Tuesday, March 26, 2013

Jieazzmovie.Net, Ddmf.Biz, Syok.Org, Teamaryzs, Dan Teamhanna Kini Di Tutup!

Kepada pengemar movie atau lebih suka tonton movie yang di download dari hosting dan laman web percuma seperti ym berbanding menonton di panggung (walaupun ym kekadang gedik nak masuk panggung), pasti perasan yang web site sharing video terkenal, terbaik dan sempoi masa kini iaitu jieazzmovie.net, ddmf.biz, syok.org, teamaryzs dan teamhanna sudah tiada di google atau Facebook. memula tertanya-tanya gak la ym napa web ni tak boleh bukak. bila ym menanyakan kepada pakcik google, beliau lantas memberitahu segalanya. 

sebenarnya, owner atau tauke kedai web site tu yang tutup bila keluar satu artikel dari pihak Polis Malaysia yang telah memberkas seorang lelaki dari Kulim Kedah atas kesalahan mengupload atau mengkongsikan filem dan drama terbaru kepada pengguna internet serta merta melanggar undang-undang hak cipta. Tak pepasal pihak polis datang rumah serbu. Tak ke ngeri jadinya. So, website-website lain yang menawarkan khidmat percuma ini dengan pantas terus menutup web site mereka bagi mengelak mereka diberkas oleh pihak berkuasa secara tiba-tiba. Nak baca artikal penuhnya? Boleh klik link di bawah.

Laporan penuh

So, agak sedihlah bila website macam ni dah ditutup. Sedih sangat sebab kalau nak tengok movie atau drama Melayu kena tengok kat TV atau beli DVD kat kedai.  

Bagi penggemar drama Melayu, memang dah tak ada peluang nak download drama TV yang mereka dan ym suka. Yalah, tak semua orang ada Astro. Tak semua orang berkelapangan waktu untuk menghadap TV 24 jam kan? Ada jugak benda lain nak kena buat. macam ym sendiri. balik kerja kena tolong mak niaga kat pasar malam la, ke sana la, ke sini la. so, selalu la terlepas nak tengok cerita best2 kat tv.

So, kalau pihak Polis Malaysia sudah berkuat kuasa sedemikian yang ym anggap agak wajar dilakukan, kepada pihak penerbit filem dan drama tu, please... buatlah drama yang best, filem yang menarik untuk kepuasan penonton supaya tak menyesal tonton di panggung. Kadang2 thriller bukan main menarik lagi, bila tengok cerita keseluruhannya... adeh...

Hal ni sama halnya dengan indusri penulisan novel jugak. Nasib baiklah novel tu, versi cetak, susah sikit nak cetak rompak. So, kalau menyeal beli pun boleh simpan atau jual pada yang berminat. Kalau filem tengok kat panggung tu, kalau nyesal tengok boleh claim harga tiket dengan harga 50% kah? Tak, kan? So, pengarah dan penulis skrip, buatlah filem yang menarik ye? 

Tak mustahil jugak wujudnya e-novel atau bahan bacaan elektronik kini  yang semakin meluas, akan wujud laman web sharing percuma untuk ebook yang semakin berkembang sekarang. So, pihak Polis Malaysia juga perlu siasat sharing percuma di Youtube dan untuk ebook jugak. 

tapi yang ym pelik, kenapa pihak polis taknak banteras vcd cetak rompak. masih lagi terlihat di pasar2 malam kot. yang dah dapat tangkap baru ok what...

Apa-apa pun, Malaysia tetap ada undang-undang, sebagai manusia di muka bumi ni pun kita tetap terikat dengan undang-undang. Kaji dan siasat terlebih dahulu kesan baik dan buruknya sebelum kita melakukan sesuatu.



Monday, March 25, 2013

A B C... A to Z

Murning.. Lama tak hupdate ini belog. just nak sharing da word A to Z. chill!!

Suami: Sayang.. Sayang tau tak setiap huruf A,B, C hingga Z ada makna yang istimawa untuk sayang...
Isteri: Ye ke.. emm.... Apa dia?
Suami : A, B,C..
Isteri : what ??
Suami : Always Be Careful..
Isteri : Hehe.. then??
Suami : D, E, F, G..
Isteri : .....??
Suami : Don't Ever Forget Girl..
Isteri : Girl..?!
Suami : Hmm... I'm H, I..
Isteri : What H, I ??
Suami : Happily Inlove..
Isteri : So... ??
Suami : J, K, L, M Just Keep Loving Me..
Isteri : And how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z??
Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall
Treat U Very Well Xcept me Your Zauj...
Isteri : :-) ♥



>