Thursday, May 30, 2013

Baju Tunang

tamau cakap banyak, jom tengok. 


ok, ceritanya baju tunang ym dah siap. horeyyy!! awal kan. awal tak kalut. simple tak? memang simple. sbbnya ym tamau la terlalu over. nanti orang mesti ingat ym menikah pulak. sebenarnya ym tak tahu nak pilih yang mana. sebenarnya ikut kesepakatan ym nak pilih yang kuning tu. tapi bila dicuba try test, macam berkenan yang merah hati tu plak.

apa hal pon tunggu nanti k.hahaha. rahsia..

da...


Wednesday, May 29, 2013

Persiapan ke Alam Perkahwinan

Dahsyat kan title enrty YM hari ni. so, kepada geng² semua yang dalam proses tu, jom check senarai semak yang YM dah aturkan ni. walaupun YM tidak secara total follow this checlist. hehehe...

MERISIK
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•       Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•       Wang tanda (hantaran)
•       Baju sepasang atau kain
•       Buah-buahan
•       Kuih-muih
•       Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•       Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•       Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•       Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•       Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•       Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•       Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN
•       Cincin berlian
•       Sirih junjung
•       Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•       Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI
•       Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•       Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

ENAM-LAPAN BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•       Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•       Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•       Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•       Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•       Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•       Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•       Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
•       Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•       Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•       Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•       Membeli cincin kahwin.
•       Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•       Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•       Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•       Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•       Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•       Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•       Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•       Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•       Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•       Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•       Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•       Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Membeli barang kemas
•       Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•       Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•       Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•       Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•       Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•       Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•       Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•       Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•       Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•       Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
•       Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•       Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•       Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki:
•       Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•       Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•       Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•       Cincin / gelang tangan / rantai.
•       Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•       Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•       Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•       Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•       Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•       Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•       Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•       Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•       Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN:
•       Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.



Thursday, May 23, 2013

BLACKLIST DAN BANKRAP

Blacklist/ senarai hitam, tidak 'sesiksa' muflis.Senaraihitam, cuma satu bentuk rujukan sejarah hutang piutang seseorang. Ada dengar CTOS, CCRIS dan BASIS? Tiga2 ni hampir sama, tapi tak serupa. Sama pasal beritahu sejarah hutang kita. Tak sama pasal disediakan oleh pihak yang berbeza.

bank menggunakan semua penyedia khidmat rujukan kredit ni. Kalau tak bayar ansuran kereta lebih 2 bulan, akan serta merta tersenarai diCCRIS (oleh Bank Negara). Sistem online dgn semua bank, automatik keluar kat screen setiap bulan hutang awak setakat awal bulan. Malahan dalam CCRIS, kalau awak ada hutang apa2, kredit kad, ada akaun semasa milik persendirian, milik perkongsian, atau lembaga pengarah mana-mana syarikat - semua akan terpapar di screen. Tapi cuma ada maklumat berapa hutang, (simpanan), berapa ansuran dan bilangan ansuran yang tertunggak.

Kalau di CTOS, pemberi maklumat merupakan syarikat komersil seperti bank, telekomunikasi & internet, tv satelit, utiliti, kedai motor yang jual secara sewa beli, MARA, JPA. Ada apa aje maklumat kredit maka kerja mereka berkongsi maklumat sesama mereka. Dah kongsi tentu saja ada pihak yang minat nak rujuk. maka tak hairan kalau awak nak buat loan kat bank, pegawai bank rujuk CTOS dan terus boleh tahu awak ada berhutang laian kat courts mamoth, celcom, JPA dan Astro. kalau ada hutang tertunggak, pegawai akan mintak awak jumpa syarikat yang awak ada hutang tadi, supaya jelaskan ansuran dan kemaskini rekod supaya bersih. barulah markah untuk kelulusan pinjaman akan meningkat. CTOS juga kutip maklumat orang muflis, harta kena lelong yang diiklan dalam paper, dan juga gazet kerajaan.

