Sunday, June 30, 2013

Lelong... lelong...

ha.. gempak tak entry ym hari ni. sebenarnya dalam beberapa hari ni ym sibuk mengemas rumah. ya la kan, hari bahagia (insyaAllah) akan menjelma. tapi perjalanan pertama dulu la. so, untuk mengelakkan orang mengata ym, better ym keas rumah dulu sebelum majlis itu nanti. takut pula time bulan posa nanti penat mengemas kan. 

dalam sibuk mengemas, maka terkumpullah majalah yang ym selalu simpan masa memuda dulu (bajet tua). so, nak dijadikan cerita ym sayang giler-giler nak bakar majalah ni. nak jual, lagi la.. so, ym bungkus dan simpan dalam kotak semua majalah tu. ym cuba try test kira berapa dah ym habiskan untuk majalah tu. almost 2k la juga.. aduhhhhhh. bazirnya aku. kalaula boleh rewind kembali, nak nak ja ym simpan duit tu dan guna untuk kawin. kihkihkih.. 

tengok la.


so, pada semua adik2 yang bakal remaja, jangan bazir duit macam akak. okey. tahulah nak menghabiskan waktu terluang dengan membaca pun. tapi berpada-pada. hokey..

oklah, nak menyambung mengemas pulak. bubye..



Saturday, June 29, 2013

Makeover Wan Assyanur Amanada


ok tak gambar kat atas tu. sebenarnya ym takdak keja malam2 cenggini. so, saja nak mengetest diri, mekap dan makeover la muka budak sombong ni. try, cuba test. 


Thursday, June 27, 2013

Cara Mekap Yang Betul

Sebelum memulakan makeup Dan menjamin makeup itu kekal atas kulit kita, amat penting sekali bahawa permukaan kulit kita benar bersih dr sisa2 kotoran dan menggunakan penjagaan kulit yg betul. Penjagaan kulit yg betul memastikan bahawa kulit kita tidak mengeluarkan minyak yg berlebihan, (utk kulit yg berminyak), kulit kita tidak mengelupas (utk kulit yg sensitif), kulit kita tidak terlalu kering (utk kulit yg kering) . Penjagaan kulit yg betul akan mengimbangi ph kulit kita supaya ape jua makeup yg kita pakai, akan berkekalan seperti itu.  

Selepas cuci muka, sapukan toner utk mengimbangi ph kulit muka . Sapukan treatment kulit spt serums . Sapukan moisturizer bagi melembapkan kulit Dan melindungi kulit dari pendedahan lain spt pencemaran, dll....Akhir sekali, sapukan sunblock utk melindungi kulit Dari pancaran UV. Ataupon pilih lah foundation yg Ada perlindungan UV.

Concealer - utk menutupi liang2 pori besar, Tutup bekas parut.Foundation - meratakan tona kulit, sebagai base utk makeup.Loose powder - membolehkan foundation set kat muka.EyeshadowEyeliner(false eyelashes) optional/tidak diwajibkanMascaraEyebrow pencilBlusherLip linerLipstick

Amat penting sekali utk memilih foundation yg sesuai bagi kulit muka TT. kalau kulit berminyak, Jangan gunakan foundation yg berasaskan minyak. ym boleh nasihatkan gunakan shu uemura face architect smoothing fluid foundation..ia amat sesuai uk kulit berminyak. Foundation yg betul membolehkan kulit kita bernafas... Ini adalah dari pengalaman ym sendiri... 


Tuesday, June 25, 2013

Jalan Berempat

 hari ni ym berpeluang kaluar jenjalan dengan mak, ayah dan assya. jom tengok gambar masa kat econsave ni.

yang atas scooter tu masa dekat carrefour yang telah bertukar nama ke Aeon Big.



Friday, June 21, 2013

Free Download Microsoft Visio 2010

hari tu ym ada bagi tutor dan cara untuk jimatkan duit dengan membuat peta kad kenduri sendiri. tapi ym lupa untuk meletakkan link untuk mendownload software yang perlu digunakan. apalah ym ni. so, hari ni ym nak bagi la link donload tu. jom, lets check it out! 
http://sharesoftware.blogspot.com/2011/11/microsoft-visio.html
 228H4-T92MF-Q8PQJ-CGWRG-8KW92
hasil mengcopy cat tutor orang. jangan lupa kredit pada beliau.


Tuesday, June 11, 2013

fotografer oh photographer

selamat tengah malam pagi. hahaha. ok. actually mata ym masih blom mengantuk disebabkan tidur yang lama pada pagi tadi. godek punya godek ym terpikir nak buat post tentang ni. bukan apa, ym sekarang ni a bit pressure dan mengharapkan agar semua ni dapat diselesaikan dengan segera. semua ni? apa  tu? ya la. sebenarnya ym kan dalam proses untuk ke 1st step. my journey will begin. tapi all the preparation should be made 1st. sampai dah naik give up dengan semua ni. huaaaaaa.. come on ym!

ok, lets continue. ym baru tebaca tentang ni dalam blog sapa ntah. sory ym tak hengat. ok jom kita baca dulu apa yang nak disampaikan oleh blogger ni. kemudian ym akan bagi pendapat pulak. ok. lets check it out!

