Monday, April 21, 2014

Letak Widget Islamik Dalam Blog

Lewat malam ni, tetiba pulak ym rajin nak buat tutorial. Kali ni tutorial ni, pasal widget jam dan tarikh macam dalam blog ym. Yang mana? cuba cari sendiri...

ok, jom mula

1. Tekan link ni.

2. Designlah calendar tu, colour text tu warna tulisan kat jam tu dan colour body tu warna jam.

3. Center ornament tu tengah-tengah calendar tu,calendar ym nama ALLAH, kalau nak nama Nabi Muhammad pun boleh, klik je none tu kalau nak ubah.

4. now, kena ubah width dan height, kalau nak widget jam tu besar.

5. Sekarang, kita kena ambil kod. Nampak tak segi empat yang dalamnya ada gambar facebook, google. Tekan gambar google tu, lepastu tekan code for other websites. Copy kod tu.

6. Macam biasa, dashboard > design > add gadget > html java script. Paste kod tu ke dalam html java script tu.

Cara masukkan widget jam sama macam widget calendar...

1. Kalau nak widget jam nama ALLAH S.W.T, tekan sini.

2. Kalau nak widget jam nama Nabi Muhammad, tekan sini.

3. Kalau nak widget jam Bismillah, tekan sini.


Tuesday, April 15, 2014

Berus Mekap dan Kegunaannya

Selamat petang kawan-kawan. Hari ni mood ym terajin sikit nak share tentang berus make up serta kegunaannya. so, pada sesiapa yang masih tertanya-tanya tentang fungsi make up brush, boleh continue baca. dan bagi sesiapa yang dah tau cara penggunaan dan aplikasinya, rasanya tak perlu la nak terus membacakan. dan satu lagi, entry ni adalah sebahagian dari pendapat ym sendiri.

btw, sebelum memulakan apa-apa mekap, terlebih dahulu kita perlu pakai penyegar dan pelembap supaya bahan yang kita gunakan dapat bertahan lebih lama. ok, JOMMMM

Foundation Brush
Setakat yg ym dah belajar melalui bacaan (blog) dan penglihatan (video), ada 3 jenis foundation brush. kita di galakkan pakai brush rather than pakai jari or sponge masa sapu foundation sbb ia lebih buat foundation nampak flawless & sekata serta penggunaan foundation tu sendiri akan lebih jimat berbanding pakai sponge.


Ok dari kiri liquid foundation brush. Sesuai utk apply all type of liquid foundation or BB cream. Yg tgh tu dipggl stippling brush. Cara guna ialah kita putarkan lightly brush ni utk blend foundation atau pun just dap and dap ke muke hingga foundation kite rata. Stippling brush ni jugak boleh digunakan utk sapu blusher dgn cara dap2 kan jugak.  Yg plg kanan tu pointed foundation brush. Sesuai utk cream brush & sudut yg sukar dicapai oleh normal foundation brush mcm celah hidung & hujung mata.

cara penggunaan adalah dengan foundation di letak atau dituangkan di belakang tangah dan blend dengan berus seperti di atas, kemudian barulah di sapu ke muka dan sapukan secara membulat untuk memastikan foundation menjadi lebih flawless. 

Concealer Brush
Berus ni utk apply concealer. Pls take note jgn sesekali terus letak concealer dari tube / bottle ke muke. Gunakan berus atau klu korg perasan ada setgh concealer mcm lipgloss ada stick / applicator tu, so guna kan lah yer. Concealer digunakan untuk highlight bawah mata dan menutup segala cela yang ada di sekitar muka termasuklah jerawat, parut dan sebagainya.

Cara penggunaan adalah dengan dap dan dap bawah mata, tepi hidung, tepi mulut or tempat yang berkenaan dan baru disapu atau blend. jangan ditekan berus ni kerana jika kita nak conceal bawah mata, dikhuatiri bawah mata kita akan rosak. kerana bawah mata merupakan kulit yang paling nipis sekali di antara bahagian lain di muka.

Powder brush
Of coz utk sapukan bedak padat or bedak tabor (loose powder). Penggunaan berus ni lebih memberikan effect airbrush rather than readers semua sapu bedak padat pakai sponge. kalau yg bentuk bulat betul, jgn yg flat. Kelembutan berus bergantung pd pemilihan readers semua. But for me, ym prefer yg xterlalu lembut (sbb nanti xlekat lansung bedak) & xterlalu keras (sbb nanti boleh mencederakan muke). Pilih yg sedang2 tau. 

cara penggunaan pulak, bagi readers yang memilih untuk makeup yang simple, hanya sapu 2 kali ke seluruh muka ya.. maksud ym, 2 kali sapuan ja. dan untuk hasil yang lebih especially untuk bridal, pepandailah...


Blusher brush
Utk sapu blusher la. Lebih baik klu bentuknye round & pointy. pastikan blusher yang soft atau warna peach. elakkan blusher yang shimmer. lagi tinggi blusher, lagi muda akan nampak muka kita. heheh.. blend blusher tanpa senyum untuk menelakkan pipi nampak jatuh bila tidak senyum.

Angle blush brush
Utk menyapukan blusher or buat shading atau contouring bg tulang pipi naik. Sapukan start dari lubang telinga tu membawak ke pipi sket lagi nak kena bibir. pastikan ditengah pipi iaitu pandang mata ke hadapan dan penghujung bola mata. sapukan bronzing atau shading mengikut apa ym bagitau ye.. dan blending ke atas dan ke bawah or muncungkan mulut. 

antara tips yang ym boleh bagi ialah bagi muka bulat, contourkan bronzing hingga ke tengah anak mata iaitu terus ke bibir. jika muka jenis lonjong, contour dari telinga ke hidung.. 

shading lain adalah di bahagian penjuru kening berhampiran anak rambut, shade kan bahagian tu ye. serta di bahagian tepi dagu untuk menampakkan dagu yang lebih runcing dan terbentuk.

jika sesapa yang mempunyai dahi jendul, sapukan di bahagian dahi. Hehehe.