BASIS hampir sama dengan CTOS. cuma kadang-kadang syarikat komersil yang berkongsi maklumat tadi ada yang bekerjasama dengan CTOS, sebagainya pulak dengan BASIS. dua-dua tak perfect. CTOS tak delete maklumat lama. maka kiranya awak ada berjela-jela masalah, maka berjela-jelalah cerita hutang awak yang disimpan. kalau dah abis diselesaikan, cuma ditulis "REMARK:FULLY SETTLED". Tak ke haru.

Tersenarai ajer nama awak kat CTOS atau BASIS atau rekod tak cantik dalam CCRIS, maka itu dikira maklumat yang berguna kepada pihak bank yang proseskan permohonan loan seseorang. keputusan masih ditangan pegawai bank untuk nilaikan maklumat dan buat sokongan seterusnya kelulusan. Blacklist itu hanya dilabelkan oleh syarikat komersil dimana awak ada hutang dan tak abis bayar, dan mereka akan berkongsi maklumat itu dengan syarikat lain melalui CTOS atau BASIS. Ingat CCRIS hanya dikongsi sesama industri perbankan dan syarikat kewangan (Bank &Financial Inst. Act : BAFIA). Ok? Dah paham cerita blacklist?

Muflis pulak.

Kalau seorang berhutang bank, tak jelaskan ansuran (tentu saja dah tersenarai di CCRIS) dan disaman, bicara dan jatuh hukum yang hutang perlu dibayar. lepas jatuh hukum, hutang masih tak boleh dijelaskan, maka pihak yang menuntut boleh pohon melaksana penghakiman menerusi lelong harta, sita rumah dan harta,  rampas bayaran pampasan dari pihak insurans (jika ada) dan macam2. boleh juga pohon untuk istihar muflis kalau takde cara lain. lepas dah bankrupt, maka J. Insolvensi akan ambil alih untuk uruskan harta termasuk wang simpanan simuflis agar hak yang dituntut oleh pihak bank, dapat dikembalikan. Insolvensi akan iklan nama simuflis dlm paper. maklumat yang keluar kat paper, akan dikutip oleh CTOS dan BASIS untuk kemaskini maklumat sedia ada. segala transaksi kewangan peribadi simuflis dibekukan. kalau nak kerja makan gaji, mintak ajer gaji bayar cash, atau bayar cek guna nama isteri/ anak2. nak gi oversea kena mohon kebenaran keluar. Agak susah jugak la sebenarnya. (lihat carta)

 Kalau ada pindah harta kepada sesiapa, boleh pohon dibatalkan jika dilakukan dalam tempoh enam sebelum tarikh muflis. Masa muflis, kalau bank kacau lagi kawan tu boleh buat tak tahu ajer la...cakap dengan bank...go and see my lawyer (pegawai pentadbir kat Insolvensi) ha ha ha..

Selepas tempoh tertentu, simuflis boleh pohon untuk gugurkan status muflis. Dah gugur, boleh buat urusniaga seperti anda bayi yang baru dilahirkan. Yang tak best, rekod anda masih tak erapa cantik pasal masih disimpan di CTOS. Ingat CTOS tak delete maklumat kredit!

(maklumat asal di ambil dari blog dgn sedikit tambahan)



Semak Penyata KWSP secara online


Penyata KWSP bukan sahaja boleh di semak di kiosk KWSP, tetapi ada cara yang lebih mudah iaitu melalui online di portal KWSP iaitu  http://www.kwsp.gov.my.

Sebenarnya dengan perkhidmatan online ini , urusan semak penyata KWSP lebih mudah dan cepat tanpa perlu beratur panjang juga tak perlu mencari tempat letak kereta.Sesuai jika kita kesuntukan masa untuk pergi apatah lagi tak perlu ambil cuti rehat atau time sleep.

Bukan sahaja boleh buat urusan semak penyata sudah tentu penyata KWSP online ini juga boleh di cetak terus dari portal web ini. 

Baiklah, tanpa membuang masa, YM ringkaskan langkah langkah mudah untuk mencipta akaun online ini. Sebenarnya anda juga tidak perlu ke kaunter untuk urusan ini. Hanya memadai menggunakan kiosk kiosk KWSP samada yang berada dalam Pejabat KWSP atau kiosk lain. 

