Tuesday, October 23, 2012

Ke Mana Kita

Assalamualaikum.
Selamat petang.

apa sudahnya aktiviti semalam? semalam? ok sebenarnya semalam ym dan mr ke Bukit Bendera. as us dah planned sebelum ni. sejak ditutup hari tu us ke sana namun belum siap sepenuhnya dan belum dibuka lagi. macam biasa bila ym tiada mood untuk memasak, maka us beli di restoran awet muka. makanannya Yummy! sodap sangat. selepas dah tapau di sana maka, us terus menuju ke bukit bendera. planning nak terus naik, tapi dah terlalu lapar sangat, so makan la dulu

selepas sahaja makan terus us ke sana beratur untuk membeli tiket. lama juga menunggu untuk membeli tiket. maklumla. ramai orang plus weekend pulak tu. lebih kurang setengah jam menunggu, maka dapat juga tiket untuk menaiki keretapi. hampir 2 tahun tak kesana, banyak juga perubahan. salah satunya adalah counter ticket. dah la ada dua sahaja. berbanding dengan pembeli yang sedang beratur. ramai sangat. 

lebih kurang jam 1 kami bergerak masuk. disebabkan orang ramai, ym terpaksa berjaga² dengan mendekatkan diri dengan mr. maunya ditolak orang, boleh jatuh jugak la kat situ. keretapi yang baru ni dah tak sama macam dulu. lebih kurang macam LRT, Monorail gak la. laju wa cakap lu. tak dapat nak menikmati pemandangan semasa dalam perjalanan dalam keretapi atau lebih dikenali dengan kereta kabel. ya la tak sampai 10 minit perjalanan dah sampai ke kemuncak. 

dah puas berjalan dan snap gambar², maka berehat sebentar la us kat atas sana. sambil² menikmati ais krim dan pemandangan serta suasana yang sejuk. huhuhu. selepas penat, maka pulanglah us ke bawah dan ke tempat makan pula. then balik.

berikut hanya beberapa keping gambar yang ym dah upload. nak tau lebih boleh add ym di www.facebook.com/msnoorz


keretapi model kedua




dalam keretapi... laju



Tuesday, October 16, 2012

Makeup Ku or Mekap Ku

Assalamualaikum
gud morning. entry pagi ni adalah berkaitan mekap. wallaweih.. conform ramai yang suka dengan entry hari ni kan. ok sebenarnya, takda menda sangat la pon. tapi just nak share. perempuan ni kalau mekap tu, berejam kan. ym tak la berapa nak setuju sangat. sebabnya ym ni simple mimple ja bab mekap ni. tapi mekap juga la. 

yang pasti kehebatan (perasan la pulok) ym ni ialah, sambil drive ym curi² memekapkan diri ym.. ops. muka ym. terutama sekali bila ym terlambat. dapat tau kat mr ni, mau ym kena berleter setahun. hahaha.. apa yang ym pakai kat muka? 
1 penyegar + serum + pelembab 2 bb cream + 2 way cake + loose powder + brow liner + eye liner + mascara + lipstik

nah. itu dia. apa jenama yang ym guna? huhuhu.. nak tau gak ke? ok untuk penyegar, serum dan pelembab, ym prefer safi rania. dah lama dah. sejak mula² produk tu keluar lagi ym guna. sebelum produk tu keluar ym guna jenis yang sama iaitu safi balqis. alhamdulillah, most of them memuaskan. tapi sejak keluarnya safi rania dan mrpulok berpuas hati, maka ym perlula stay dengan produk tu.

untuk produk muka pulak, ym prefer all of them from maybelline. kecuali loose powder dan lipstik. loose powder tu ym prefer revlon dan lipstik pula ym prefer clinique. mengapa? sebabnya kepuasan bila pakai. huhuhu. guna la. 

ok. now lets see before and after:



before 

after

actually, tak ada beza kan? tapi tak mengapa. as long as mr kata cantik. hihihi..ok. satu lagi rahsia ym. di sebabkan ym ke tempat kerja dengan motor. so, ym tak mekap di rumah. ym akan sampai awal di ofis kemudian mula mekap di ofis. selain itu, ym tak suka mekap di rumah kerana dalam perjalanan ke tempat kerja dengan motor, banyak habuk yang berterbangan. so, itu la masalahnya.

ym rasa setakat ini dahulu entry tips mekap (tips la sangat) dari ym nanti² kita sambung lain ok.
bye. 