Bronzer brush
Ha, ni favourite sy. Sy suke guna bronzer brush ni xksh la utk sapu blusher & powder sekali pun sbb ia lembut & besar. kebanyakan pengantin akan memakai bronzer ni untuk menampakkan muka lebih glow.



Flat top powder / bronzer brush
Ini utk apply blusher or bronzer. Sy suke pakai berus ni sbb ia lebih precise & sbb ujg nyer flat so dpt la point2 kan tmpt nak sapu tu. atau boleh jua readers semua baca semula seperti di atas.


 Large shader brush
Main function utk sapu eyeshadow highlighter (color cerah / putih) ke seluruh kelopak mata specially at brow bone utk tinggikan tulang kening. Berusnya besar sbb tu sesuai utk sapu whole lid area.

Eye shadow brush
Ni mcm biasala. Utk apply eyeshadow. Klu korg perasan tiap eyeshadow yg korg beli akan disertai dgn applicator dlm bentuk sponge kecik dilekat pada stick. Actually, guna sponge xberapa flexible compare to this brush. Lgpun brush ni xmahal & mudah didapati kat Malaysia ni.

Cream shadow brush
Ini pun sama function dgn berus no 8 di atas Cuma bezanya yg eyeshadow brush tu utk sapu eyeshadow bentuk serbuk, yg ni utk eyeshadow jenis cream. Berus dier agak tegap compare tu normal eyeshadow brush. Normal eyeshadow brush agak lembut.

Angle shadow brush
Ada sesetgh MUA gunakan berus ni utk blend kat crease area sbb slant shape of the brush. Tapi ym jarang gune brush ni, prefer gune real blending brush.


Blending brush
Gunanya utk blend / blur kan sharp / hard edges eyeshadow kite. Xdela nmpk readers letak segedebuk eyeshadow kat mata tu. Hujung mata perlu blend bg blur eyeshadow tu. Specially utk mekap smokey. Dlm byk2 brush, this brush paling penting ok. Klu x, ur eyeshadow akan nampak setempat jer.

Small blending brush
Sama fungsi dgn yg atas cume slightly smaller. ianya juga boleh digunakan untuk shading hidung atau membentukkan hidung dengan lebih mancung. caranya adalah dengan membuat garisan bermula dari permulaan atau pangkal kening untuk kedua2 belah kening dibuat garisan sehingga ke tengah hidung atau bawa ke bawah. kemudian blendkan ke tepi dan cuping hidung. berus ini juga boleh dipanggil fluffy brush.

Crease brush
Utk sapukan eyeshadow bg teknik “socket eyeshadow”. Ada jugak MUA gunakan berus ni utk shading hidung kerana bentuk tirusnya. Senang nak cari point2 & buat lining kat hidung tu. sama seperti di atas.

Pencil brush
Untuk sapukan eyeshadow di bawah mata (waterline) spya eyeshadow tu blend dgn eyeliner. Utk letak eyeshadow hitam dlm bentuk V shape atau bulan shape kat crease area tu.

‘C’ shape eye shadow brush
Sama fungsi dgn eyeshadow brush cume lebih precise & sesuai utk letak kat lid area saja (kelopak mata). Dier lebih pendek (berus) compare to normal eyeshadow brush.

Buffer eye brush
Bentuk yg flat top utk memudahkan process blend & letakkan eyeshadow di tmptnya. Tp kdg2 sy gunakan utk letak loose powder kat bwh mata utk elakkan fall out eyeshadow time letak eyeshadow serbuk. ym juga gunakan ni untuk letakkan highlighter di bahagian atas pipi. gunakan ia selepas disapu blusher untuk nampakkan kecan glowy

Angle eyeliner brush
Main function utk letak eyeliner kat atas & bwh mata sbb ianya slant so lg mudah nak letak. Selain tu boleh gak gunekan berus ni dgn eyeshadow color soft black / dark grey / dark brown utk bentuk kan kening.

Brow & lash comb
Ape lagi, sikat utk bulu kening & bulu mata. bentukkan mengikut kesesuaian muka masing2. menjadi trend sekarang kening ditebalkan di bahagian pangkal dan di tengah. tetapi di hujung luar dinipiskan.

Lip brush
Utk sapukan gincu la. Ada setengah MUA yg jaga kebersihan xmola terus letak gincu dier ke bibir. So gunala berus nih.

Setting brush
Mcm touch up brush. Sy guna berus ni utk letak bedak tabur di bawah mata ketika mekap utk elak comot atas kesan eyeshadow yg jatuh. Boleh juga utk letak highlighter kat atas apple of ur cheeks utk effect shining. Pun boleh jugak utk letak bedak tabur / padat kat kwsn kecil yg susah capai mcm celah hidung.


Fan brush
Ada dua. Satu besar, gunanya utk me’nyah’kan fall over of eyeshadow ke bawak mata tu). Yg kecik ada org buat sapukan blusher. Klu nak sapu blusher yg blink2 tu sesuai guna small fan brush ni.

Kabuki brush
Mostly utk sapukan mineral foundation dan juga blusher. Berus comel & besar selalunya sesuai juga utk sapukan loose powder sebab berus dia yang besar dan sesuai dengan muka kita.



ok, sekian dulu persembahan ym untuk hari ni. ada masa nanti ym akan buat entry tentang produk yang ym gunakan. or maybe dengan video sekali. if rajin la. so, pada sesapa yang berkongsi, silakan. perkongsian dapat menambah ilmu pengetahuan.





>