ofis tyme waktu rehat ni bukan saja sebab tak berkemampuan dari segi kenderaan untuk meronda, ditambah pula dengan kekangan untuk menyiapkan baju konvo. menyiapkan?? hehe.. tak la. bukan ym yang buat tetapi ym cuma menambah yang patut² saja. iaitu jahitan manik. walaweh.. 


ok. lunch time ni ym dan rerakan memilih mc donod ?? Mc Donald la untuk mengenyangkan perut. huahuahua. ym memilih burger terbaru dari Mcd iaitu samurai burger. huarghhhh!! nasib la tak bertukar menjadi samurai. selesai makan. terus ym menyambung menyiapkan jahitan.



tentang burger samurai ni. hm... sedap jugak. tapi ym prefer apa nama yg ada time raya cina tu? hmmm. ha. prosperity burger. bagi ym yang tu la yang terbaek!. mana tak terbaeknya, pedas. berbanding samurai ni, tak pedas. manis je.. tapi, daging dia, terbaik!!.

cukup la sikit mempromote burger.
ok. babai.


Thursday, September 27, 2012

mencantikkan rantai

Assalamualaikum.
entry yang akan ym taip hari ni adalah berkenaan rantai....
hehe.. sebenarnya rantai motorsikal la. mr♥ kata untuk memastikan ketahanan dan kekuatan sesuatu rantai motorsikal, spray atau penyembur khas untuk rantai diperlukan.
before this mr♥ tak pernah tau pasal ni. termasuklah sekali dengan ym. lagi la ka...yu... ok penyembur ni mr♥ beli dari rakan beliau. hari tu pernah juga weols pergi mencari di kedai spare part. malangnya tauke kedai itu sendiri tidak tahu tentang penyembur tu.
mr♥ kata rantai perlu disembur dengan penyembur tu sekurang2nya 3 hari sekali.sengaja ym nak promote. harga untuk penyembur tu hanya rm15.00. tu pon mr♥ yang bayarkan. hua hua hua. nak harapkan ym? entahla.. 




ok. pulangnya ym dari kerja terus ym singgah di rumah mr♥ untuk menyembur cat tu. harapkan ym. alamat teruk la motor tu. sorry, pic mr♥ tu terlalu sensored. tapi ym uploadkan juga di sini. 
sekian.
babai..





Wednesday, September 26, 2012

1 Malaysia, 1 Penghinaan


Assalamualaikum.
baca tajuk entry yang ym taip tu nampak terlalu subjektif kan. ok. let ym explain to all reader. actually 1 Malaysia ym menggambarkan kita penduduk / rakyat / masyarakat serumpun yang hidup atau bermastautin atau bermasyarakat di Malaysia. 1 Penghinaan ym tujukan kepada penaip di laman facebook yang ym sendiri pun tak tau samada mak bapak atau nenek dia yang bagi nama gopi atau nama yang kepala otak dia reka sendiri. 
sebelum ni ym ada baca tentang kisah manusia atau lebih kepada paria ni di facebook berkenaan perkara mengutuk Allah S.W.T. 

apa yang ditulis memang tidak dapat diterima oleh pihak atau ym sendiri yang secara amnya mereka yang beragama islam. subhanallah. kata katanya sungguh menyiat nyiat hati dan sanubari mereka yang membacanya. ym tak dapat nak poskan di sini. tapi apa yang ym ingat... ya Allah tak dapat dan tak sanggup ym nak taip kat sini. pandai pandai la readers semua cari tentang perkara tu. 

apa yang ym nak bagitau di sini iaitu kenyataan paria itu yang dapat dibaca di bawah. bagi ym perkara begini tak sepatutnya berlaku. dan pendapat ym paria menipu.



ya. memang entry ym hari ni terlalu beremosi. beremosi dengan tingkah laku dan perangai sesetengah manusia yang sesuka hati mengutuk islam. 

ingat. negara kita negara demokrasi. jangan sampai berlaku perkara yang tak diingini. umpama apa yang pernah ayah bagitau ym. yang sebelum merdeka negara kita tak ada kaum lain selain bumiputra. namun atas kemuliaan hati tengku abdul rahman yang sanggup  menerima non bumi ni masuk ke malaya pada ketika itu menyebabkan wujudnya perlembagaan malaysia yang harus atau wajib diikut atau dipatuhi sehingga kini. jangan sampai kami kaum bumi hantar atau buang hampa balik ke tempat asal!




