Friday, December 27, 2013

Honeymoon di Cameron Highland

Amboii.. honeymoon la plk kan. just taip kat blog ni untuk info diri sendiri jugak. ;)
tapi kalau ada yang nk tumpang baca ataupun terbaca, moh la kite. free jaa.. =)

ok, mari kita mulakan survey untuk pakej honeymoon di Cameron Highland.
aaah...why Cameron Highland?? kenapa tak Paris ka? Korea ka?
haaaiih..banyak duit pulak kan nk p sana.. kalau setakat keja basuh berak orang jangan berangan. One day? InsyaAllah...

RM8++/package
packages included:
The Honeymoon Special offers:
  • 2 nights stay in Senator Suite
  • Daily breakfast for 2 persons
  • 1 candlelit dinner for 2 persons
  • Strawberry platter with chocolate dip upon arrival
  • Welcome coffee/tea with scones upon arrival
  • 1 bouquet of flowers upon check-in
  • Turndown service with pralines & a teddy bear
  • Half-day country tour for 2 persons on second day
  • Late check-out till 4 pm (subject to room availability)
EQUATORIAL CAMERON HIGHLANDS 

Kea Farm, Brinchang 

39100 Cameron Highlands 

Pahang 
Malaysia 
Tel: +60 5 496 1777 
Fax: +60 5 496 1333 

RM15++/package

Intimate Romance Package
packages included:
  • Daily Breakfast
  • Two nights accomadation in Deluxe Room
  • Fresh strawberries or seasonal fruits in room
  • Welcome drinks and warm towels on arrival
  • Sixty-eight (68) stalks of freshly cut roses placed in room
  • Choice of daily room service or Restaurant breakfast
  • One (01) romantic candle light western dinner for two person with four(04) courses
  • Choice of a bottle of house wine OR Afternoon Tea for 2 per stay
  • Daily evening turn down service with Homemade Cookies
  • Complimentry guided jungle trekking next to hotel (trekking shoes required)
  • Complimentary wireless internet connection in common area
  • For additional night,the benefit is for room & breakfast only
The Lakehouse, Cameron Highlands
30th Mile Ringlet,
39200 Cameron Highlands,
Pahang, Malaysia 

Tel:  +605 495 6152  
Fax: +605 495 6213

Packages |Honeymoon Package

A 3day/2night stay in a Junior Suite for Two RM19++/package
Package is inclusive of :-
  • Two nights stay in a Honeymoon Suite
  • Daily breakfast for 2 person
  • Welcome Drinks
  • A Romantic candle light dinner for two
  • Steamboat Dinner for 2 person
  • Chocolate Dipped Strawberries as a turn down gift, for first night
  • Rose petals in bath & Rose Bouquet
  • Country Side tour for 2 person
  • Honeymoon cake

A 3day/2night stay in a Deluxe King for Two
RM17++/package
Package is inclusive of :-
  • Two nights stay in a Honeymoon Deluxe Room
  • Daily breakfast for 2 person
  • Welcome Drinks
  • A Romantic candle light dinner for two
  • Steamboat Dinner for 2 person
  • Chocolate Dipped Strawberries as a turn down gift, for first night
  • Rose petals in bath & Rose Bouquet
  • Country Side tour for 2 person
  • Honeymoon cake

Hotel De' La Ferns
Batu 39 Jalan Besar

39000 Tanah Rata

Cameron Highlands

t: +605 491 4888

f: +605 491 5198

Luasnya bilik air... Bolehlah main kejar2 hubby & wife ;)

RM15++/package
packages included:
2 nights stay at Tioga Deluxe Suite (Newly renovated)
Welcome Drink upon arrival
Daily Room Service Breakfast
Afternoon Tea at Garden Terrace x 1 time
Candle Light Set Dinner at Tudor Grill x 1 time
Set Steamboat Dinner at Strawberry Court Thai Restaurant x 1 time
Flowers decoration in the Suite Room
A bottle of Sparkling Fruit Juice in the Suite Room
Strawberry platter with Chocolate dipped in the Suite Room
Mandrayu Touch (60 minutes) with Open Air Jacuzzi
Half day Gunung Brinchang Tour
Daily Evening Turn Down Service with Sweets
Coffee & Tea Making Facility in the Suite Room
Fully stock Mini Bar (extra charges if consumed)
Daily Newspaper (upon request)

