Thursday, August 30, 2012

Kuih Raya Edisi YM

Assalamualaikum kawan².

entry basi kali ni adalah berkaitan kuih raya yang telah dihasilkan oleh mak ym sendiri yang dibantu oleh ym. hehehe.. suka tau nak menyibuk nyiban ni. ok. untuk raya aidilfitri tahun 2012 ni mak dan ym telah menghasilkan beberapa jenis kuih tradisional dan juga menggunakan kaedah tradisional iaitu kuih bahulu, kuih putu kacang dan ketupat. 3 jenis je. almaklumla ym, mak ym ni seorang ni dan family ym rata² nya sibuk dengan tugasan harian yang tak menentu.

nak dijadikan cerita mak telah memulakan tugas beliau untuk menyiapkan bahulu dulu. hm.. ym pon diminta tolong oleh beliau untuk sama² menolong mak menghasilkannya. susah oo.. dengan panas api dari sabut kelapa. ya la kan. cara tradisional. bawahni, gambar bahulu tersebut. sila abaikan bahulu yang berwarna seperti kulit ym itu. hehehe..


untuk kuih kedua mak telah menghasilkan kuih putu kacang. yang mana penghasilannya memerlukan ketekunan yang teramat daripada mak iaitu untuk memastikan kulit kacang dikeluarkan sehabis²nya supaya putu kacang tersebut tidak menjadi warna hitam seakan² kulit ym. hehehe. proses kedua adalah dimana tepung dan kacang tersebut perlu di jemur untuk mematikan kemampatan apabila dimasukkan ke dalam acuan nanti. yang jadi mangsa untuk menekan tepung ke dalam acuan adalah ym. selepas ja makan sahur, terus ym menjalankan kerja yang diarahkan oleh beliau. teruk gila hendak menekan tepung tersebut supaya mampat dan bila diketuk tidak pecah berkecai. tengokla hasilnya. ada yang berhabuk akibat daripada mata yang mengantuk menekan.


untuk hari ketiga iaitu sebelum raya, mak ym menugaskan ym untuk merangka daun palas iaitu membentukkan daun palas supaya senang dimasukkan pulut. masih segar dalam ingatan ym 2 tahun yang lepas ketika itu anak menakan sulung ym baru berumur 11 tahun. dia menolong mak ym iaitu tok beliau untuk merangka daun palas. dan dalam anak menakan membalut daun palas tersebut, dia mengibas² daun tersebut. ym yang buta daun palas ni telah memarahi anak menakan tindakan nya. lalu ym dimarah balik oleh mak ym kerana memang sepatutnya daunpalas tersebut dikibas² supaya segala habuk kotoran keluar dari daun tersebut. hehehe.. amat memalukan. lihat la hasil kerja tangan ym yang keras ni.


selesai sudah ketiga² jenis kuih tradisioal yang telah dibuat oleh kedua² beranak kami.
maaf entry ni dah basi.









Tengok Saja

Assalamualaikum..
selamat petang kawan². hari ni ym nak hupdate entry berkaitan tengok saja. hehehe. tengok saja kenapa? bukan. yang sebenarnya, ym nak cerita tentang video yang ym dah tengok kt youtube yang bertajuk rompakan di r&r Shell Butterworth Kulim Ekspressway atau BKE.

boleh tengok video url ni:
Info: http://www.ohtidak.com/oh-cctv-rompakan-di-stesen-minyak-rnr-butterworth-kulim-expressway/ Video asal di http://youtu.be/57wVFLPbKDE
dari apa yang ym tengok, betullah pendapat ym yang rambut manusia yang berlainan warna sama juga seperti hati yang lain². pepatah rambut sama hitam hati lain², totally memang dah tak boleh digunapakai. readers semua boleh tengok sendiri la video yang ym dah upload yang mana seorang lelaki yang menunggang motorsikal jenis yamaha 125z yang sedang membayar untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell BKE tersebut.

malangnya, tanpa diduga ada perompak yang cuba berkali² merompak motorsikal beliau. beliau sedaya upaya melawan perompak tersebut. dalam masa yang sama, ada pengunggang motorsikal lain yang juga mahu mengisi minyak hanya melihat sahaja kejadian tersebut tanpa memberi apa² bantuan.

walhal, di tempat yang sama. turut serta melihat sahaja adegan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan ialah pekerja stesen minyak tersebut. subhanallah. mereka ibarat sedang menonton adegan di dalam filem yang dipertayangkan di pawagam.