Tuesday, September 25, 2012

Hasil Titik Peluh

assalamualaikum.
yea.. hari ni hari gaji. tapi ym masih belum keluarkan lagu dari mesin. actually duit ym masih ada hasil belas ikhsan dari mr. biasalah.. gaji mr kan banyak. so, selama ym tak ada duit selama tu la beliau akan menanggung ym. huhuhu.




biasalah. bulan lepas kan gaji awal. disebabkan raya punya pasal duit pun menjadi habis. actually ym dan mr sesama bantu bila saling memerlukan. alhamdulillah. we oll saling memahami. bila beliau kekurangan wang ym akan bantu. begitulah sebaliknya.

ok. berbalik kepada cerita gaji ni. memember ym mengajak ym mencomelkan diri untuk makan di  nandos. we oll decide pergi time lunch. alhamdulillah. kenyang sudah makan di sana.

  

petangnya ym keluar dengan mr  so, as a dinner we oll makan di aidy's cafe. makan pulak memang tak hengat la. ym order yang simple² ja iaitu laicikang dan bihun tomyam. mr♥ pula memilih nasi goreng nenek dan sup daging. huahuahua..







setelah selesai makan, we oll pun pulang. sekian terima kasih.










Monday, September 24, 2012

I Like Apple Cider Vinegar

HADIS"Cuka Adalah Kemudahan Bagi Manusia" Diriwayatkan Oleh Muslim"Allah Telah Meletakkan Berkat Dalam Cuka, Ia Digunakan Oleh Para Nabi Sebelum Aku", Diriwayatkan Oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Maja
Jabir Menceritakan, "Suatu Hari Rasulullah Memperlawa Saya Ke Rumahnya. Dia Dihidangkan Roti. Dia Bertanya: 'Adakah Apa-Apa Sos Perasa?" Mereka Menjawab "Tidak, Hanya Ada Cuka." Nabi Berkata, 'Cuka Adalah Sos Yang Baik. "

Naf'a Berkata, "Aku Menyukai Cuka Sejak Aku Mendengarnya Daripada Jabir."[Muslim, Abu Dawud, Nasa'i]
Rumah Yang Menyimpan Cuka Tak Akan Menderita Dari Kemiskinan" - Diriwayatkan Oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi
Nabi Muhammad (Saw) Suka Kepada Cuka.
Jabir Pernah Berkata, "Aku Menyukai Cuka Sejak Aku Mendengarnya Daripada Nabi Allah".

Assalamualaikum.

ok, dah baca hadis di atas. sebenarnya sebelum ni ym hanya minum ja mangikut apa yang fazura kata. katanya mengambil apple cider vinegar atau cuka apple ni boleh dan bagus untuk mereka yang nak diet. hehehe. sesuai la dengan ym yang comel ni kan. ok, ni apa yang ym google tentang cuka ni.
Anda Boleh Melakukan Ujian Sendiri, Selepas Dua Jam Minum Cuka Epal Air Kencing Anda Akan Lebih Jernih. Anda Juga Boleh Melakukan Ujian Menggunakan Kertas Litmus (Kertas Yang Digunakan Untuk Menguji Tahap Ph). Sebelum Minum Cuka Epal, Air Kencing Anda Akan Lebih Berasid, Tapi Selepas Minum Cuka Epal Air Kencing Anda Akan Lebih Beralkali.

