Monday, December 31, 2012

Sambutan Tahun Baru

entry pasar malam. sengaja ym taip entry ni kat sini sebab nak menggambarkan kesedihan sebab tak dapat nak celebrate tahun baru dengan mr. beliau perlu bekerja. huarghhh!! poyo la ym ni kan. ok, readers semua sambut kat mana? ym dengar ada artis kat padang esplanade. jelousi dengan mereka² yang berkesempatan ke sana. kalau ikutkan mak pon nak ke sana juga. malangnya hujan.. maka tak dapat la kami ke sana. 

disebabkan keboringan di sini, ym nak kongsikan gambar berniaga kami 3 beranak. tengok ler..

adik sedang menjual dan memanggil


3 beranak peniaga

esok, ym akan kongsikan entry berkaitan kenduri yang ym pergi. tatatata...



Sunday, December 30, 2012

Outreach vs Pra Perkahwinan Verse II

selamat malam sudah. entry ym malam ni, ym nak berkongsi. sebelum ym mengantukkan diri ku ini, seeloknya dikongsi kan segala kepenatan kedua harian.

29/12/12 ym perlu bekerja. outreach. hihihi. kerja ym bermula jam 10.00 malam sehingga 3.00 pagi. lebih menyayat hati ialah pagi sabtu tu, ym tak dapat nak tidur lama. ym bangun sekitar jam 0900 pagi. sepatutnya kena la tidur lebih kan sebab malam nak berniaga. ym perlu bangun lebih awal sebab nak menukar minyak hitam pada motor ym. so, dengan mr la ym pergi. petangnya ym berniaga dan jam 0800 ym balik ke rumah dan terus siap menuju ke tempat kerja. mujurlah mr ada. beliaulah yang tolong teman, hantar, tunggu ym habis kerja. lebih kurang jam 0230 pagi, habislah kerja ym dan us bertolak balik ke rumah. sampai sahaja di rumah terus tidur dan tak sedar apa dah.

30/12/12 ym perlu berkursus. bayangkanlah tidur berapa jam sahaja dah perlu bangun untuk ke kursus. kursus kahwin babe. final day punya. kursus bermula jam 0900 pgi dan ym perlu ke sana lebih awal. maka perlulah bangun awal. mujur mr terjaga jugak. kalau tidak.. entahlah macam mana. dalam dewan kuliah, tuhan sahaja yang tau betapa mengantukkannya pun ym dan mr. tidur tak cukup kan. tapi mr ym tengok steady je. ym pulak yang mengantuk tahap gaban. tertidur juga sebentar. tengok la mr ym yang steady ja ni.


finally, us dapat juga sijil kursus. sepatutnya sijil akan diberikan di dalam dewan kuliah. tapi disebabkan us tunda berkursus, kalutlah us turun ke pejabat hasani tu. nasib la mereka tak minta us tunggu di dalam dewan bersama. alahmadulillah.. dah boleh kawin pon. hahahaha...


selesai sahaja dapat sijil. terus ke tempat makan. nyum²... char kue tiaw lagi. extra prawns pulak.



tengok la wajah keletihan kami berdua.



p/s: untuk pic bertugas malam tu ym tak sempat snap.
da....



Thursday, December 27, 2012

Pesta Penang Verse II

yeeeeeeeeeha!. gila kau. ok, entry yang ym nak tulis dan taip hari ni adalah berkaitan pesta penang lagi. dah dua kali dalam masa seminggu ni. ok. story morry nya begini. ym nak beli barang yang ym berkenan kat sana. kali ni ym bawak duit lebih sikit. dan macam biasa bila dah sibuk menshopingkan diri, terlupa nak snap pic. 

sebenarnya ym kerja hari ni. tapi minta time off daripada bos. dan pergi la. hahaha. finally, dapat juga beli apa yang ym nak beli. bukan apa. persiapan juga kan. ok, 1 ja pic yang ym sempat snap. 

ym salute sangat kat mr sebab sanggup tunggu ym bekerja setengah hari. katanya beliau ke batu feringgi lepak sana. thank sangat² sayang. love u larh..

babai. mau tido sudah.


p/s: mujur mr tak marah sebab perlu usung barang yang banyak. ngehngehngeh.



