Wednesday, June 25, 2014

Nilai Wang Hantaran Yang Sepatutnya.


Hari demi hari, nilai Wang Hantaran untuk sesebuah perkahwinan semakin tidak masuk akal. Bermacam-macam alasan yang diberikan termasuklah harga barang naik, harga minyak naik dan sebagainya.

Adakalanya, membuatkan si lelaki enggan berkahwin kerana tidak mahu berhutang dengan pihak bank. Namun, atas desakan si perempuan, maka terpaksa jugalah si lelaki membuat pinjaman bank. Sayang punya pasal kan?

Hari ini, tersebar di laman forum sekeping gambar info mengenai nilai wang hantaran yang sepatutnya di tanahair Islam. 

1. Menurut info berkenaan, gadis yang tiada dara kerana zina tidak perlu wang hantaran. Sebaliknya percuma dan ibu bapa si gadis yang perlu mengeluarkan perbelanjaan kahwin.

2. Anak dara yang pernah di'ringan-ringankan oleh kekasihnya cuma belum ke bahagian zina, wang hantarannya perlulah mengikut belas ehsan pihak lelaki (bakal suaminya).

3. Begitu juga dengan anak dara yang hatinya tercemar oleh cinta lelaki yang hanya perlu diberi senaskah Al-Quran dan sejadah.

4. Anak dara yang suci, paling minima RM1,000 dan ke atas tidak melebihi RM9,999.

5. Anak dara suci dan hafal Quran pula paling minima RM10,000 ke atas.

6. Anak dara suci, hafal Quran dan alim ilmu agama paling minima RM20,000 ke atas. 

7. Anak dara suci, hafal Quran, alim dan berkebolehan ilmu dunia paling koman RM30,000 dan ke atas.

Jika mengikut dialog P. Ramlee,

1 dan 2, ramai. 3 dan 4 jarang-jarang. 5 6 dan 7 kadang-kadang.

Tidak dinafikan dalam kes 1 dan 2 paling banyak demand wang hantaran  yang tinggi.

p/s** nasib la pada sesapa yg belum kahwin lagi.. macam²


Thursday, June 19, 2014

Perkataan Lain Selain Babi



Hari ni ym nak share tentang gambar yang kat atas tu. so, tolong “SHARE”

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada Babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin Babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur Babi:


1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.
3. Hog:Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Baconaging haiwan yang disalai, termasuk Babi.
7. Hamaging pada bahagian paha Babi.
8. Sow:Istilah untuk Babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu Babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.


Jadi,jom sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.


Tuesday, June 17, 2014

Teknologi; punca dan sebab dalam sesuatu perhubungan. bincangkan

Dahsyat tajuk entry ym hari ni. umpama soalan karangan kepada para penjawab soalan.. ok, ym nak bercerita. bacalah....
tengahari tadi bff ym send 1 link blog di group wassap Ex-Penantian. link tu membawa kami bff semua ke blog seorang wanita yang sedang mengandung dan bakal melahirkan mungkin hari ini, esok atau lusa. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan beliau. 

blog beliau yang sempat ym baca berkisar tentang dia dan keluarga kecil dia. tak perlulah rasanya untuk ym letak link blog dia di sini. untuk sesiap yang teringin membaca dan merasai kepedihan hati seperti dia, diminta mencari sendiri. 

biar ym rumuskan melalui pembacaan ym tadi. beliau seorang kakitangan kerajaan dan sedang mengandungkan anak ke dua. suami dia seorang polis. kalau tak salah ym polis PGA. ya, bila ym terbaca ym faham yang anggota PGA, seluruh anggota mereka adalah milik jawatan yang dipegang. mereka terlalu sibuk dan memungkinkan untuk masuk ke hutan tanpa jadual tetap. maksud ym, bila-bila masa yang diperlukan. macam jabatan ym sendiri, kami berpegang pada seksyek 10. SEKSYEN 10?? ya, seksyen yang memerlukan kakitangan di jabatan ym untuk bertugas tanpa mengira masa dan tempat seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa. makna kata bertugas la bila diperlukan walaupun waktu tidur. 

berbalik kepada kisah yang ym baca. ym tabik spring pada dia kerana mampu menangani dan menjalani rutin harian dia sebagai seorang kakitangan, ibu, anak dan isteri walaupun tiada suami di samping dia. serius ym nak bagitahu semua, yang jika ym ditempat beliau, ym tidak mampu untuk bersikap seperti beliau. mungkin juga hati beliau pada mulanya macam ym. tetapi lama kelamaan sudah terbiasa. menurut apa yg ym baca, entry kisah sebenar dia dan suami serta punca terjadi begitu, entry tersebut telah dia drafkan walaupun pada mulanya beliau telah memaparkan entry tersebut di blog dia. katanya, dia takut dan tidak sempat untuk membalas komen serta mesej dari orang yang terbaca entry tersebut. 