STRAWBERRY PARK RESORT

Lot 195 & 196,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Tel: +605 491 1166
Fax: +605 491 1949

RM7++/package
packages included:
• Accommodation for 2 nights 3 days 
• Daily breakfast 
• Welcome drink upon arrival 
• 01 set lunch 
• Romantic Candle Light Dinner (1st day) 
• Special Steamboat Dinner (2nd day) 
• Fresh Fruit Platter 
• Honeymooon Cake 
• Bouquet of flower for the bride 
• Country side tour 3 1/2 hours 
• Tea/coffee making facilities in the rooms 
• Upgrade to deluxe room (upon availability) 
• Souvenier from Rosa Passadena 
• Daily complementary newspaper 

HOTEL ROSA PASSADENA
No. 1, Bandar Baru Brinchang,
39100 Brinchang, 
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.

Tel  : 6 05 - 4912288 
Fax : 6 05 - 4912688

Monday, December 23, 2013

Doa Buat Kekasih

Ya-Rabbul AriffinTuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin.

Thursday, December 5, 2013

Kesalahan tatabahasa yang lazim digunakan

Jom kita belajar tatabahasa hari ni....

Salah       Adalah dimaklumkan
Betul       Dengan ini dimaklumkan

Salah  ---    Sehubungan itu
Betul  ---    Sehubungan dengan itu

Salah ---     dari masa ke semasa
Betul  ---    dari masa ke masa/ dari semasa ke semasa

Salah  ---    saya akan masuk ke kelas
Betul ---     saya akan masuk ke dalam kelas

Salah ---    saya mengajar matapelajaran Bahasa Melayu
Betul ---    saya mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu

Salah  ---   daripada itu
Betul  ---   selain  itu

Salah ---    jadual bertugas
Betul ---    jadual tugasan

Wednesday, November 27, 2013

Awalan Nombor Telefon dan Telconya

Handphone tanpa line takda gunanya. Kan3? kalau rerakan suma nak guna maxis ke, celcom ke, digi ke, tu hak masing-masing. Semua ada kelebihan. So, apa kata readers kenal cikit nombor-nombor awalan telefon yang ada kat Malaysia sekarang ni. 

010-2 (Digi)010-3 (XOX, Digi)010-4 (Celcom, Digi)010-5 (Celcom & TuneTalk, Digi)010-6 (Digi)010-7 (Maxis , Hotlink & Tunetalk, Digi)010-8 (Maxis, Hotlink & Digi)010-9 (Digi & Digi Happy)012 (Maxis & Hotlink)013 (Celcom)014-2 (Maxis & Hotlink)014-3 (Digi & Digi Happy)014-5 (Celcom)014-6 (Digi & Digi Happy)014-7 (Maxis)014-8 (Celcom)014-9 (Digi & Digi Happy)016 (Digi)017 (Maxis & Hotlink)018 (Umobile)019 (Celcom)

Nombor yang akan datang, mungkin macam ni. 

0112- (Maxis & Hotlink)
0116- (Digi)
0119- (Celcom)

ym plak guna 012441***4 (maxis) dan 019411***8 (digi)
mr love plak sama gak 012410***4 dan 019411***8 (digi)
ym dah convert nombor celcom tu ke digi. sebab gila baban punya jimat.
alhamdulillah, nombor kami berdua lebih kurang sama.. hihii

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar (1993-2013)

siapa AHMAD AMMAR.. terdetik hati ym tatkala menonto video dari rakan. jom ym ceritakan apa yag ym dah jumpa dalam pakcik google.