Kalau yang berada di Penang, Pejabat KWSP yang YM tahu ialah di Seberang Jaya berdekatan dengan Sunway Carnival Mall

(Senarai Kios KWSP)
Pejabat Seluruh Malaysia


Langkah Langkah Mudah

1. Datang ke Cawangan atau Kios  KWSP Terdekat. 
2. Daftar di Kiosk KWSP  dan pilih I-akaun (Gunakan kad Pengenalan)
3. Dapat 6 Digit Kod pengaktifan 
4. Login ke http://www.kwsp.gov.my.
5. Pilih pengaktifan i-Akaun-
6.Masukkan No. MyKad dan 6 Digit Kod Pengaktifan lepas tu cipta la password untuk akaun online ni.

Bila dan selesai , anda kini sudah boleh menggunakan perkhidmatan online untuk menyemak akaun KWSP anda.


Butang download tidak muncul di Youtube (Real Player Downloader)



YM beberapa kali mengalami masalah semasa ingin download youtube menggunakan realplayer downloader. Masalah yang berlaku ialah butang download tidak muncul di atas video walaupun realplayer downloader telah di pasang.

Ada cara cara yang YM telah berhasil lakukan melalui pembacaan di laman web. Di antaranya adalah cara seperti ini:

1. Pertama sekali pergi taip di butang di alamat browser dan taip 'about:plugin'  tanpa  ' '
2. Di sebelah kiri ada butang  +Details (klik pada butang tersebut)
3. Muncul 2 pluggin File Flash , klik Disable pada pluggin flash player seperti contoh ini

C:\Users\msnoorz\AppData\Local\Google\Chrome\Application\11.0.696.25\gcswf32.dll

4. Kemudian Install semula Flash Player. Namun sebelum tu, cuba buka Youtube menggunakan Chrome.Jika butang download muncul, tidak perlu lah install Flash Player ni lagi.


Masalah dakwat Printer Canon MP258 yang tak naik

ym ada pakai printer Canon MP258 yang sebenarnya jenis yang sama dengan MP250,MP125. YM tukar kepada Kotak Ink Luar (external Ink la). Bila dah sampai 1 tahun ink dah nak habis dan bila lepas isi yang baru ink tu pulak tak naik. Bila macam ni, print tak keluar apa apa la. 

Sebenarnya ada cara menyelesaikan. Ikut arahan YM di bawah.



1. Klik butang Maintenance sampai keluar huruf Y di display  (yang gambar spanar tu la).
2. Bila Y tu dah muncul Klik la butang Black untuk naikkan dakwat hitam dan Color untuk naikkan dakwat warna. Dalam proses ini tunggu proses ini berjalan sampai keluar no 1 semula. OK. Lain kali ada ilmu baru tentang setup printer ini YM share lagi.


Tuesday, May 7, 2013

Santai

Selamat bayar saman AES? Tak kottt. Sy x buta & masih nampak papan tanda had laju.

Selamat bayar PTPTN. Tentuuu sbb itu adalah hutang sy & wajib sy bayar balik utk lebih berkat :-)

Selamat bayar tol. Tentuuu sbb ianya memudahkan perjalanan sy. Kalau sy nak free & santai sy boleh ikut jalan kampung. Baru zuhud :-)

Selamat menanggung kenaikkan harga petrol. Nak buat mcm mana, nak selesa kene la bayar lebih. Kalau x nk boleh naik basikal. Tp ade yg bising tapi kempen tetap bawak Ferrari :-) rs jugak subsidi

Selamat tanggung kenaikkan harga barang. Sy boleh belajar berjimat. Terima kasih dgn subsidi yg di beri & sy ade option KR1M :-)

Selamat melihat Rosmah mansor bershopping. Lantak dia laaa. Duit dia lagipun. Sy shopping anak beranak aje la. Nak senang online shopping aje.

Tq Tun Dr. Mahathir dgn kemudahan jalur lebar hari ini. BN or PR sama2 guna kemudahan yg Tun sediakan :-) hakikatnya mereka x 100% menafikan nya. Malu mungkinnnn :-)


>