Beberapa manfaat kesihatan dari cuka apel:


1. Akan membersihkan toksin-toksin yang menyumbat dalam peredaran darah, yang menyebabkan penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit jantung ( Jantung Koroner ). Sehingga peredaran darah menjadi bersih dan sehat, metabolisme tubuh kembali normal dan akhirnya penyakit itu menjadi sembuh.


2. Kalium yang terdapat pada Cuka Apel, akan memecahkan purin yang mengendap dalam setiap persendian, sehingga Asam Urat atau Rematik, akan sembuh, dan sendi-sendi menjadi lentur kembali dan sehat.


3. Cuka Apel akan sangat membantu kerja Hati, Paru-paru, Kulit, dan Ginjal. Sehingga 4 organ itu akan selalu sehat, karena toksin dari racun dibersihkan oleh Cuka Apel melalui sistem ekskresi, maka keempat organ ini setiap saat tidak harus mengeluarkan energi terlalu banyak.


4. Untuk Diabetes, Cuka Apel sangat membantu menurunkan dan menormalkan gula darah, dan sangat membantu menormalkan sistem pankreas, sehingga pankreas mampu berfungsi kembali mengubah gula menjadi insulin.


5. Untuk yang menderita Maag, sebetulnya Cuka Apel yang rasanya asam, tetapi ini hanya asam di mulut, kalau sudah masuk kedalam tubuh menjadi basa. Tidak semua yang asam akan bertentangan dengan maag, tetapi tergantung apa yang terkandung dalam asam itu. Cuka Apel mengandung Enzim Hidroklorida, dengan meminum Cuka Apel dengan dosis rendah, 1 sendok kecil atau 1 sendok teh dengan air hangat dan madu, sangat membantu menyembuhkan Maag.


6. Cuka Apel sebagai pembersih dari semua makanan dan minuman yang beresiko terhadap kesehatan, tetapi anda bisa minum dahulu Cuka Apel, sebelum anda makan dan minum yang beresiko itu, sehingga toksin dari dalam makanan itu tidak akan terakumulasi dalam tubuh. Selama anda makan dan minum yang tidak organik (alami), selama itu anda memerlukan Cuka Apel sebagai pembersih semuanya, sehingga anda bisa minum beberapa kali sehari, dan ini tidak apa, karena Cuka Apel adalah sari buah apel, bukan obat yang berbahaya.


