Thursday, July 31, 2014

Fareeda Merak Kayangan


Apa tu Merak Kayangan? ok, jom YM nak kenalkan kepada readers semua.. pic atas yg tengah tu adalah pic tudung Fareeda Merak Kayangan. Kenapa orang panggil Merak Kayangan, kerana warna tu. hihihi.. ok, mulai daripada entry ni YM berjanji akan berterusan share tentang tudung Fareeda yang hot-hot colour. Dan Merak Kayangan ni adalah salah satu daripada warna hot yang dikeluarkan butik Fareeda. 

Macam mana YM boleh dapat warna hot ni? ok, ceritanya begini. Sepatutnya tudung raya YM untuk pair dengan baju sedondon dengan family YM dah tugaskan adik YM untuk membelinya. Malang sekali, dikatanya quota tudung yang boleh dibeli hanya beberapa helai. Sudahlah dapat jawapan sehari sebelum raya. Mujurlah kekasih hati YM tu sanggup bawak YM ke butik dengan motor sebabnya, selalunya jika nak dekat raya ni jalan mesti jem. so, nak elakkan dari jem, terpaksa la naik motor. 

sampai di sana, YM bawak keluar baju untuk matchkan dengan tudung, malangnya tiada. mujurlah seller kat butik tu tanya YM samada nak match dengan baju. dan dia ambik baju YM dan terus masuk dalam stor. Alhamdulillah, YM dapat yg tu. katanya warna ni hot. so, YM terus test dan matchkan dengan baju, toleh ke arah kekasih hati, dan belianu mengangguk. terus grab. katanya tu last pcs. Alhamdulillah... Balik je, YM terus tengok dalam FB. Yup, memang ni colour hot dan harganya RM200 lebih. 

Begitulah ceritanya. sebenarnya banyak lagi warna hot. dan YM akan kongsikan kemudian. Jom tengok YM pakai masa dating hari raya....




Tuesday, July 29, 2014

Checklist Barang Keperluan Masuk Rumah

 
Tetiba ja YM buka entry ni kan. Actually, yang ni sebagai persediaan untuk YM dan untuk sesiapa sahaja yang nak masuk rumah. tak kisahlah rumah baru ke, rumah lama ke, rumah sendiri ke, rumah sewa ke. YM sendiri sedang mengumpul checklist ni untuk YM menghabiskan duit hubby. ya la kan... persediaan. 

berikut adalah beberapa barang yang kita rasa patut ada untuk masuk rumah baru yang kosong. boleh juga jadi idea untuk kawan-kawan bagi hadiah kawen untuk kawan-kawan lain *cewah!* eh eh bukan bukan. idea untuk kawan-kawan yang nak masuk rumah baru juga. boleh kita tukar-tukar list. hehe.


1. Ruang Tamu 
  • tikar/karpet 
  • langsir/bidai 
  • rak kasut 
  • tv dan antena 
  • rak tv 
  • astro 
  • alas kaki 
  • meja kopi 
  • bunga dan gambar kahwin 
  • frame Allah, Muhammad, atau ayat-ayat Quran 
  • bangku comel-comel / pengganti sofa 
  • kipas 
  • cermin besar 

2. Master Bedroom 
  • katil 
  • tilam & bantal 
  • almari gantung 
  • rak lipat 
  • meja solek 
  • penyangkut baju 
  • penyangkut tudung 
  • penyidai sejadah & telekung 
  • cadar 
  • comforter 
  • kipas 


3. Dapur 
  • dapur gas 
  • tong gas 
  • peti sejuk 
  • set pinggan mangkuk 
  • set cawan gelas jug 
  • set pisau 
  • set kuali 
  • set periuk belanga 
  • periuk nasi 
  • termos/water heater 
  • set balang besar & kecil 
  • tupperware 
  • set pencuci pinggan mangkuk 
  • lesung batu 
  • set sudip & peralatan masak 
  • microwave 
  • blender 
  • toaster 
  • kain pengelap 
  • set sudu 
  • set rempah ratus 
  • penggantung bawang 
  • rak pinggan mangkuk 
  • penapis 
  • dulang


4. Bilik Air 
  • set mandian 
  • set detergen & pencuci bilik air 
  • baldi & gayung 
  • set rak utk bilik air 
  • cermin 
  • penggantung baju 
  • slipper 


5. Laundry 
  • penyidai utk barang² kecil (stokin dan etc) 
  • penyidai baju besar 
  • bakul laundry 
  • sabun cuci, pelembut pakaian 
  • hanger & penyepit baju 
  • mesin basuh 

6. Lain-lain 
  • penyapu 
  • mop 
  • penyodok sampah 
  • bakul dan plastik sampah 
  • pencuci lantai 
  • bulu ayam 
  • extension plug 
  • paip getah 
  • langsir 


Walaubagaimanapun, semua senarai di atas bukan lah harus dipenuhi 100%. macam YM pernah bagitau dulu, kehendak manusia.... memang terlalu heavy untuk dipenuhi. walhal, keperluan hanyalah sedikit. 