terakhir adalah bagaimana pemilik motorsikal itu sudah tidak berdaya melawan perompak itu dan membiarkan saja motorsikalnya dicuri dan dirampas mereka yang durjana. kejadian ini berlaku dalam bulan puasa yang lalu. dalam bulan puasa syaitan telah diikat yang ada hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia.

ym berdoa agar perompak tersebut diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan sempat bertaubat sebelum meninggal dunia. ym juga berdoa agar kejadian seperti ini tidak terjadi kepada kita semua di muka bumi tuhan ini.

ingatlah walau di mana saja kita berada, dengan kenderaan apa sekalipun, berwaspadalah.

sekian.


Tuesday, August 28, 2012

entry atas katil.

assalamualaikum.
wah... agak melucahkan entry ym malam ni kan hehehe. takda yang lucah pon. sebelum tidor, ym ada menjeling sikit ke arah blog ym ni. bukan apa. semangat nak menghupdate blog semakin membara. ianya kerana ym telah berjaya mencantikkan header blog ym hasil tangan ym sendiri dengan menengok cara2 untuk buat header dari rerakan blog yang lain. hasilnya. alhamdulillah. ym berpuas hati.

sebelum tidor ym nak berkongsi sedikit tentang sifat atau sikap manusia. walaupun rambut dah tak sama warna. hati lagi la lain2. benda ni jadi kat ym sendiri dan sebab apa tu rasanya tak perlu ym nk kongsi kat sini. yang pasti apa yang nak diketengahkan oleh ym sendiri adalah. sentiasa bersikap profesional. sebagai seorang yang belajar tinggi2 sampai masuk uni, so sifat tu perlu ada supaya orang hormat kita.

selain itu juga, jangan mencampuradukkan urusan peribadi dengan urusan kerja. itu pon boleh dikategorikan sebagai profesional.

ingat tu. ym cerita dan berpesan ni untuk ym sendiri dan juga untuk readers yang ym sayang. ambil ia sebagai pengajaran dan panduan. ok.

selamat tidor..


Wednesday, August 22, 2012

bershoping episod 2


Assalamualaikum..
baru hari ni sempat nak hupdate blog.. aduyai. membuzykan diri sejak beberapa hari sebelum raya hingga la beberapa hari selepas raya.
alhamdulillah. shoping episod 2 atau episod akhir telah selamat berlansung dengan mr luv. selesai la sudah shoping raya. tapi, ada lagi.. hehehe. tudung ym blom dapat cari la. so, untuk tidak memuncungkan mulut mr luv, ym telah pergi ke parit buntar dengan mak, kakak ipar dan kakak ym sendiri untuk memborong tudung. dua hari jugak la we ols ke sana. lastly dapat juga beli tudung yang ym berkenan di hati.

sekian dahulu. update kuih raya dan raya posa akan ditaip di entry seterusnya.




Wednesday, August 15, 2012

ayah ym seorang hero


Assalamualaikum.
entry kali ni adalah berkaitan ayah ym tersayang yang injured beberapa hari sebelum posa. allahuakbar. tuhan saja yang tau. cerita nya begini.
petang tu beberapa hari sebelum raya dan beberapa minit sebelum berbuka.. masa tu ym tengah asyik melayari mukabuku. tetiba mak ym yang tercinta datang kat ym dan mintak ym bawakkan iodin kt ayah ym. katanya ayah ym luka.

ym pon dengan lancarnya terus keluar rumah dan menghala ke ayah ym. subhanallah. tuhan saja yang tau jantung ym ketika tu. ayah ym terus capai iodin dan dituangnya ke luka yang baginya tak dalam tu. tapi masa ym tengok ayah membasuh lukanya tu, jelas kelihatan tulang ayah nampak. aduh. bagai nak terkeluar jantung tengok.

ym terus mengajak ayah ke klinik. dan ayah tidak mau ke klinik. katanya lukanya tidak dalam. ym terus memaksa ayah dan menyuruhnya memakai kain pelikat. dia menurut dan tidak membantah.