Saturday, October 13, 2012

working sabtuday





assalamualaikum.
pepagi lahi dah bangun terus kejutkan mr♥ untuk ke tempat kerja. siap plak ym trus keluqr. untuk apa? kerja la. ym perlu ke PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN ANTI PEMERDAGANGAN ORANG & ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.
Program ni bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang. Ym dan kak umi satu tempat kerja saja yang dipilih. program ni dirasmikan oleh YAB LGE. Rasanya ada yang tau siapa dia itu.
sebenarnya ym dan rerakan satu jabatan telah diasuh untuk tidak menyertai memana program yang dirasmikan oleh pembangkang. so, macamana pula program ni dirasmikan oleh dia. sedangkan ianya dianjurkan oleh KDN. hm.. takpala. dah ketua jabatan sendiri yang meminitkan program untuk dihadiri oleh kami berdua
program ni memang berbaloi untuk dihadiri. sekurangnya bagi yang masih tidak tahu tentang apa itu antipemerdagangan dan antipenyeludupan. so, sebagai



Wednesday, October 10, 2012

Finally... Babai UUM.


Assalamualaikum.
entry pg ni ada la berkaitan hari konvocation di uum yang telah ym hadiri dan konvori. hah! betui ka ayat tu. ok. seperti entery semalam ym datang ke sini sensorang sebab mr♥ tak dapat tempat untuk tidur. so, malamnya mak, ayah dan adik travel bersama dari penang ke hosba iaitu tempat atau rumah tumpangan yang diberi tumpang oleh kawan ym. what a surprise apabila kakak ym berbesar hati untuk mengikut sama ym berkonvo. alhamdulillah bertambah family ym yang hadir. abang ym tidak dapat hadir kerana anak² beliau demam panas. so, ym taknak la membebankan mereka semua untuk hadir ke majlis konvokasi ym ni. 

ok, nak dijadikan cerita seawal jam 5.00 pagi ym dah bangun. bersiap dan makan. ya, makan. kakak kepada tuan rumah ni atau yang ym tumpang makan nasi semalam, telah menyediakan bihun goreng untuk santapan kami 2 keluarga. alhamdulillah. walaupun ym tak berselera untuk makan, namun ym makan juga untuk tidak mengecilkan hati kakak tuan rumah yang masak.

sebelum tu, kakak tuan rumah ni ada anak. anak beliau tu kiranya sepupu kepada kawan ym. ym panggil beliau abang mizi. abang mizi ni bekerja di uum. no wonder la masa ambil jubah hari tu cepat ja member ym dapat. walhal ym yang ambik nombor dulu. so, disebabkan beliau kakitangan uum, maka beliau tahu jalan mana untuk masuk supaya tidak jammed. alhamdulillah. jam 7 lebih sikit macam tu kami dah sampai di sana. walaupun sedikit kalut pada awal pagi tadi.

setibanya di sana, ym meninggalkan segala barang penting iaitu dompet, handset dan sebagainya kepada mak. ym dan rakan terus ke dewan TSO untuk berkumpul. sebelum memasuki dewan konvokesyen iaitu dewan MAS. jam 9.30 ym dan rerakan yang lain bergerak ke dewan MAS. 

lebih kurang jam 11 ym naik ke pentas. dengan perasaan gemuruh dan sayu. sayu?! kenapa sayu. ya, ym sayu kerana teringatkan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk ym sehingga ym ke peringkat ini. terima kasih mak dan ayah. lupa ym nak cerita. dalam dewan di sebelah kanan ym adalah kak norfaezah dan disebelah kiri eina. eina berasal daripada sarawak dan kak faezah tu berasal daripada melaka dan menetap di bkt mertajam. 