Kelebihan Cuka Apple

  • Sejak Beribu Tahun Dahulu Orang-Orang Greek Dan Mesir Telah Menggunakan Cuka Apal Sebagai Makanan Dan Ubatan Untuk Diri Sendiri Dan Haiwan Peliharaan Mereka. 
  • Cuka Epal Ialah Sejenis Cuka Yang Diperbuat Daripada Bahan Yang Diproses Dengan “Fermentation” Yang Mana Gula Di Dalam Air Buah Epal Dipisahkan Oleh Bakteria Dan Ragi Yang Berwarna Kuning Keemas-Emasan Dan Dijual Dalam Bentuk Semula Jadi. 
  • Cuka Epal Sering Digunakan Untuk Tujuan Kesihatan Selain Daripada Digunakan Dalam Masakan. 
  • Ia Mula Popular Setelah Dr D.C. Jarvis, Penulis Buku Kesihatan, Mengesyorkan Cuka Epal Sebagai Produk Masakan Yang Sihat Dan Cuka Epal Diminum Setiap Hari Sebagai “Home Cure” (Ubat Di Rumah). 
  • Menurutnya, Cuka Epal Boleh Dicampur Dengan Madu Untuk Membuat Air Yang Dinamakan ‘Honergar’ (Madu + Cuka Epal). 
  • Mengikut Penyelidikannya, Air Campuran Itu Boleh Membunuh Bakteria Yang Memudaratkan Dalam Usus Manusia Dan Menyarankan Agar Ia Diminum Sebagai Minum Harian Sebagai Tonik Kesihatan. 
  • Rasanya Memang Menyegarkan Seperti Rasa Teh Limau Dan Masam-Masam Manis. Pesakit Kencing Manis Disyorkan Tidak Melebihi Dua Sudu Teh Madu Sehari. 
  • Dari Segi Zat Nutrien (Makanan Yang Berkhasiat), Cuka Epal Kaya Dengan Vitamin, Zat Galian, Enzim Dan Asid Amino, Iaitu Bahan Nutrien Yang Baik Untuk Kesihatan Tubuh. 
  • Ia Juga Mengandungi Antioksida Yang Dapat Mengurangkan Kesan Radikal Bebas Yang Berbahaya Untuk Tubuh Manusia. 
  • Cuka Epal Mengandungi Sejenis Serat Pektin Atau Serat Larut Air. Serat Larut Air Membantu Dalam Melawaskan Sistem Pembuangan Najis Dalam Tubuh. 
  • Kelebihan Cuka Epal Adalah Seperti Berikut: 
  • Kencing Manis 
  • Beberapa Kajian Membuktikan Bahawa Cuka Epal Dapat Membantu Menurunkan Kadar Glukosa Dalam Darah. 
  • Mengikut Penyelidikan Universiti Arizona Yang Diterbitkan Dalam Jurnal Diabetes Cara, Individu Yang Meminumnya Mempunyai Kadar Glukosa Yang Lebih Baik. 
  • Kajian Selanjutnya Membuktikan Bahawa Ia Dapat Mengawal Glukosa Dalam Darah Agar Tidak Meningkat Secara Mendadak Selepas Jamuan. 
  • Resipi Sihat Untuk Mengawal Berat Badan 
  • Cuka Epal Digunakan Dalam Banyak Program Penurunan Berat Badan Kerana Dipercayai Dapat Membantu Mengawal Nafsu Makan Dan Menahan Lapar. 
  • Ia Boleh Digunakan Sebagai Bahan ‘Dressing’ Untuk Salad Yang Enak Apabila Ditambah Dengan Madu Dan Minyak ‘Flax’ Serta Digaul Dalam Sayur-Sayuran Dan Dimakan Mentah Seperti Ulam. 
  • Ia Adalah Alternatif Yang Lebih Baik Berbanding Mayonais Atau Salad Dressing Thousand Island Yang Mengandungi Lebih Banyak Kalori. 
  • Rasanya Lebih Enak Jika Salad Itu Ditambah Kismis, Anggur Atau Biji Bunga Matahari (Sunflower Seeds). 


Kelebihan Lain
  • Menurunkan Berat Badan 
  • Penjagaan Rambut 
  • Penjagaan Haiwan Peliharaan 
  • Bahan Masakan 
  • Kesihatan – Menyembuh Penyakit Gout, Alergi, Jangkitan Sinus, Selsema, Jerawat, Kolesterol Tinggi, Keletihan Yang 
  • Kronik, Sakit Ulu Hati, Sakit Tekak, Dermatitis, Artritis (Bengkak Sendi) Dan Menurunkan Tekanan Darah Tinggi. 
  • Pembersihan Rumah – Bersih Lantai, Tingkap Dll. 
  • Merawat Hidung Berdarah 
  • Menguatkan Tulang 
  • Lebam-Lebam Dan Melecur (Bukan Yang Tahap Serius Ye…) 
  • Kanser 
  • Kejang Otot (So, Sangat Bagus Untuk Para Atlet) 
  • Kelemumur Atau Ketombe Dalam Bahasa Indonesia 
  • Ruam Lampin 
  • Sistem Pencernaan (Berkait Rapat Dengan Fungsi Detox Tadi) 
  • Sakit Kepala Dan Migrain 
  • Pedih Hulu Hati 
  • Sedu (Tapi Seeloknya Jangan Laaa Dibaginya Pada Bayi Atau Kanak-Kanak….) 
  • Gigitan/Sengatan Binatang 
  • Insomnia Atau Sukar Tidur 
  • Senggugut 
  • Mabuk Pagi (Morning Sickness) 
  • Sun Burns 
  • Ulcer 
  • Sistem Perkumuhan 
  • Boleh Masukkan Dalam Masakan Untuk Ganti Penggunaan Cuka Biasa Atau Lemon, Salad Dressing, Etc. 
 