apa yang ym dapat dari bff ym, kisah dia dan suaminya adalah bermula dengan wechat... wechat?? ya... teknologi yang membebankan kita semua. teknologi yang merosakkan hubungan manusia. kenapa ym kata macamtu. kenapa ym tidak menyalahkan manusia yang menggunakan teknologi. pendapat ym, manusia yang utama yang harus dipersalahkan. tetapi semua berpunca daripada kecanggihan teknologi masa kita. bukan sahaja wechat, wassap, line, facebook dan macam-macam lagi la.

apa yang diceritakan oleh bff ym; suami dia terkantoi mesej wechat dengan perempuan lain. tapi hanya mesej biasa. kebetulan wife dia (pemilik blog tersebut) terbaca dan bergaduh besar. selepas bergaduh mereka buat perjanjian jika suami dia keluar dari rumah dengan niat melarikan diri, maka jatuhlah talak. nak dijadikan cerita keesokan harinya suaminya keluar untuk pergi bekerja. jadi, so mereka terfikir tentang perjanjian yang telah mereka lakukan. kemudian mereke rujuk ke pejabat agama. dan bermulalah episod turun naik mahkamah. dalam masa yang sama dia termengandung. malangnya ahli keluarga si wife pula masuk campur dan menyebabkan si suami berubah. hakikat yang sebenar, memang si suami tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa. sehinggalah waktu sebelum bersalin, mereka rujuk kembali. tetapi si suami masih enggan pulang ke pangkuan si isteri.

begitulah serba sedikit kronologi yang diceritakan oleh bff ym. ym akui, masa ym dan hubby masih bercinta, pernah terjadi hal sebegini. melalui facebook. ya, fb.. kami bergaduh.... sudahlah.. rasanya tidak perlu untuk ym ceritakan hal tu disini. pokok pangkalnya adalah manusia dan teknologi. kemudahan jangan disalah gunakan. diharap apa yang ym ceritakan ni dapat menjadi pedoman buat semua manusia. pendapat ym, mungkin pertelingkahan tu la yang menyebabkanperjanjian syaitan dilakukan. kenapa perjanjian syaitan?? sebab syaitan memang suka nak meruntuhkan sesuatu hubungan yang dah halal..

sekian untuk hari ni. 

**p/s doakan hubungan halal yus dan mala kekal selamanya... 


Perbelanjaan Perkahwinan yusmala

Sebenarnya dah lama ym peram bajet perkahwinan kami ni. tapi hari ni akhirnya berjaya juga ym teruskan niat suci ym untuk berkongsi perbelanjaan majlis ym dari mula sampai habis.

Bertunang
Duit Deposit RM 1000
Cincin Rm 300
Jamuan makan RM 200
Barang Makeup RM 50
Baju dan Aksesori RM 100
Hantaran RM 200

TOTAL RM 1850.00


Majlis Akad Nikah
Hantaran RM 9000
Mas Kahwin RM 1552
Jamuan Makan RM 300
Hantaran (Barangan hubbywifey) RM 3000
Makeup, Baju YM, Pelamin
Fotografer 

TOTAL RM 13852.00


Majlis Persandingan
Deejay RM 250
Makeup, Baju YM, Pelamin, Bilik Tidur, Meja Beradab
Fotografer
Jamuan Makan RM5000

TOTAL RM 6000


Majlis Bertandang
Deejay RM 250
Makeup, Baju YM, Pelamin
Fotografer
Jamuan Makan RM 5000

TOTAL RM 5250


Honeymoon
Pakej Cameron Highland RM 700
Putrajaya, Shah Alam, Bukit Tinggi, Makan, Minyak RM 300

TOTAL RM 1000


Majlis Family
Jamuan Makan RM 350

 Pakej Perkahwinan Include 3 pasang baju baru, 2 pelamin tiga panel, 3 kali make up pengantin di rumah, 1 meja beradab, 1 bilik tidur
RM 2600

 Pakej Photographer Akad Nikah, Sanding dan Bertandang dan 2 kali outdoor, include 2 album custom 
RM 1800

TOTAL KASAR KESELURUHAN PERBELANJAAN KAMI RM 32702.00

 TAPI!!

duit hantaran yang ym dapat dari hubby, ym kongsikan untuk kegunaan majlis kami berdua sampai la ke jamuan makan family.




Tuesday, June 3, 2014

Tangan sakit dan kebas

Selamat pagi. hari ni ym nak bercerita tentang gejala kebas tangan. ym mengaku gejala ni ada pada ym terutama semasa menunggang motorsikal. dan untuk pertama kalinya ym jadi gelisah bila terbaca simptom-simptom ni. sebelum ni memang ym buat tak tahu je. tapi sejak rakan ym menceritakan tentang sakit belakang yang dialami oleh rakan ym, ym jadi takut. 

CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya.