Dan kepada sesiapa yang ada penambahan boleh la dikemukakan kepada YM supaya YM dapat edit dan buat penambahan dan orang lain pun boleh baca..


thanks semua...







Friday, July 18, 2014

MAS MH17 Terhempas

Selamat Pagi. Entry pagi ni berkenaan MH17 yang baru terhempas semalam. ym hanya mengetahui pagi ni sebelum ke tempat kerja. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un... Al-Fatihah....

KIEV, 18 Julai - Interfax hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Pemisah pro-Rusia di Timur Ukraine berkata mereka telah menemui 'kotak hitam' perakam penerbangan yang telah dijatuhkan oleh pesawat Malaysia Penerbangan MH17


Pecahan sayap bertanda biru dan merah cat iaitu warna yang sama mewakili lambang syarikat penerbangan Malaysia di mana pesawatnya jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal,” kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.

Seorang pemberontak pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei berkata, dia nampak dari balkoni rumahnya melihat kapal terbang turun dari ketinggian yang besar dan kemudian mendengar dua letupan.

Bagaimanapun, dia menafikan pemberontak menembak pesawat berkenaan.


Monday, July 7, 2014

Menolak Ajakan Suami Untuk Bersama

Kita dah sedia maklum bahawa dalam agama, seorang isteri ditegah dari menolak ajakan suaminya untuk mengadakan hubungan badan. Sekalipun si isteri tadi ingin berpuasa sunat, dia wajib memohon kebenaran dari si suami terlebih dahulu bagi mengelakkan permasalahan sekiranya si suami tiba2 berkeinginan utk bersama. 

Isteri juga wajib membatalkan puasa sunat tersebut demi memenuhi kehendak suami yang satu ini...
Kita juga pernah diingatkan bahawa isteri harus melayani permintaan ini sekali pun diatas kenderaan. Tolakan yang dibuat tanpa asas kukuh hanya akan mengundang laknat daripada para malaikat. Si isteri tak seharusnya memandang remeh akan perhubungan badan dengan suami.. sekalipun suami anda itu seorang yang flexible... mudah bertolak ansur..

Nyata didunia teknologi ini..telah ramai isteri2 yang mengambil mudah akan hal ini.. dan ditambahkan dengan mereka yang berkerjaya.. ajakan suami seringkali ditolak dengan pelbagai alasan yang sebenarnya boleh diatasi, jika si isteri benar2 tahu akan tanggungjawab terhadap suami yang satu ini.
Sebagai isteri, anda harus membantu suami memahami keperluan2nya sendiri supaya dgn kefahaman tersebut...anda juga akan menerima manafaat darinya... dimana bantuan utk suami menikmati kepuasan yang mendalam setiap kali bersama.. sedikit sebanyak memberikan impak pada diri anda sendiri... Jika dilihat dari permulaan, tolakan isteri pada awalnya mungkin tak memberikan kesan yang besar... namun bila hal tersebut berlarutan, ia pasti akan menjejaskan perhubungan suami isteri dan juga kebahagiaan rumahtangga. Kita boleh lihat kesan dari beberapa sudut:- 

1) *Kesihatan* - lelaki perlu menyalurkan keinginan seks mereka melalui saluran yang betul, sah dan halal. Kerana itu, mereka dituntut agar berkahwin sekiranya mereka mampu dan sudah bersedia utk menerima tanggungjawab. Dan sebaliknya jika masih tidak mampu utk beristeri,maka berpuasa itu adalah yang paling baik buatnyer. Ini kerana, dengan berpuasa (dengan sebenar2 puasa).. saluran nafsu itu dapat ditutup dengan ingatan akan azab yang bakal dihadapi sekiranya berkelakuan sumbang.. 

2) *Agama* - sedangkan para malaikat juga melaknati anda sehinggalah sisuami memberikan kemaafan pada anda.. ingatlah perbuatan anda menolak ajakannya mungkin akan menyinggong perasaannya. ..tolakan isteri kekadang bakal mengundang kemusnahan pada dirinya juga... sekiranya keimanan sisuami bukanlah sekuat yang disangkakan. . Mungkin ada para isteri yang menganggap suami mereka masih waras dan mampu mengawal dari melakukan perkara sumbang dan keji diluar pengetahuan mereka. Namun... jangan juga kita terlupa..bahawa disaat2 seseorang itu berkeluh kesah akan permasalahan hidupnya.. syaitan senantiasa berhampiran bagi menggoda mereka ini .. Kekadang ada yang telah tertutup mata hati kerna "iman yang tipis itu senantiasa dibiarkan berseorangan".. Kemungkinan juga ada para isteri yang lebih rela membenarkan suami mereka bermain mata diluar... kerna menyangkan hanya sekadar itu sahaja..diwaktu yang sama.. tidak ada tindakan susulan demi memperbaiki perhubungan diantara si isteri dansi suami..Apabila masalah ini tidak dirawat atau dicegah diperingkat awal...jangan salahkan sesiapa sekiranya ada yang lain ingin memberikan "Pertolongan" pada suami anda..sebaliknya salahkanla diri anda kerana mengabaikan tanggungjawab anda...