Wednesday, December 26, 2012

Jom Pesta Penang

selamat petang semua. nak dimaklumkan bahawa semalam ym dan mr ke pesta penang. untuk kali pertama bagi tahun ni. ok, sebenarnya mr cuti sepanjang minggu ni. dan dapatlah us pergi ke sana. ceritanya semalam memang us dah plan untuk ke sana. sampai saja kat sana nak mencari parking berdekatan dengan tapak pesta. malangnya, parking sudah penuh ma... ingat lagi ym masa tahun lepas us pergi ke sana. maybe rezeki us kot sebab, entry ke parking yang berdekatan tapak pesta tu kosong. so, dapatlah us masuk ke sana. 

disebabkan ketiadaan parking, mr pusing sekali lagi dan niat hati nak parking berdekatan mobil. seingat ym, tahun bila ntah semasa us ke sana, parking berdekatan taman dekat mobil tu mudah untuk meletak kereta sebab tak kena bayaran dan dekat. bukan ym kedekut. bayangkan pengutip parking kereta haram tu, caj sebanyak rm7 untuk sekali parking. gilo! dahlah haram, mahal pulak tu. ha.. nah, tahun ni sampai ke taman berdekatan mobil tu pon kena bayaran dek kerana tuan parking haram. so, mr cuba la meronda sekitar taman yang berdekatan. at last ada juga parking dekat dengan fedex. lebih kurang 5 minit berjalan. tak kisah pon. us dah biasa berjalan jauh. hahahaha. tak caya ka? cuba baca entry us ke kl untuk kali pertama hari dulu.

ok, selepas dah dapat parking bergeraklah us ke tapak pesta. jalan punya jalan sampai nak snap gambar pon x hengat. masuk kedai, kuar kedai. macam² yang ym tengok dan berkenan. tapi disebabkan duit cuma tekan kat atm sikit sahaja. terpaksalah ym berpuasa dari shoping sakan. 

lebih kurang jam 9.30 malam, us keluar dari tapak pesta. malam semalam gak kristal datang buat persembahan. ym dapat tengok dari jauh ja.. now, lets cekidaut gambar yang sempat di snap. da...






Monday, December 24, 2012

Perm vs Rebornding

selamat petang semua. yekcually, ym nak kongsi sedikit tentang rambut hari ni. since rambut ym yg di perm ni makin menjadi ikal mayang semula. so, as a result ym nak gak la pendapat tentang rambut untuk next year. ym pon tak terpikir bila nak buat tu. tapi, maybe middle of the year la. tu pon atas nasihat mr

ok, now lets check it out. yang straight di bawah ni, bukan permenent (betui ka aku eja) punya rambut. sebenarnya ni masa ym pergi cuci dan treatment rambut. so, hair stylish tu saja la nak buat ala rebornding. test katanya. so, mr benarkan sahaja. ya la. duit beliau kot. ok, katanya. cantik juga sesekali ubah penampilan dan gaya rambut.  maybe next year gaya begini kot. hehehe..


ok, now lets move to my actual perm hair. dah bertahun ym still approve pattern yang sama. memula tu saja². tapi, mr kata continue ja. 


ym still berfikir which pattern should be for the next year. ya la kan.. next year dah nak bertukar status fiance  off mr. and for the next year tu pulak bertukar ke mrs yus. so, nak juga ubah kan.. ok la. nanti ym akan story lain pulak. da...



Sunday, December 23, 2012

Jadi Orang Kedah

Huh! tak maulah sampai macam ni. jadi orang kedah? tak nak la haku. ok. sebenarnya entry ni sedikit menunjukkan kemurtadan ym terhadap pulau pinang pulau mutiara pulau tercinta. sepanjang hari ym berada di sekitar kedah. alasannya ym perlu menemani mak dan ayah tercinta mengendurikan diri di changloon dan kuala ketil. letih tak terhingga bercampur penat. 


pepagi lagi ym sekeluarga dah bertolak ke changloon. sebabnya, mak ayah ym nak ke tempat kenduri yang jauh terlebih dahulu dan selepas ke tempat yang lebih jauh barulah ke tempat yang sedikit dekat. rasionalnya adalah kerana masa. ya, masa perlu diutamakan. kenduri yang jaraknya jauh dari rumah perlu kita atur dengan baik supaya kenduri² lain dapat kita hadiri. actually, mak ayah ada 4 kenduri hari ni. 2 adalah di kedah yang ym teman beliau dan 2 adalah di sekitar kampung ym. lebih kurang jam 12 kami tiba di sana dan apa yang mengejutkan tempat kenduri adalah di sekitar ceruk Mokkan changloon dan papan tanda untuk ke tempat tersebut tiada. yang ym perasan hanyalah nama pengantin perempuan dan pengantin lelaki tu. so, kami masuk lah mengikut papan tanda tu. sampai sahaja di rumah kenduri, mereka belum makan lagi dan sedang membaca doa untuk tahlil. so, terpaksalah kami menunggu. lebih kurang jam 1, barulah kami dapat makan. selesai makan, as usual mak ayah pasti menyembang terlebih dahulu. maklumla, rumah yang kami pergi tu rumah saudara sebelah mak jugak. ramailah sedara² yang mak jumpa. macam ayah lain pulak. beliau kalau dah jumpa geng menyembang, hah... padah la semua tu. kalau tak balik pon takpa. selagi ada topik. ada sahaja yang beliau sembangkan.