Dalam kebanyakan kes, penyebab CTS tidak diketahui tetapi keadaan yang biasa dikaitkan dengan CTS ialah obesiti, mengandung, hypothyroidism (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal), artritis, kencing manis dan trauma.



Radang pada urat tendon berikutan kerja berulang seperti menaip juga boleh menyebabkan terjadinya CTS.



Penyakit yang jarang berlaku seperti amilodosis (penyusupan hepar), sarkoidosis (gangguan tidak diketahui sebabnya menyebabkan nodus limfa pada kebanyakan bahagian tubuh membesar), multiple myeloma (penyakit malignan pada sum-sum tulang) dan leukemia juga boleh menyebabkan CTS.



Selalunya, pesakit CTS peringkat awal akan berasa kebas dan semut–semut pada sebahagian tapak tangan serta ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.



Gejala ini akan lebih teruk pada waktu malam sehingga boleh membangunkan pesakit daripada tidur. Ini kerana keadaan pergelangan tangan yang membengkok ketika tidur atau disebabkan pembengkakan tisu oleh pengumpulan cecair pada pergelangan tangan ketika berbaring.



CTS boleh jadi bersifat sementara dan boleh sembuh sepenuhnya atau boleh menjadi lebih teruk dan kekal. Apabila penyakit itu menjadi lebih teruk, pesakit boleh mendapat gejala seperti rasa terbakar, kekejangan dan tangan lemah disebabkan oleh otot tangan mengecut. Kehilangan kekuatan tangan untuk memegang dan rasa sakit yang mencucuk dalam lengan menyukarkan seseorang yang mendapat CTS untuk bekerja dan melakukan kerja rumah.



Diagnosis CTS boleh dilakukan berdasarkan taburan kawasan gejala sakit dan kebas pada tapak tangan dan jari yang terbabit. Doktor akan memeriksa pergelangan tangan yang terbabit untuk melihat tanda bengkak, kehangatan, radang, cacat dan perubahan warna kulit. Pemeriksaan leher, bahu dan lengan yang terbabit penting untuk memastikan tidak ada masalah lain yang mungkin menjadi penyebab kepada gejala yang sama.



Doktor akan melakukan ujian Tinel’s iaitu dengan mengetuk dengan jari pada pergelangan tangan untuk menghasilkan rasa sesemut pada tapak tangan dan ujian Phalen’s dengan membengkokkan pergelangan tangan seketika untuk menghasilkan semula gejala sakit dan kebas pada tangan. Diagnosis adalah sangat mungkin apabila ujian kelajuan konduksi saraf yang dilakukan ke atas pesakit tidak normal. Ujian ini membabitkan pengukuran tahap kelajuan impuls elektrik apabila mereka bergerak di sepanjang saraf.



Dalam carpal tunnel syndrome, impuls menjadi lambat ketika mereka melalui terowong pergelangan tangan terbabit. Pemeriksaan otot elektromiogram ekstremitas (EMG) kadangkala dilakukan untuk mengecualikan atau mengesan keadaan yang lain yang mungkin menyerupai carpal tunnel syndrome. X-ray pergelangan tangan dilakukan untuk mengenal pasti kelainan pada tulang dan sendi.



Pemilihan jenis rawatan untuk CTS bergantung kepada tahap gejala dan kewujudan penyakit dasar yang menyebabkan terjadinya CTS. Rawatan awal selalunya dengan merehatkan tangan terbabit, pemakaian sokongan pada pergelangan tangan dan tuam ais.



Individu yang mempunyai pekerjaan yang membuatkan gejala CTS bertambah teruk perlu melakukan perubahan kepada cara kerja mereka, contohnya papan kekunci komputer dan ketinggian kerusi perlu diselaraskan untuk keselesaan optimum.


Masalah atau penyakit dasar perlu dirawat secara individu. Obesiti perlu dirawat dengan pengurangan berat badan. Bengkak pergelangan tangan yang disebabkan oleh mengandung akan menghilang selepas bayi dilahirkan. Beberapa ubat biasa diguna bagi merawat CTS iaitu Vitamin B6 (pyridoxine) dilaporkan mampu melegakan gejala CTS. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) turut mengurangkan radang dan sakit. Kesan sampingan NSAIDs termasuk gangguan pada sistem usus dan perut. Ubat ini perlu diambil bersama makanan. Corticosteroids boleh diberi melalui oral atau secara suntikan ke dalam bahagian yang terbabit. Kebanyakan pesakit CTS merasa lega atau gembira selepas rawatan secara konservatif dan ubat-ubatan. Dalam kes tertentu tekanan yang kronik terhadap saraf median boleh menyebabkan kebas dan tangan lemah yang berkekalan. Untuk mengelak kesan yang serius daripada urat saraf dan otot terbabit, rawatan secara pembedahan mesti dipilih.

ok pembaca-pembaca ym yang disayangi sekelian, mencegah lebih baik dari merawat. jadi, jom kita bertindak!



>