sedang memandu kereta, dalam fikiran ym adalah ke mana ym nak membawa ayah. ke klinik atau hospital. disebabkan kakak ym merupakan kakitangan majlis Perbandaran Pulau Pinang, maka kakak ada kad rawatan klinik panel. so, ym memilih klinik aqib & surgeri. sesampainya di sana, ym terus menuju ke kaunter. kata pekerja di situ, doc sedang rehat untuk menunggu waktu berbuka. ym yang panik terus memberitahu yang ayah luka dan kelihatan dalam. terus pekerja di situ menyuruh ayah masuk dan menelefon doc ganti. 5minit berlalu dan doc telah datang.

ym memilih untuk menunggu di luar dan dalam masa menunggu ym telah dipanggil oleh penjaga kaunter dan katanya kad rawatan itu hanya untuk ubat da tidak valid untuk jahitan. ketika itu, ym hanya memikirkan 3 perkara untuk membawa ayah ke hospital kerajaan.

  1. waktu berbuka puasa menyebabkan kakitangan hospital kerjanaa endah tak endah untuk merawat dan menjahit luka ayah.
  2. kakak ym dah pernah jahit di hospital kerajaan yang menyebabkan jahitan tidak sekata dan menyebabkan muka tempat jahit jadi tidak elok.
  3. luka ayah yang dalam membuatkan ym kuatir kerana pernah mendengar berita yang doc kerajaan tertinggal jarum dalam luka. mintak simpang untuk berlaku kat ayah.
disebabkan kejadian tu la ym terus mengiyakan untuk dijahit di klinik itu juga. dan tidak terlintas lansung di kepala otak ym tentang bayaran yang akan dikenakan.

7.50 pm, ayah masih belum keluar dan ym masih belum berbuka. ym bertindak ke kereta dan mengambil air minum yang dibawa. masuk kembali ke klinik dan minum di situ. 8.15pm ayah keluar dan katanya 13 jarum yang dijahit. ym memberi air minum kepada ayah.

tiba masa farmasi memanggil dan menjelaskan tentang ubat.. taraaaaaa.. farmasist memberitahu yang luka ayah telah dijahit sebanyak 19 jarum. allahuakbar. dan kos untuk jahitan adalah rm400. ym berlagak rilex dan memeriksa dompet cuma ada rm200. ym memberitahu mereka untuk menekan duit di atm dan meminta ayah menunggu di klinik. mujurlah ym ada duit bonus yang diberi kerajaan. ym dahulukan duit tersebut. selesai bayar kami pulang ke rumah.

alhamdulillah, ayah kata tidak sakit. salute betul ym kt ayah. sayang ayah ketat2.


Thursday, August 9, 2012

YM pun nak kurus!!


Assalamualaikum dan selamat pagi.
pagi ni ym nak kongsi story tentang Acai Berry Capsule (ABC). semalam adalah hari pertama ym mencuba produk ni. huh. tu pun tanpa pengetahuan mr luv. bukan apa ym tak mau la nak menghabiskan duit mr luv. dah banyak kot dia habiskan duit kat ym untuk produk² pengurusan badanan ni. hehehe.. apa la punya klausa yang ym guna ni. harap faham la no.

ok, 1st day makan memang tak rasa lapar. hari ni masuk hari ke2 ym makan kapsul tu. kita tengok macam mana perkembangan nanti. kalau ok, ym nak suggest la kt kwn² ym yang sama obes macam ym. hehehe.. dulu ym slim dari sekarang. tapi semenjak masuk keja kat sini, badan bertambah². bagai di pam². ym setuju dengan pendapat yang ym penah baca dulu yang mana bila kita berfikir banyak boleh menyebabkan penambahan berat badan. memang ym banyak berfikir dalam bekerja. teruk kot. satu lagi, tekanan menyebabkan penambahan berat badan juga. memang tekanan kerja kat sini. tapi think positif la kan. bekerja kerana Allah.

ym beli produk tu dari kawan kepada kawan satu jabatan ym. harganya termasuk kos penghantaran RM86.00. tapi, pagi ym buka facebook dan tengok ada member kepada member satu sekolah ym jual produk yang sama dengan harga yang berbeza daripada yang ym beli. harganya cuma RM75.00 termasuk kos penghantaran. murah kan. menyesalpon ada. tapi takpa la, dah beli pon. cuma nak tunggu dan lihat hasilnya sahaja. kalau produk ni berkesan, ym nak order dekat orang yang jual murah tu la.. kadang² penting juga harga. tapi, kalau produk tiruan takut juga. mintak² bukan produk tiruan.