Detox & Kuruskan Badan


Detox Atau Dalam Bahasa Mudahnya Keluarkan Toksin Dalam Badan, Oleh Itu Secara Tak Langsung, Membantu Mendapatkan Badan Yang Ideal….


Selain Tu Acv Ni Mengandungi Lecithin Yang Membantu Meningkatkan Metabolisma Lemak Dan Menukarkan Lemak Menjadi Tenaga (Selain Tu Lecithin Ni Juga Boleh Membantu Menguatkan Memori )


Gout & Arthritis


Sakit Gout, Arthritis Dan Sakit-Sakit Yang Melibatkan Sendi Dan Sengal-Sengal Badan…..


Tekanan Darah


Menstabilkan Tekanan Darah Dengan Me’rileks’kan Atau Merehatkan Salur Darah…. (Ok…Ini Adalah Experience Aku Sendiri La…..Aku Ni Badan Je Besar Tapi Tekanan Darah Rendah….Tapi Bila Dalam Sebulan Camtu Makan Apple Cider Ni, Tekanan Darah Aku Jadik Normal )


Diabetes


Dikatakan Apple Cider Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah Jika Diambil Selepas Makan Dan Juga Ketika Bangun Dari Tidur Kalau Diambil Sebelum Tidur…


Jangkitan, Selsema & Sakit Tekak


Dapat Kurangkan Simptom-Simptom Selsema, Sakit Tekak Dan Jangkitan Pada Mana-Mana Bahagian Badan (Contoh : Jangkitan Telinga, Kulit, Tekak, Fungus Etc.)…..Juga Boleh Meredakan Serangan Asma….


Kulit


Acv Sangat Bagus Untuk Kulit Yang Bermasalah Seperti Eczema Dengan Menyapu Acv Di Tempat Yang Bermasalah….Juga Boleh Merawat Kulit Berjerawat, Tompok Hitam Yang Tak Sekata Pada Kulit Dan Selulit…


Badan/Mulut Berbau


Dengan Meneutralkan Ph Badan/Mulut Dan Membunuh Kuman/Bakteria Penyebab Bau Busuk Tu….Juga Boleh Untuk Kaki Busuk…Tapi Kalau Hati Busuk Kena Banyak-Banyak Istighfar Lor...


Keracunan Makanan


Kalau Keracunan Makanan, Minum 1 Sudu Acv Setiap 5 Minit Lepas Detect Yang Korang Keracunan…Juga Boleh Merawat Cirit-Birit Dan Diarrhea (Susah Lawas Atau Dalam Bahasa Mudahnya Susah Nak Berak) Kerana Acv Mengandungi Kadar Pectin Yang Tinggi Yang Boleh Menyelaputi Dinding Kolon Yang Terengsa….


Kolestrol


Mengurangkan Paras Kolestrol Dengan Adanya Pectin Yang Merupakan Sejenis Fiber Mudah Larut Dalam Air Dan Juga Asid Amino Yang Dapat Meneutralkan Kolestrol Ldl Yang Teroksida…