 
sebelum balik, pengantin lelaki dan perempuan sampai. sempat juga ym melihat ke araha hantaran yang dibawa oleh mereka. nak cilok sedikit. hehehehe. ok, selepas tu, bergeraklah kami ke kuala ketil. iaitu tempat kedua kenduri. kononnya nak exit sungai petani. sebab senang nak menuju ke kuala ketil. ym ikut jalan cinta sayang. lastly masuk ikut ladang getah mana ntah. tetiba keluar di padang meha. hahahaha.. lawak. eksyen la konon. lastly sampai sana hampir jam 4 dan makan dan balik. huhuhu..

sampai di rumah sekitar jam 5.30 dan bersiap keluar pulak dengan mr. terus ke mydin bershopping. biasalah. anak mistali. kihkihkih.. ok la. nak story mory tu je. da...



Saturday, December 22, 2012

YusMa Kursus Kahwin

 
Dahsyat kan tajuk entry ym malam ni. actually ym just nak berkongsi yang ym dan mr berkursus kahwin hari ni. bermula jam 9.00 pagi hinggalah 6.00 petang. mak ai. teringat zaman time study dulu (ceh macam dah lama habih study) time dalam kuliah ja. sure kemengantukan tu wujud. tuhan sahaja yang tau. 

dalam kursus tu, ym duduk sedikit hadapan daripada mr. sebabnya ym takut dan risau kalau² peserta tak cukup, ym kena menapak ke hadapan pula. malas den. so, mr duduk di belakang. menyesal pon ada bila jadi macamtu. tapi nasib baik la mr ada. at least boleh la time mengantuk ym kacau mr dengan mesej² merapu ym. best juga kursus tu. tak dapat ym nak ambik gambar semasa berkursus. risau nanti orang kata ym ni chewiiii plak.

sepatutnya kursus berlansung selama dua hari. tapi, ym tak dapat hadir untuk keesokan harinya kerana perlu menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah mak di changloon dan kuala ketil (hulu kan). hakhakhak.. maunya ada orang kedah atau sekitarnya baca, mau kena hentam ym ni. ok, so ym dah jumpa dengan kerani di situ mintak tunda ke minggu hadapan. bukan ym sorang yang tunda tapi mr pun turut sama. katanya takut boring. ngengehngeh. ym berjaya memujuk mr untuk tidak hadir seorang diri. 

time lunch us makan di nasi ayam periuk besar di pekan kulim tu jugak. oh ya, lupa pulak ym bagitau yang us berkursus di hasani management kulim. kerana kursus tersebut sudah tidak diadakan di pacific prai. so, jadi orang keddd sat la kan. kata mr. hahaha.. 

apa yang kurangnya
 berkursus di situ adalah keadaan dewan yang sempit dan tempat duduk atau kerusi yang tidak selesa. ya la kita duduk berjam² lamanya dan kerusi tersbut yang rendah menyebabkan sakit belakang. tempat berkursus juga adalah di tingkat 3 bangunan tersebut. letih gak la naik tangga. dan yang paling tak best adalah kerana penceramah yang memboringkan. wah.. belum habis kursus dah komplen sana sini. mau tak dapat sijil, kena ambik lain kot. tandas di situ juga tak berapa nak banyak walaupun kapasiti peserta adalah ramai. dah la ym ni kaki buang air.


apa yang lebihnya
dapat duit rm5.00 untuk makan untuk kedua² hari. jadilah dari tak dapat lansung. dapat buku berkenaan rumah tangga ( tak perlu la ym nak menulis banyak² walaupun ym ni kaki dan tangan tulis. kahkahkah. layanan mesra daripada staf di situ. mereka tak lokek dengan senyuman. penceramah sedia berkongsi pengalaman mereka.
 
selesai kursus, us pergi makan char kue tiaw di kota permai. mak ai. punya la jauh makan. hahaha. bukan apa, ym teringin nak makan char kue teow. balik tu, ym perlu tolong mak di pasar malam.

ok, sekian dahulu untuk entry ini malam. da..



>