sebelum ni ym dah pernah try banyak produk dan telah menghabiskan banyak duit mr luv. bukan ym yang mintak. tapi, mr luv yang offer. tunggu apa lagi. walaupun, beliau tidak kisah dengan kegemukan ym yang baginya di mata beliau ym nampak comel. tapi ym tetap nak juga cuba turun berat badan balik sama macam dulu pun dah ok. chubby² sikit. kan ym dah nak menamatkan zaman bujang tak berapa lama lagi. so, nak cantik la masa hari berbahagia tu. cewah... segala perubahan akan di update nanti. wokey.

oklah, ym dah nak mula buat kerja. lunch nanti ym nak belajar tutor lagi tentang blog ni. hehehe. ok. bye.


Tuesday, August 7, 2012

Bershopping-shoppingan untuk raya episod 1


Assalamualaikum...
selamat tengahari to all readers. saja nak hupdate entry ni. ahad lepas, YM ada pegi shoppin ngan mr Luv untuk cari baju raya dan pelbagai pakej diri untuk raya. sadly, 2 shopping complek we oll pergi, but ada juga yang tak settle. so, jadila episod satu dan akan berlanjutan ke episod dua minggu depan. pic akan dihupdate kemudian k.

berbalik kepada cerita bershopping. Mr luv YM nak cari Levi's.. original kot. hehe. so, we oll masukla butik di Queensbay Mall then, mr Luv tak berkenan dengan design baru jeans levi's sekarang. katanya design di poket seluar seolah² design seluar siam. hehe. YM tengok pon dah tau. masa kecit² dulu YM penah pakai Levi's siam ni, dan YM masih segar dalam ingatan yang design di poket seluar nye bagaimana. so, we oll ke shoping complek yang seterusnya iaitu Gurney Plaza. nasib la beralasan kerana nak iftar berdua di situ.

so, sampai saja di sana Mr Luv dah masuk ke butik Levi's dan memang tidak berminat juga dengan design yang ada. cuba cecari design yang lama atau old fesyen. tapi, memang dah tiada stok. YM tak kisah dan follow je Mr Luv sebab still kuat untuk bershoping.. hehehe. perempuan .. bagi sehari shoping pon belom lagi cukup.. mengaku ni. hehehe. lepas Mr Luv tak berkenan dengan design di Levi's, we oll berubah ke Guess butik. malangnya, jeans tersebut tidak menepati citarasa dari segi warna yang dikehendaki oleh Mr Luv. so, tak jadi la beli di situ. beralih pula ke Quicksilver butik, dah berkenan dengan warna, tapi bila pakai sempit. kerana cutting nya cuma ada satu iaitu slim fit. hurm... masalah juga. then, we oll ke Calvin Clean butik pulak. warna yang berkenan tu ada. tetapi tiada saiz. YM pula disuruh oleh Mr Luv untuk melihat dan mencuba sendiri mana jeans yang Ym berkenan, malangnya cutting untuk jeans perempuan cuma ada jenis skinny. tak kan la Ym yang comel ni nak pakai skinny. huduh kot..

memang dah hampa dah dengan pencarian we oll ni. last sekali we oll ke Factory Outlet Store. dan disitula Mr Luv jumpa dengan jeans levi's. kata promoter FOS, levi's dalam proses menghabiskan stok yang lama dan menggantikan stok yang baru. disebabkan itu la levi's telah menjual kesemua stok yang lama kepada FOS. lastly, Mr Luv ambik juga seluar di situ. walaupun harganya amat murah RM190, mr luv ambik sua helai. ha.. jenuh pakai.

YM pulak susah juga nak mencari yang berkenan di hati. tapi disebabkan nak menjaga hati mr luv, YM ikut ja apa yang dikatakan cantik oleh mr luv. so, YM pilih seluar yang ada di butik levi's yang berharga rm 249.00. alhamdulillah. selesai 1. lepas tu, baru la we oll pergi cari baju untuk mr luv. alhamdulillah dengan mudahnya jumpa baju di Padini butik. masyaallah. punya la ramai orang. lebih kurang 30 orang beratur untuk bayar. tapi ym sabar ja. ym dapat sehelai baju tshirt. hehehe..

selesai baju dan seluar mr luv. selepas tu, we oll beriftar berdua di Seoul Garden. jauh tu.. hehehe. dalam gurney plaza juga la.. kesudahannya, kena sambung episod dua sebab we oll tak beli lagi kasut.. hahaha.. tapi, terima kasih kat mr luv sebab sponsor semua. besh...
sayang mr luv. muah..

