Thursday, August 30, 2012

Kuih Raya Edisi YM

Assalamualaikum kawan².

entry basi kali ni adalah berkaitan kuih raya yang telah dihasilkan oleh mak ym sendiri yang dibantu oleh ym. hehehe.. suka tau nak menyibuk nyiban ni. ok. untuk raya aidilfitri tahun 2012 ni mak dan ym telah menghasilkan beberapa jenis kuih tradisional dan juga menggunakan kaedah tradisional iaitu kuih bahulu, kuih putu kacang dan ketupat. 3 jenis je. almaklumla ym, mak ym ni seorang ni dan family ym rata² nya sibuk dengan tugasan harian yang tak menentu.

nak dijadikan cerita mak telah memulakan tugas beliau untuk menyiapkan bahulu dulu. hm.. ym pon diminta tolong oleh beliau untuk sama² menolong mak menghasilkannya. susah oo.. dengan panas api dari sabut kelapa. ya la kan. cara tradisional. bawahni, gambar bahulu tersebut. sila abaikan bahulu yang berwarna seperti kulit ym itu. hehehe..


untuk kuih kedua mak telah menghasilkan kuih putu kacang. yang mana penghasilannya memerlukan ketekunan yang teramat daripada mak iaitu untuk memastikan kulit kacang dikeluarkan sehabis²nya supaya putu kacang tersebut tidak menjadi warna hitam seakan² kulit ym. hehehe. proses kedua adalah dimana tepung dan kacang tersebut perlu di jemur untuk mematikan kemampatan apabila dimasukkan ke dalam acuan nanti. yang jadi mangsa untuk menekan tepung ke dalam acuan adalah ym. selepas ja makan sahur, terus ym menjalankan kerja yang diarahkan oleh beliau. teruk gila hendak menekan tepung tersebut supaya mampat dan bila diketuk tidak pecah berkecai. tengokla hasilnya. ada yang berhabuk akibat daripada mata yang mengantuk menekan.


untuk hari ketiga iaitu sebelum raya, mak ym menugaskan ym untuk merangka daun palas iaitu membentukkan daun palas supaya senang dimasukkan pulut. masih segar dalam ingatan ym 2 tahun yang lepas ketika itu anak menakan sulung ym baru berumur 11 tahun. dia menolong mak ym iaitu tok beliau untuk merangka daun palas. dan dalam anak menakan membalut daun palas tersebut, dia mengibas² daun tersebut. ym yang buta daun palas ni telah memarahi anak menakan tindakan nya. lalu ym dimarah balik oleh mak ym kerana memang sepatutnya daunpalas tersebut dikibas² supaya segala habuk kotoran keluar dari daun tersebut. hehehe.. amat memalukan. lihat la hasil kerja tangan ym yang keras ni.


selesai sudah ketiga² jenis kuih tradisioal yang telah dibuat oleh kedua² beranak kami.
maaf entry ni dah basi.









No comments:

>