selepas ym naik ke pentas, terus ym mau buang air yang telah ditahan sejak pagi lagi. ym mintak untuk keluar dewan dan ym telah disuruh untuk menanggalkan topi graduan. so, ym tanggalkan. nasib menyebelahi ym. sebelum masuk, ym ada bertanya kepada abang mizi samada boleh atau tidak untuk ym masuk ke dewan bersama beg tangan termasuk handset dan dompet. katanya tidak boleh. walhal, di dalam dewan tersebut pelbagai ragam dapat dilihat. so, semasa ym keluar dewan untuk ke tandas, ym terjumpa dengan mak dan mengambil 2 handset ym. nyawa kot. hehehe. selesai, terus masuk ke dewan semula. malangnya topi graduan yang ditanggalkan ym tadi telah bertukar dengan orang dan akibatnya ym mendapat topi buruk. :(sedih.....

kembali ke tempat duduk dan ym mendapati ada mesej daripada mr. beliau dah selamat tiba di uum dengan bas. huhuhu. terharunya rasa. terima kasih yang tidak terhingga kerana sanggup bersusah payah ke sini semata² untuk meraikan majlis konvokesyen ym ni. ym keluar dari dewan sekitar jam 1.00 tengahari dan mulalah sesi fotografi sehingga naik hitam muka ni. sunburn.... muka mr dah berubah sebab lapar. tapi ditahan juga sehingga lah semua selesai.

tengok la gambar² yang sempat diambil semasa di sana.



 

selepas selesai bergambar lebih kurang, mak ayah adik dan kakak ym ke jitra iaitu rumah ngah ym. rumah beliaulah yang ym selalu tumpang semasa belajar. ketika mereka berkunjung ke sana, ym sedang menunggu giliran untuk menghantar jubah. adik ym menghantarkan mesej kepada ym yang mengatakan mak ngah ym tidak sihat. innalillah.. ym janji selepas selesai semua, ym akan ke sana.

sebelum ke sana, mr membelanjakan ym makan mee kari yang ym sedang idamkan sejak beberapa hari lalu. mee kari di marry brown. sedap.. selesai sahaja terus bergegas ke rumah ngah.

subhanallah. sedih melihat mak ngah. beliau sudah tidak ingat ym lagi. badannya lumpuh separuh iaitu di sebelah kanan. menurut cucu beliau yang ym panggil abang ngah, mak ngah jatuh ketika mandi di dalam bilik mandi. sudah beberapa tahun beliau tidak boleh berjalan kerana lututnya tidak dapat menampung berat badannya. 

seingat ym, kali terakhir ym berjumpa beliau adalah pada awal tahun 2012. kesian ym melihat beliau. beliau juga berpesan kepada ym jika terjumpa mana² bomoh yang boleh ubatkannya, belikanlah ubat. dan kalau boleh beliau mahu ubat atau racun yang boleh bagi dia cepat mati. sayu hati ym melihat beliau. ym berpesan kepada abang ngah untuk menelefon ym jika ada apa². lebih kurang jam 7 malam, us pulang ke penang.



mr belanja pula ym makan di secret recipe. katanya sebagi meraikan majlis konvokesyen ym. terima kasih bebanyak ya bb. ayang sangat sangat kat bb. mwah..


ok, sekian sahaja yang ym dapat karangkan untuk hari ni. di entry akan datang ym akan karangkan tentang tips² memasuki konvokesyen.

selamat malam semuanya.







Tuesday, October 9, 2012

travel alone

assalamualaikum.
setiap kali post entry, ym akan kata setiap pagi. maunya tak setiap pagi. memang pepagi lagi ym dah bangun untuk kuar. untuk entry hari ni ym nak cerita tentang aktiviti before my convocation day.
pagi lagi ym dah bangun dan dating dengan mr♥. dating bende. ok we oll ke jabatan pendaftaran untuk buat new mykad. yeah. we make it juga walaupun dah lama plan.

nombor giliran us. boleh tikam ni

selepas selesai lunch pula di gerai kelapa sawit juru. pekena bawal goreng ma... sedap wa cakap lu.
selesai ja ym discuss dengan mr♥ dan malangnya beliau tidak dapat join untuk meneman ym ke uum hari ni  maknanya lone ranger la ym petang ni. selesai makan us ke Tesco untuk melihat tudung untuk ym konvo. malangnya, tak mendapat tempat di hati. lastly, tudung yang kakak ipar ym jual jugak menjadi pilihan. pendapat ym, baju dah vogue, so biarlah tudung tu simple ja. nanti jadi macam apa pulak kan.


bergerak menuju ke gerai kepala sawit

petangnya, sekitar jam 4.30 petang ym keluarlah memandu berseorangan ke UUM. yes, lone ranger. huaaaaaaaaa. sedih nya. ym terpaksa gerak ke sana awal sebab nak menyetelkan gambar konvo. mau taknya, semalam ym baru teringat tentang gambar atas stage. kalut gakla mencari rerakan lain untuk meminta nombor telefon untuk dihubungi. malangnya, mereka menyuruh ym sendiri datang ke uum. kalut gila.. disebabkan berseorangan, maka pelbagai aksi dirakamkan. cuma tak banyak yang diupload di sini. hahaha.