* baju mr luv rm109.00 kot..
boleh la tengok pic kami. hehehe..


mentestingkan tutorial dari rerakan...

testing... testing


Saturday, August 4, 2012

kebakaran!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
entry sebelum YM tido adalah berkenaan kebakaran. sedang asyik YM & family tonton movies di TV2 yang bertajuk 'Shoot 'em up', tetiba ja anak sedara YM yang sedang main aci ligan menyorok masuk umah dengah tergesa2.

anak sedara: acik2, ada keta terbakax kat luax.
YM: keta sapa?
anak menakan : tak tau la..

dengan tergesa-gesa YM yang sedang asyik menonton, keluar rumah. ternampak la sebuah kereta jenis proton iswara putih sedang enak dimakan api.. YM pon cepat2 panggil ayah tengok dan melarang sama sekali semua anak sedara daripada dekat dengan keta tu. mana taknya, YM takut jadi macam dalam movies plak kan yang meletup melambuung segala2nya. YM pon melarang ayah daripada tengok jugak. risau juga jadinya. YM terus tengok melalui tingkap yang terdekat. tiba2 abang YM terus keluar rumah dan mintak buka pintu belakang untuk ambil getah paip dan sambung ke air untuk sembur kereta tu. tiba2, apa yang dipikirkan YM betul2 terjadi. dan mujurlah tak jadi apa2 kat abang YM.

api terus dipadamkan. YM mengambil inisiatif untuk menelefon bomba iaitu 999. malangnya, 3 kali YM menelefon tidak ada jawapan. hm.. orang pon keja gomen gak. takkan sampai tak jawab kot. abang YM dan owner keta tersebut bertersan memadam kebakaran yang terjadi.

alhamdulillah. keta yang terbakar tu dapat dipadam dengan jayanya. disebabkan rumah YM ni berdekatan jalan, memang ramai la yang menjadi penonton setia menunggu. dan tak lupa juga yang merakam kejadian tersebut. termasuklah YM sendiri. hehehe. bukan apa. at least nanti bila ada orang kata yang owner rumah ni berlagak. padahal dorang taktau yang kalau kita ambik tindakan melulu. padahnya kita yang rasa. YM takut jugakla nak menyibuk takut2 meletup terkena muka. tak pasal2 ja. daripada harga kateam rm12k jadi 5 sen. ka tak laku langsung.. palis.. palis..

menurut anak sedara YM yang sedang main aci ligan menyorok. ssedang dorang main, keta tu dah berhenti tepi jalan dan pemiliknya kehabisan minyak. dalam keadaan pemiliknya ke stesen minyak yang berdekatan, salah seorang rakan dorang yang juga mekanik perosak datang dengan bangganya. tiba2 berlaku kebakaran kecil dan mekanik tersebt cabut.. dan dengan tiba2 api menjadi marak dan menyebabkan letupan berlaku.

dalam masa 1 jam lebih kejadian tersebut barulah bomba tiba. keadaan menjadi huru hara dengan kehadiran bomba. lama jugakla bomba tu kat situ. hm.. ntahla sapa yanng telefon bomba tu.

oklah YM dan ngantuk. dan nak tido..

di bawah ni ada video kejadian yang tak berapa elok dirakam oleh YM. maaflah ye.. hehehe






chekidaut..



Friday, August 3, 2012

entry termuda...

Assalamualaikum reader².
dah kenal kan dengan YM ni. dah tengok profil kot. actually entry ni bukan untuk menggemparkan reader² semua. cuma sebagai entry permulaan. walaupun tajuk entry ni nampak gempak. tapi, tak gempak mana pun. hehehe..
salam perkenalan dari YM untuk reader² semua. YM sebenarnya baru ja mula berblogging ni. bukan apa, YM tak pandai sangat bab² nak menghias-hiaos blog YM. disamping tak pakar. hehehe..
tapi, YM tetap nak cuba untuk mencantikkan blog ni dengan mempelajari daripada tutor rerakan blog yang lain. tanpa rasa segan silu, reader semua boleh je baca semua entry yang YM taip kan dalam ni.
untuk pengetahuan reader semua YM tu adalah singkatan kepada Yus Ma

ok. chekidout...




>