Wednesday, August 15, 2012

ayah ym seorang hero


Assalamualaikum.
entry kali ni adalah berkaitan ayah ym tersayang yang injured beberapa hari sebelum posa. allahuakbar. tuhan saja yang tau. cerita nya begini.
petang tu beberapa hari sebelum raya dan beberapa minit sebelum berbuka.. masa tu ym tengah asyik melayari mukabuku. tetiba mak ym yang tercinta datang kat ym dan mintak ym bawakkan iodin kt ayah ym. katanya ayah ym luka.

ym pon dengan lancarnya terus keluar rumah dan menghala ke ayah ym. subhanallah. tuhan saja yang tau jantung ym ketika tu. ayah ym terus capai iodin dan dituangnya ke luka yang baginya tak dalam tu. tapi masa ym tengok ayah membasuh lukanya tu, jelas kelihatan tulang ayah nampak. aduh. bagai nak terkeluar jantung tengok.

ym terus mengajak ayah ke klinik. dan ayah tidak mau ke klinik. katanya lukanya tidak dalam. ym terus memaksa ayah dan menyuruhnya memakai kain pelikat. dia menurut dan tidak membantah.

sedang memandu kereta, dalam fikiran ym adalah ke mana ym nak membawa ayah. ke klinik atau hospital. disebabkan kakak ym merupakan kakitangan majlis Perbandaran Pulau Pinang, maka kakak ada kad rawatan klinik panel. so, ym memilih klinik aqib & surgeri. sesampainya di sana, ym terus menuju ke kaunter. kata pekerja di situ, doc sedang rehat untuk menunggu waktu berbuka. ym yang panik terus memberitahu yang ayah luka dan kelihatan dalam. terus pekerja di situ menyuruh ayah masuk dan menelefon doc ganti. 5minit berlalu dan doc telah datang.

ym memilih untuk menunggu di luar dan dalam masa menunggu ym telah dipanggil oleh penjaga kaunter dan katanya kad rawatan itu hanya untuk ubat da tidak valid untuk jahitan. ketika itu, ym hanya memikirkan 3 perkara untuk membawa ayah ke hospital kerajaan.

  1. waktu berbuka puasa menyebabkan kakitangan hospital kerjanaa endah tak endah untuk merawat dan menjahit luka ayah.
  2. kakak ym dah pernah jahit di hospital kerajaan yang menyebabkan jahitan tidak sekata dan menyebabkan muka tempat jahit jadi tidak elok.
  3. luka ayah yang dalam membuatkan ym kuatir kerana pernah mendengar berita yang doc kerajaan tertinggal jarum dalam luka. mintak simpang untuk berlaku kat ayah.
disebabkan kejadian tu la ym terus mengiyakan untuk dijahit di klinik itu juga. dan tidak terlintas lansung di kepala otak ym tentang bayaran yang akan dikenakan.

7.50 pm, ayah masih belum keluar dan ym masih belum berbuka. ym bertindak ke kereta dan mengambil air minum yang dibawa. masuk kembali ke klinik dan minum di situ. 8.15pm ayah keluar dan katanya 13 jarum yang dijahit. ym memberi air minum kepada ayah.

tiba masa farmasi memanggil dan menjelaskan tentang ubat.. taraaaaaa.. farmasist memberitahu yang luka ayah telah dijahit sebanyak 19 jarum. allahuakbar. dan kos untuk jahitan adalah rm400. ym berlagak rilex dan memeriksa dompet cuma ada rm200. ym memberitahu mereka untuk menekan duit di atm dan meminta ayah menunggu di klinik. mujurlah ym ada duit bonus yang diberi kerajaan. ym dahulukan duit tersebut. selesai bayar kami pulang ke rumah.

alhamdulillah, ayah kata tidak sakit. salute betul ym kt ayah. sayang ayah ketat2.


No comments:

>