  

Alhamdulillah, niat yang baik akan berhasil juga apa yang dihajati. sampai di dewan yang sama tempat ym ambik jubah, masih lagi ada untuk gambar atas stage. bayaran sebanyak RM75 tekah dijelaskan oleh ym. hahaha. terbang lagi duit. selepas selesai, ym berjalan sensorang di sekitar pesta konvokesyen. ym meronda untuk mencari kabel untuk komputer. ingatkan ada dijual. tapi tiada. maka ym terbelilah tudung. hahahaha. selesai ja, kawan ym telefon untuk berjanji menunggu di mana untuk ke tempat penginapan. katanya homestay. sampai ja, tengok² rumah orang tapi tuannya jarang pulang ke situ. malamnya mak, ayah, adik menyusul. ym tidur pun dah jam 2.00 pg. maklumla beralih tempat tidur. ha. lupa ym nak cerita. di sana jiran² atau kakak kepada tuan rumah tu baik orangnya. dijamu ym dan family rakan ym makan. sedap pula tu. walaupun masakan kampung. ym suka..

babai. tidur sudah. bisok mau bangun awal.





Friday, October 5, 2012

set the date

assalamualaikum
hari ni ym bangun seawal pagi untuk ke uum. yeah. set the date. convocation is around the corner. disebabkan mr♥ kerja malam dan balik jer dari kerja terus us gerak ke uum. nak ambik jubah.

sebagai seorang yang berhati perut ym izinkan mr♥ tidur dan ym jadi drebar. kesian tengok mr♥ tidur. so, sebagai balasan atas kemurahan hati untuk meneman ym ke uum. ym goreng bihun dan ayam untuk dibawak bekal supaya mr♥ dapat makan.

  

Sampai di UUM lebih kurang jam 11.00 pg. terus us pergi ke dewan TSO untuk ambik jubah. sampai ja us tengok orang tak la berapa ramai sangat. tapi, parking kereta penuh. untuk pengetahuan semua, tempat ambik jubah tu adalah di tingkat bawah dewan TSO. so, masa us turun ke tingkat bawah, Masyaallah. punya la ramai manusia. terus ambik nombor giliran. nah! tunggu la berakax.

    

disebabkan hari jumaat, so lunch menjadi dari pukul 12.15 sehingga 2.30petang. memang sabar menanti la. habis je waktu lunch tu, nombor baru gerak ke angka 200. hah.. nah kau.. tunggu punya tunggu sampai macam² aksi jadinya. ada fotografer yang datang mempelawa untuk mengambil gambar di studio hari konvo nanti. ym pun memilih la apa nama ntah untuk bergambar. harganya rm120. deposit rm10. huahuahua.. terbang gak la nanti. 

  

finally, sampai gak giliran us ni. nak ambik jubah tu sekejap je. tapi, nak tunggu masyaallah. punya la lama. lepas ambik jubah tu, apa lagi, posing sakan sekitar uum. risau nanti tak sempat nak ambik dah time konvo. ya la, 1st orang mesti ramai, 2nd macam² hal nak kena setle. pulak, jubah kena hantar selepas konvo selesai pada hari yang sama. tengok. RM100 sehari ja lepas konvo. huhuhu.


ym nak² gak pakaikan jubah tu kat mr♥


tak la banyak sangat yang ym upload untuk tatapan readers semua. nanti, ym akan upload pic pada hari yang sebenar. okey. 

selesai pengambaran, maka pulangla kami sebab mr♥ kerja. tengok. walaupun dah ambil cuti, masih lagi dipaksa untuk bekerja. sabar jela.

