Thursday, August 30, 2012

Tengok Saja

Assalamualaikum..
selamat petang kawan². hari ni ym nak hupdate entry berkaitan tengok saja. hehehe. tengok saja kenapa? bukan. yang sebenarnya, ym nak cerita tentang video yang ym dah tengok kt youtube yang bertajuk rompakan di r&r Shell Butterworth Kulim Ekspressway atau BKE.

boleh tengok video url ni:
Info: http://www.ohtidak.com/oh-cctv-rompakan-di-stesen-minyak-rnr-butterworth-kulim-expressway/ Video asal di http://youtu.be/57wVFLPbKDE
dari apa yang ym tengok, betullah pendapat ym yang rambut manusia yang berlainan warna sama juga seperti hati yang lain². pepatah rambut sama hitam hati lain², totally memang dah tak boleh digunapakai. readers semua boleh tengok sendiri la video yang ym dah upload yang mana seorang lelaki yang menunggang motorsikal jenis yamaha 125z yang sedang membayar untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell BKE tersebut.

malangnya, tanpa diduga ada perompak yang cuba berkali² merompak motorsikal beliau. beliau sedaya upaya melawan perompak tersebut. dalam masa yang sama, ada pengunggang motorsikal lain yang juga mahu mengisi minyak hanya melihat sahaja kejadian tersebut tanpa memberi apa² bantuan.

walhal, di tempat yang sama. turut serta melihat sahaja adegan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan ialah pekerja stesen minyak tersebut. subhanallah. mereka ibarat sedang menonton adegan di dalam filem yang dipertayangkan di pawagam.

terakhir adalah bagaimana pemilik motorsikal itu sudah tidak berdaya melawan perompak itu dan membiarkan saja motorsikalnya dicuri dan dirampas mereka yang durjana. kejadian ini berlaku dalam bulan puasa yang lalu. dalam bulan puasa syaitan telah diikat yang ada hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia.

ym berdoa agar perompak tersebut diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan sempat bertaubat sebelum meninggal dunia. ym juga berdoa agar kejadian seperti ini tidak terjadi kepada kita semua di muka bumi tuhan ini.

ingatlah walau di mana saja kita berada, dengan kenderaan apa sekalipun, berwaspadalah.

sekian.


No comments:

>