Thursday, August 9, 2012

YM pun nak kurus!!


Assalamualaikum dan selamat pagi.
pagi ni ym nak kongsi story tentang Acai Berry Capsule (ABC). semalam adalah hari pertama ym mencuba produk ni. huh. tu pun tanpa pengetahuan mr luv. bukan apa ym tak mau la nak menghabiskan duit mr luv. dah banyak kot dia habiskan duit kat ym untuk produk² pengurusan badanan ni. hehehe.. apa la punya klausa yang ym guna ni. harap faham la no.

ok, 1st day makan memang tak rasa lapar. hari ni masuk hari ke2 ym makan kapsul tu. kita tengok macam mana perkembangan nanti. kalau ok, ym nak suggest la kt kwn² ym yang sama obes macam ym. hehehe.. dulu ym slim dari sekarang. tapi semenjak masuk keja kat sini, badan bertambah². bagai di pam². ym setuju dengan pendapat yang ym penah baca dulu yang mana bila kita berfikir banyak boleh menyebabkan penambahan berat badan. memang ym banyak berfikir dalam bekerja. teruk kot. satu lagi, tekanan menyebabkan penambahan berat badan juga. memang tekanan kerja kat sini. tapi think positif la kan. bekerja kerana Allah.

ym beli produk tu dari kawan kepada kawan satu jabatan ym. harganya termasuk kos penghantaran RM86.00. tapi, pagi ym buka facebook dan tengok ada member kepada member satu sekolah ym jual produk yang sama dengan harga yang berbeza daripada yang ym beli. harganya cuma RM75.00 termasuk kos penghantaran. murah kan. menyesalpon ada. tapi takpa la, dah beli pon. cuma nak tunggu dan lihat hasilnya sahaja. kalau produk ni berkesan, ym nak order dekat orang yang jual murah tu la.. kadang² penting juga harga. tapi, kalau produk tiruan takut juga. mintak² bukan produk tiruan.

sebelum ni ym dah pernah try banyak produk dan telah menghabiskan banyak duit mr luv. bukan ym yang mintak. tapi, mr luv yang offer. tunggu apa lagi. walaupun, beliau tidak kisah dengan kegemukan ym yang baginya di mata beliau ym nampak comel. tapi ym tetap nak juga cuba turun berat badan balik sama macam dulu pun dah ok. chubby² sikit. kan ym dah nak menamatkan zaman bujang tak berapa lama lagi. so, nak cantik la masa hari berbahagia tu. cewah... segala perubahan akan di update nanti. wokey.

oklah, ym dah nak mula buat kerja. lunch nanti ym nak belajar tutor lagi tentang blog ni. hehehe. ok. bye.


Post a Comment

1 comment:

>