ok. babai









Thursday, October 4, 2012

Redha Allah pada Redha Mak Ayah

assalamualaikum.
nak juga ym update entri time memalam macam ni kan. hm.. sebenarnya ym tengah sedih. sebab tu la ym tak dapat tidur lagi. i wish thay mr♡ dapat baca entri ni. dan most important if mak ayah ym dapat juga baca entri ni.
mak ayah, redha Allah terletak pada redha mak ayah. mohon mak ayah mendoakan kesejahteraan hidup dan meredhakan segalanya.
mak ayah, kakak tak mintak lebih dari tu. hanya doa mengiringi kakak selagi hayat dikandung badan.
ya Allah. tak dapat nak bayangkan betapa sedihnya hati ni tatkala kata2 mak yang seumpama menyumpah atas ketidakbahagiaan kakak. mak, tolong tarik balik mak. kakak mohon sangat. kakak nak hidup bahagia. subhanallah.
ayah... kakak mintak tolong sangat dengan ayah. jangan terlalu bangga sangat dengan anak ayah yang hanya pemegang degree kelas dua bawah ni. degree ni takkan boleh dibawak kemana ayah. kakak tak mintak semua tu. hanyalah doa ayah untuk meneruskan kehidupan kakak ni.
bb, ayang rela bb pergi untuk kita ok. ayang redha walaupun kita terpaksa berjauh. yang pasti jangan buang ayang dari hati dan fikiran bb ok. yang tu yang ayang mintak. ayang akan setia menunggu bb selagi nyawa dikandung badan. buktikan yang kita mampu. tapi, pesan ayang jangan riak dan bongkak ok dengan apa yang kita ada. sebab semua tu bukan milik kita. walaupun ada dalam tangan kita. namun ianya sementara sahaja. bila2 saja Allah boleh tarik dan rampas segala galanya ok.
maafkan ym. malam ni emosi ym sedikit terganggu. 






Monday, October 1, 2012

Like Owner Like Pet

Assalamualaikum.
hari ni ym nak update entry tentang my pet. although kereta wira ayah ym pletnya adalah PET. tapi, bukan Pet tu yang ym maksudkan. pet yang ym maksudkan adalah binatang peliharaan. ya, binatang peliharaan ym adalah kucing. memang dah banyak kucing yang ym bela. dan yang terkini ialah Uchie. dialah penyeri hidup ym setelah kematian debab.

sedikit cerita tentang Uchie. beliau telah diadopt atau dianakangkatkan oleh ym sejak 4 bulan yang lepas. ianya adalah pemberian mr. memula ym dapat dia ni, ya Allah. punya la liat. sebabnya kucing ni tinggal di sekitar kawasan rumah mr. disebabkan ym ni hantu kucing, beliau telah memberikan kucing ini kepada ym. dengan berbekalkan sangkar kucing kepunyaan mr punya kazen, maka ym dapat la si  ni. memang rasa bala masa memula dapat beliau. masih ym ingat waktu itu, ym sedang memasukkan makanan kucing ke dalam bekas makanan . masa tengah letak makanan tu, terus si  lari lintang pukang ke belukar belakang rumah. ya Allah, risau dan tertekan sangat.

sampai satu tahap si  lari panjat pokok pelam depan rumah ym. masa tu ym tak tau lagi. masa tu ym dalam perjalanan ke tempat kerja dan berhenti di hadapan rumah untuk membeli kuih muih. tetiba ym terdengan bunyi kucing. bila didongak ke atas, terlihat la  ni. kebetulan waktu tu dah lewat. ym terpaksa terus ke tempat kerja. pulang sahaja dari tempat kerja ym memanggil . dan beliau masih di atas pokok dan takut hendak turun. ym terus mengambil tangga dan mendapatkannya.

hari ke hari,  semakin manja dan sampai ym naik meluat. nak tidur, makan semua nak ym ada dengan dia. ish. manja sungguh. tapi ym tak kisah. ym sayangkan  sangat.

yang melucukan,  pantang nampak cili melaka.  akan terus terkam dan lambung² cili tu sambil main. tetapi tidak la  makan. sehinggakan mak dan ayah ym mengatakan "like owner, like pet". hahahaha. tak kisahlah apa pon. tengok la keletah beliau. sayang sangat...

       




  





>