Tuesday, June 11, 2013

fotografer oh photographer

selamat tengah malam pagi. hahaha. ok. actually mata ym masih blom mengantuk disebabkan tidur yang lama pada pagi tadi. godek punya godek ym terpikir nak buat post tentang ni. bukan apa, ym sekarang ni a bit pressure dan mengharapkan agar semua ni dapat diselesaikan dengan segera. semua ni? apa  tu? ya la. sebenarnya ym kan dalam proses untuk ke 1st step. my journey will begin. tapi all the preparation should be made 1st. sampai dah naik give up dengan semua ni. huaaaaaa.. come on ym!

ok, lets continue. ym baru tebaca tentang ni dalam blog sapa ntah. sory ym tak hengat. ok jom kita baca dulu apa yang nak disampaikan oleh blogger ni. kemudian ym akan bagi pendapat pulak. ok. lets check it out!

1.KOS TETAP
  •  kos maintenance kamera dan aksesori.Bagi photographer yg serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti. Ada sesetengah orang cakap...." kamera tak penting , tapi org yg belakang tu lebih penting " sebenarnya kenyataan itu sesuai kepada hobbyist tapi tidak kepada serius photographer.contoh aksesori - speedlite / flash - biasanya berharga RM450 ke atas kalau jurufoto ambil untung RM200 - 300 dibuatnya speedlite  tu rosak lepas majlis kan dah negatif keuntungannya. Flash saya ada dua, dan nilainya masa saya beli dulu melebihi 3K.LENS - CANON EF 18-200MM - RM 2298CANON 5D MARK II - RM 6800BODY CAMERA - body paling murah RM 1500 untuk beginner kalau pro boleh mencecah RM40K. Ini semua tidak termasuk lighting & barang sampingan yg lain. Kamera saya pula ialah 7D masa saya beli dulu awal keluaranya tahun 2009 Body sahaja 6K.  

  2.KOS MASA BEKERJA & TENAGA 
  • Bagi saya ini merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 6-8 jam bekerja (saya tak cas masa tambahan). Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 6-8 jam). Juga perancangan awal atau plan bagi gambar2 yg hendak diambil perlu dibuat. Satu tanggungjawab besar bagi mengambil gambar pengantin, sebab moment tu mungkin berlaku sekali je seumur hidup.Tak kesian kat pengantin kalau momen indah tu tak dirakamkan dgn betul...kalau saya , saya pun marah kalau gmbr tak cantik dan tak cover keseluruhan majlis. Jadi jangan ingat boleh hentam klik2 kamera ja tanpa fikirkan angle , lighting etc. Gambar candid juga penting, malah lebih penting dari gmbr2 outdoor atau studio.Sebab?Kalau kita amik gmbr outdoor dan studio, pengantin boleh pose berkali2 utk kita dapatkan shot yang menarik.Kalau candid?Mati hidup kembali pun,momen tu akan berlaku sekali ja....rugi kalau tak dapat capture momen tu kan. Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing( contohnya saya ). Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga ( bg yg berkahwin ) serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga nya? 

3.KOS PROFESIONAL 
  • Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu BRUNO MARS (sapa BRUNO??saya sendi tak kenal) orang nak bayar RM2 pun belum tentu, tapi kalau BRUNO sendiri yang naynyi mungkin boleh bayar RM15000 padahal lagu yang sama. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.Ini tak termasuk kos untuk pembantu photographer kalau photographer membawa pembantu untuk dapatkan lebih gambar yg menarik mesti la photographer kena bayar kpd pembantu dia tu.Itu da berapa? 

4. SELECTING & EDIT 
  • Tipulah kalau ada photographer tak edit gambar. Saya rasa semua mesti edit lah, walaupun sikit,termasuk saya..ada org suka natural , ada org suka photo manipulation. Satu editing makan masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar!Cuma, bila kita setting siap2 pada kamera akan menjimatkan masa utk editing. Contoh lah katakan, gambar yang kita ambil tu cantik, tapi gelap.Kalau cuci of course gelap kan?Kena juga masuk Photoshop utk cerahkan sikit kan?Dah kira edit lah tu...Cuma biasanye utk tujuan promosi, photographers akan letakkan 10 -15 keping yang paling baik je kat web/blog/FB.At least kita cuci dlm 100 - 300 keping tu adalah gambr2 yang terbaik utk masuk dalam album nanti. 

5.KOS ALBUM & CUCI GAMBAR
  • Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Kalau cuci gambar untuk sticky albun tu murah la bawah RM100.Itu baru kos album & cuci gambar tak termasuk Frame & gambar besar bersize 8R ke 12R.Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer. 

nah! puas hati tak lagi dengan penjelasan panjang lebar tu. hm. bagi ym sendiri la kan, kos memainkan peranan penting dalam sesuatu perkara. walaubagaimanapun, kena la pandai dalam nak meng'adjust' kos kita tak kisahlah untuk fotografer or bukan.



No comments:

>