3)*Penampilan Lahiriah* - seks adalah makanan bagi jiwa seseorang.. seks yang baik dan mampu memberikan kepuasan, pasti akan mampu memberikan semangat buat empunya diri setiap hari.. Penampilan diri akan lebih yakin disamping wajah yang berseri2 kerana kepuasan yang dialami..Sekiranya permintaan suami seringkali diabaikan atau ditolak, bimbang kelak sekiranya tiba waktu anda(isteri) mengingininya, nafsunya telah hilang terhadap anda... Ini mungkin setelah sekian lama menerima tolakan anda, suami mungkin tidak lagi mahu memulakan seks kerna bimbang ditolak atau telah terlekat dikepala.. "minta pun tak dapat.. baik tak minta langsung"..

Ini boleh kita istilahkan sebagai "malas seks".. satu puncanya... kebimbangan yang berlebih2an sekiranya ajakannya akan ditolak lagi... Bila seringkali ditolak, lelaki kebiasaannya akan lama kelamaan tidak mengambil endah lagi dengan kehendaknya ini.. Secara sedar atau tidak, dia mungkin tidak mau memikirkannya apakah dia masih maukan seks...dan diwaktu ini , mungkin ada para isteri menganggap si suami sudah hilang minat terhadapnya. . atas alasan2 yang isteri fikirkan "patut" dilakukan oleh si suami.. umpamanya..adanya pengganti atau orang lain yang didampingi.. . Walhal, bagaimana hal ini boleh terjadi??? 

Tidak pula semestinya, setiap perubahan lelaki itu hanya kerna ada orang ketiga.. kadang kala kita tersalah tafsir.. dia mungkin sedang menunjukkan protes terhadap tindakan kita padanya.. Sisuami, mungkin akan mengalihkan pandangan mereka pada perempuan lain.. atau juga cuba mencari jalan mudah bagi memenuhi kehendaknya. ..Lelaki tidak lagi takut ajakannya ditolak, kerana bagi pelacur umpamanya... tidak ada istilah itu bagi menyara kehidupan mereka.. Si suami juga,akan memandang isterinya tidak cantik..sekalipun isterinya itu seorang bekas ratu cantik...sekiranya dia tidak dapat menikmati kepuasan seks bersama isterinya.

So renung2kan lah dan selamat beramal. 


Thursday, July 3, 2014

Felixia Yeap Memeluk Agama Islam

selamat pagi rakan pembaca. hari ni ym nak kongsikan tentang Felixia Yeap. ya, ym tak sabar nak tunggu tentang pengislaman dia. ym kagum dengan dia. jom baca entry blog Felixia yang ditulis sekitar jam 6 pagi tadi.

Assalammualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan.
Makian.
Sindiran.
Fitnah.
Penyisihan.
Tekanan.
Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.
Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 
Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 
Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya tetap teruskan perjalanan. 
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.
Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 
Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 
Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)
Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya. 
Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.
Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.
Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.
Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.
Saya pernah cuba mencari Tuhan.Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.Saya pernah cuba memahami agama Kristian.Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.
***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.
Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.
Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.
Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"
Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.
Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.
Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.


P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.


jom sama-sama menyokong sahabat baru kita ni...
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke 28 Felixia Rania...
dan selamat memeluk agama islam.
alhamdulillah



Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan, Roh Yang Kembali

Gerun tak bila baca tajuk entry ym kali ni. sengaja ym memilih tajuk tu untuk dikongsikan kepada pembaca semua. bukan apa, setiap kita pasti akan kembali pada-Nya suatu waktu nanti. Bila, Dimana, Bagaimana, Kenapa, Mengapa??? hanya Dia yang tahu. jom baca!

Apabila tiba bulan Ramadan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah SWT untuk kembali ke bumi.. Ada roh yang DIBENARKAN pulang ke bumi dan ada yang TIDAKdibenarkan.. Roh yang di benarkan pulang adalah keranaAMALAN BAIK mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin penjamin yang MENDOAKAN mereka.. Manakala roh roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka,akan terus di penjara di Luh Mahfuz..

Apabila roh dibenarkna pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
kemudian mereka akan pergi ke rumah anak anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang MENDOAKAN mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk BEKALAN mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya 1 Syawal - Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan "Selamat Tinggal" kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang di berikan oleh mereka mereka yang MASIH HIDUP..

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan(dosa) semasa hayatnya BOLEH dibantu dengan DOA doa ORANG yang MASIH HIDUP.. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang orang yang masih hidup..

Oleh itu,wahai sahabatku,jangan biarkan orang orang yang kita SAYANG, yang telah mengadap Allah terlebih dahulu daripada kita SEPI tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara :

1. DOA anak anak yang SOLEH
2. ILMU yang bermanfaat
3. SEDEKAH amal jariah..




>