Seorang anak muda yang telah di lahirkan 20thn lalu.
Beliau merupakan anak ke empat dan satu2nya anak lelaki Tuan haji Ahmad Azam Abd Rahman,bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC,namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki,untuk menjadikan dirinya bakal pemimpin negara  yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah,beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Turki .
Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan pergi meninggalkan kita pada 2 November 2013 yang lalu,
Istimewanya anak muda ini,dapat dilihat selepas dia pergi meninggalkan kita,apabila beliau telah di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap laut Goden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi,auliya',panglima uthmaniyyah dan orang2 kenamaan di sana.
Ini bermakna,beliau adalah satu2nya rakyat Malaysia yang di tempatkan di perkuburan itu.
Beliau seorang anak muda yang aktif,dan bercita2 untuk mati syahid.
Dari pengamatan kita,beliau hanyalah seorang anak teruna yang normal,cuma sikap perihatin pada masyarakat selain rajin menyumbang tenaga dalam apa jua aktiviti kemanusiaan yang di adakan.
Beliau bercita2 tinggi dan sering cuba menjadi anak muda yang cemerlang!
Al fatihah....

link ke video beliau
 http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=share

Monday, November 18, 2013

Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

Misteri Nabila

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya

ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak di tepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.

tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.

dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.

kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.

apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut "berminat" dengan anda. Jangan cuba-cuba.

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup denganbahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar..

Cadar 3D Murah

-------------------------------------------------------------------------
HIASI KAMAR TIDUR ANDA DENGAN 3D BED SHEETS™ TERBARU
-------------------------------------------------------------------------

PRODUK TERBARU - PALING HOT DI PASARAN
KAIN CADAR - 3D ( PRE ORDER ONLY )

♦♦ 3D Bed Sheets™ ini mengandungi ♦♦

☑ 1 Helai Cadar bergetah (fitted) - muat untuk size King & Queen
☑ 1 Pasang Duvet Cover (comforter)
☑ 2 Sarung Bantal

♦♦ Ukuran Saiz Cadar 3D Bed Sheets ialah ♦♦

☒ Cadar 155 cm (lebar) x 193 cm (panjang) x 27 cm (tebal)
☒ Duvet Cover 200 cm (lebar) x 230 cm (panjang)
☒ Sarung bantal 48 cm (lebar) x 74 cm (panjang)

----------------------------------------------------------------------------
✔ Harga Pre-Order RM330 (termasuk kos penghantaran)
✔ Deposit Diperlukan RM150 (RM180 dibayar semasa barang akan diposkan kepada anda.
✔ Jika anda bayar cash tanpa deposit, anda perlu bayar ? RM300 sahaja jadi anda jimat "" RM30 ""
----------------------------------------------------------------------------

Jadi mana pilihan anda ????

Jangkaan Barang Sampai : 23-24 Disember 2013
(bergantung pada kastam ETA(Estimated Time of Arrival))

▸▸Tarikh Akhir Bayaran Pre Order : 26 November 2013◂◂

----------------------------------------------------------------------
KENAPA PERLU BELI DARI KAMI SEBAGAI AGEN ANDA ????

✔ Harga kami yang jauh lebih murah & kami berurusan terus dengan kilang pengeluar.
✔ Penghantaran Menggunakan Kapal Laut Yang Berkos Lebih Rendah Dari Penjual-Penjual Yang Lain.
✔ Harga 3D Bed Sheets Yang Terkawal Buat Masa Ini.
✔ Kami mempunyai persatuan sendiri yang mengawal harga jualan, jadi anda tidak perlu risau dengan tempahan dan pembelian anda.
----------------------------------------------------------------------

Jadi apa tunggu lagi !!! Berminat dengan 3D Bed Sheet ???

Sila "PM Inbox" kami di 
http://www.facebook.com/msnoorz !!!

boleh whatsapp ke nombor 0124410384 / 0124102384

--------------------------------------------------------------------------
ps: Pre Order akan tamat pada 26/11/2013. Jadi tunggu apa lagi, jangan biarkan promosi ini tamat begitu sahaja.

TEMPAH SEKARANG !!!
--------------------------------------------------------------------------

>