 Penghasilan Apple Cider Vinegar 
  • Membuat Cider Epal Yang Bersih Daripada Epal Yang Cukup Masak (Ranum). 
  • Menukar Semua Gula Buah-Buahan Ini Kepada Alkohol. Ini Dinamakan Fermentasi Ragi (Yis). 
  • Menukar Semua Alkohol Kepada Asid Asetik. Ini Dinamakan Fermentasi Asid Asetik. 
  • Pasteurize (Panaskan Dan Sejukkan) Asid Asetik Ini Untuk Menghalang Daripada Fermentasi Berterusan Dan Menjadi Busuk Sebelum Disimpan Di Dalam Botol. 
  • Kalau Nak Beli Cuka Epal Belilah Yg Mahal Dan Diproses Secara Organik. Kalau Jenama Yang Lain (Seperti Jenama “Heinz”) Walaupun Harganya Murah Dibimbangi Cara Pembuatan Tidak Natural Sebab Proses Pembuatan Cuka Memerlukan Masa. Untuk Tujuan Komersial Biasanya Ditambah Yis, Induk Cuka Yang Dah Siap Dan Garam Anti Kulat. 

Hati-Hati – Tidak Semua Cuka Apal Yang Dijual Cara Pembuatannya NaturalBanyak Cuka Epal Yang Di Komersialkan Telah Dipasteurkan, Disuling Untuk Menjadikannya Produk Yang Bagus. Malangnya, Penambahan Pemprosesan Cuka Epal Ini Boleh Memusnahkan Kebaikan Yang Ada.Jadi Secara Alternativnya Anda Boleh Membuatnya Sendiri Di Rumah.

ok. tu saja yang ym dapat kongsi. rasanya sudah cukup untuk semua reader baca dan ambil pengetahuan ok. cubalah.





Sunday, September 23, 2012

Ketersentuhan Kehatian




Assalamualaikum.

hari ni ym terasa nak menyanyi. tapi, nasib baik la readers semua tak boleh mendengar. kalau tidak... dah la di penang sekarang ni hujan tanpa henti. sampaikan ym datang kerja pon perlu siap² berbaju hujan. sabar ja la. kan kurniaan tuhan tu. ok. lirik lagu yang baru terjah dan telah disuarakan oleh rakan sepejabat ym juga. beliau la yang meminta ym untuk meletakkan lagu ni di sini.


entah kenapa, walaupun tiada kena mengena lagu ni dengan ym, tapi bila ym hayati lagu ni, memang tangkap sentuh wa cakap lu. ok. sama² kita hayati lirik lagu ni k. check it out!!
Pelangi Senja - Stacy
Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta
Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...
Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...
Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...
Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...
Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...
Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...
Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...
Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...
Kini hanya,
tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama... 



tangkap leleh kan??


Saturday, September 22, 2012

Sabtuday yang sakit

Assalamualaikum.
hahaha.. apa punya tajuk la yang ym tulis ni. sebenarnya hari ni pagi² ym bangun tidur, ym rasa tekak ni bagai ditusuk dengan duri sembilu. macam lirik lagu apa ntah. begitu la rasanya.
ya, ym sakit hari ni. sakit memang teramat ditambah dengan suara yang rock kalah ratu rock malaysia. bangun dari tidur, ym terus mandi. selepas pekena roti canai yang mak ym beli pagi tadi, ym mintak ubat untuk makan. 


mak terus bagi ubat dan menyuruh ym minum madu dengan cuka nipah. walaweh... macam mana la rasanya tak tau nak cakap. sebagai seorang anak yang taat, ym menurut sahaja perintah mak. mak tuangkan madu tu dengan campuran cuka nipah. mak kacau² kan kedua² benda tu sampai sebati. lalu, ym minum la dengan perasaan yang tak dapat digambarkan.

bau campuran tu, Ya Allah. tak tau nak cakap. macam masam pun ada, basi pun ada. terus ym tutup hidung dan telan campuran tu. hmmm. delicious! word tu saja yang ym boleh describe campuran tadi. sedap. kalau sesapa yang pernah rasa apple cider vinegar, macam tu la rasanya. sedap.

apple cider vinegar tu ym penah minum dulu. kerana terpengaruh dengan fazura. katanya minum vinegar tu boleh jadi kurus. hahaha. tapi tak berhasil pon.


petang ym ke pasar malam macam biasa. nanti ada masa ym akan post cerita tentang kebaikan apple cider vinegar ni.

>