1.KOS TETAP
  •  kos maintenance kamera dan aksesori.Bagi photographer yg serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Ada sesetengah orang cakap...." kamera tak penting , tapi org yg belakang tu lebih penting " sebenarnya kenyataan itu sesuai kepada hobbyist tapi tidak kepada serius photographer.contoh aksesori - speedlite / flash - biasanya berharga RM450 ke atas kalau jurufoto ambil untung RM200 - 300 dibuatnya speedlite  tu rosak lepas majlis kan dah negatif keuntungannya. Flash saya ada dua, dan nilainya masa saya beli dulu melebihi 3K.LENS - CANON EF 18-200MM - RM 2298CANON 5D MARK II - RM 6800BODY CAMERA - body paling murah RM 1500 untuk beginner kalau pro boleh mencecah RM40K. Ini semua tidak termasuk lighting & barang sampingan yg lain. Kamera saya pula ialah 7D masa saya beli dulu awal keluaranya tahun 2009 Body sahaja 6K.  

  2.KOS MASA BEKERJA & TENAGA 
  • Bagi saya ini merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 6-8 jam bekerja (saya tak cas masa tambahan). Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 6-8 jam). Juga perancangan awal atau plan bagi gambar2 yg hendak diambil perlu dibuat. Satu tanggungjawab besar bagi mengambil gambar pengantin, sebab moment tu mungkin berlaku sekali je seumur hidup.Tak kesian kat pengantin kalau momen indah tu tak dirakamkan dgn betul...kalau saya , saya pun marah kalau gmbr tak cantik dan tak cover keseluruhan majlis. Jadi jangan ingat boleh hentam klik2 kamera ja tanpa fikirkan angle , lighting etc. Gambar candid juga penting, malah lebih penting dari gmbr2 outdoor atau studio.Sebab?Kalau kita amik gmbr outdoor dan studio, pengantin boleh pose berkali2 utk kita dapatkan shot yang menarik.Kalau candid?Mati hidup kembali pun,momen tu akan berlaku sekali ja....rugi kalau tak dapat capture momen tu kan. Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing( contohnya saya ). Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga ( bg yg berkahwin ) serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga nya? 

3.KOS PROFESIONAL 
  • Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu BRUNO MARS (sapa BRUNO??saya sendi tak kenal) orang nak bayar RM2 pun belum tentu, tapi kalau BRUNO sendiri yang naynyi mungkin boleh bayar RM15000 padahal lagu yang sama. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.Ini tak termasuk kos untuk pembantu photographer kalau photographer membawa pembantu untuk dapatkan lebih gambar yg menarik mesti la photographer kena bayar kpd pembantu dia tu.Itu da berapa? 

4. SELECTING & EDIT 
  • Tipulah kalau ada photographer tak edit gambar. Saya rasa semua mesti edit lah, walaupun sikit,termasuk saya..ada org suka natural , ada org suka photo manipulation. Satu editing makan masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar!Cuma, bila kita setting siap2 pada kamera akan menjimatkan masa utk editing. Contoh lah katakan, gambar yang kita ambil tu cantik, tapi gelap.Kalau cuci of course gelap kan?Kena juga masuk Photoshop utk cerahkan sikit kan?Dah kira edit lah tu...Cuma biasanye utk tujuan promosi, photographers akan letakkan 10 -15 keping yang paling baik je kat web/blog/FB.At least kita cuci dlm 100 - 300 keping tu adalah gambr2 yang terbaik utk masuk dalam album nanti. 

5.KOS ALBUM & CUCI GAMBAR
  • Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Kalau cuci gambar untuk sticky albun tu murah la bawah RM100.Itu baru kos album & cuci gambar tak termasuk Frame & gambar besar bersize 8R ke 12R.Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer. 

nah! puas hati tak lagi dengan penjelasan panjang lebar tu. hm. bagi ym sendiri la kan, kos memainkan peranan penting dalam sesuatu perkara. walaubagaimanapun, kena la pandai dalam nak meng'adjust' kos kita tak kisahlah untuk fotografer or bukan.



Monday, June 3, 2013

Peta Rumah Pengantin Buat Sendiri

murnink. jom pepagi ni kita tengok cara-cara untuk save bajet kahwin. salah satunya adalah dengan menghasilkan peta sendiri. ym saja ja menerjah pakcik google. dan tetiba jumpa kaedah ni. takmo nak kedekut ilmu, ym nak kongsi ngan semua readers tentang cara yang mudah ni.

Peta adalah satu komponen terpenting dalam sebuah kad perkahwinan
Seeloknya, biarlah mudah, ringkas, dan tepat.
masukkan tanda-tanda penting yang mudah dikenali sepanjang perjalanan itu.
Seperti pam minyak petronas, sekolah kebangsaan apa-apa,
lebih mudah dan tepat kan?

Pengunaan Microsoft Visio adalah lebih mudah,
Sebab dia dah built-in template untuk buat peta.
Tinggal pilih-pilih dan tepekkan je mengikut cita cara.
Cara-caranya adalah seperti berikut

Selamat mencuba ya kawan-kawan.





ni hasilnya. nanti boleh la readers semua godek-godek utk jadikan peta sendiri. selamat mencuba!


Sunday, June 2, 2013

11 tips tunang

1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si mempelai..

2. Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

3. Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya..

4. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

5. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.

6. Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan?

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

9. Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.

10. Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.

11. Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.



>