Wednesday, December 30, 2015

Menu dalam pantang

ym nak berkongsi menu dalam pantan yang dilalui oleh ym sendiri. bermula dari 06/12/2015 hingga la ke 06/03/2016. sesapa yang dalam pantang tu boleh refer sini ye. untuk memudahkan semua. dalam erti kata yang lain, menu pantang ni memang terlalu dahsyat.. memang terliur la tengok dan bau makanan yang lain.

alhamdulillah, ym dapat mr yang sangat memahami. tapi yang paling nak tergelak bila hasri kedua pantang beliau ke kedai membeli gulai ikan kering yg bercampur nanas. memang tak boleh makan la jawabnya..








kenangan sangat dapat merasai nikmat berpantang. sebelum ni, ais pon kasi bedal. sekarang dah boleh control. tapi badan macam sama ja.. naik lagi adala..



Thursday, December 10, 2015

Keguguran baby berusia dua bulan

sedih nak diceritakan dan dikongsikan. namun ym redha atas segala kejadian ni. jom ym ceritakan terlebih dahulu.
pada 04/12/2015 ym sakit perut macam nak period. sedangkan 2 bulan sebelum memang ym tak datang bulan. ym buat tak kisah je sebab period ym memang tak berapa teratur. 
masuk hari kedua tak keluar darah hanya titis cecair. dan hari ketiga. memang sakit ygtak dapat diceritakan tapi ym nak cerita gak. masa hari ketiga tu, mr hubby dah janji nak bwk p breakfast kat restoran nasi pokok besar. pekena kari kepala ikan. ym sampai sana, nak makan pon sampai berpeluh² menahan sakit. memang tak boleh nak layan makan kari kepala ikan masa tu. terus bagitau mr hubby nak p toliet berdekatan. masuk ja dalam toilet dan dalam masa tu ym rasa nak buang air besar, tiba² jatuh seketul benda macam kat bawah ni.. meraung la ym. terus minta pendapat dan pandangan bff ym dan mereka mengesyorkan terus ke hospital. akibatnya kena la admit. 2 hari 1 malam..




berada di wad walaupun 2 hari 1 malam, ym stay di kelas kedua. memang leceh. hanya 4 katil dalam tu. masing² dengan aktiviti masing². katil sebelah ym, ibu yg akan melahirkan. katil depan ym ibu yg telah melahirkan.

dapat t ahu dah boleh discharge, happy bukan kepalang. balik rumah macam² menanti. air inai, mengurut, berpantang. pheww




kasih seorang suami..

sekian dahulu.. terima kasih






>