Tuesday, March 29, 2016

#yusmatravel trip to Bali Day 3

Selamat pagi. bangun awal, sebab dah menjadi kebiasaan ym bangun awal. solat subuh dan rilex² sebelum bermulanya perjalanan hari ni. 

tepat jam 7.30 pagi, breakfast sampai di bilik

ok, jom kita mulakan perjalanan kita. hari ni aktiviti pantai. ym dah bawak baju. tapi disebabkan cuaca yg terlalu panas dan takut sunburn walaupun dah pakai uv semua, tapi still burn. ym tak mandi pantai takut cepat letih. dan sebenarnya sangat menyesal tak mandi pantai sebab aktiviti padat dan tiada tempat mandi. kesudahannya, letih dan mood untuk bergambar jadi kurang. so, nasihat ym, mandilah.... 


salah satunya tol yang ada di bali. 


Tanjung Benoa Beach
  air laut kat sini, masyaAllah punya lah cantik dan jernih. dalam boat, kita boleh tengok sampai ke bawah sebab mereka buat satu cermin yang boleh nampak di dalam air melalui boat yang kita naik. untuk sampai ke Deluang Sari iaitu Pulau Penyu, kita perlu naik boat. kat sini juga banyak antiviti pantai yang boleh dilakukan seperti diving, snorkeling, parasailing, dan macam² lagi la.. jomlah tengok pic, ym malas nak menaip. banyak lagi pic yang akan di up.. check it outtttt








Nusa Dua Beach 



 Padang Beach 


Garuda Wisnu Kencana 


Lunch at Beranda's Restaurant 



Kampial Puja Mandala
tempat ni biar ym explain sikit. ia merupakan sebuah kawasan yang mana terdapat masjid, gereja, tokong dan kuil disatukan dalam satu kawasan tapi bangunan berasingan. sama juga kubur, tapi tidak disatukan dan bersebelah dan bercampur aduk. 


Dreamland - Padang 


 Uluwatu Tample 



  Pandawa Beach



Dinner Jimbaran Bay 

seriusly, sampai ja kat hotel memang ym dah tak pikir apa, kecuali mandi, sembahyang dan tidur. letih bax hang..


boleh tengok video yang ym dah upload kat youtube. memang tempat cantik sangat.....



Monday, March 28, 2016

#yusmatravel trip to Bali Day 2

bersambung kita dengan hari ke dua ym travel. seawal pagi kami bangun, dengan muka kusut masai, baju tak bersalin. nak acah² backpackers sangat kan. tapi ym mandi. cuma baju je tak bertukar. Alhamdulillah surau dan tandas sangat selesa kat klia 2, cuma mula² tu terkena gak dorang tunjuk surau yg masyaAllah, bau dan berhaba diluar bangunan klia2. di belakang NZ nasi kandar.

settle mandi dan lepas ke immigresen, perjalanan dimulakan dengan berjalan sangat jauh. bertabahlah.. dan ym cuma breakfast ringan iaitu roti sahaja sebab dah beli online nasi palembang. tiba waktu boarding, macam biasa, macam² doa yang ym baca sebab takut..

breakfast nasi palembang kongsi dua. hahaha.. 

Alhamdulillah, touch down, welcome to Bali. keluar dari immi airport Ngurah Rai, pak supir dah tunggu. bli (abang) Ekow Bali Shandi Tours. ym dibawa menggunakan nisan grand livina. lepas arive ja terus minta makan dan kami makan di Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro. makanan dia best. disebabkan ym ni kaki makan, so, ym lebih rela spend lebih duit utk makan. tak dapat beli souviner tak apa.. janji dapat makan. makan tengahari ni kami spend rm90. seekor ayam, sayur, nasi, dan jus buah.

untuk pengetahuan geng² semua, ym ambik pakej. sebab apa yg ym baca, utk ke satu satu tempat di bali ni memakan masa dan kalau ym sewa kereta sendiri, risau selalu salah jalan. total untuk pakej kami ambik ni termasuk makan, minum, tempat tinggal, minyak, bayaran masuk, tol, parking dan semua la RM650 seorang. 

bagi ym yang baru 1st timer ni rasanya berrbaloi sebab, kami cuma perlu sediakan duit untuk beli souviner dan untuk masuk toilet. 

hotel ym duduk adalah sekitar area kuta, bali. Hotel Suardana S8 Kuta Bali. Berdekatan dengan Legian, iaitu tempat paling happening. 

sampai petang tu, rilex dan tidur. sebelah malam, kami mulakan acara dengan berjalan dan makan. dibebabkan ym diingatkan oleh bli ekow yang kawasan sekitar kuta ni kebanyakan nya dihuni oleh penduduk hindu iaitu sebanyak 80% dan mislim hanya 20%, maka ym tidak sewenang-wenangnya makan di restoran sekitar. tapi untuk fast food seperti KFC dan Burgerking disahkan halal. Mc Donald tidak dijamin. 

untuk pengetahuan geng semua, waktu di Bali dan di Malaysia adalah sama. cuma siang dan malam berbeza. iaitu di bali jam 6.00 pagi sama seperti di malaysia jam 7.00 pagi, so waktu sembahyang di Bali adalah lebih awal berbanding di Malaysia.

sekian untuk cerita hari kedua.. 


Sunday, March 27, 2016

#yusmatravel trip to Bali Day 1

Dimulakan dengan Bismillah. perjalanan kami menuju Penang to Bali.
ym akan ceritakan mengikut hari. sebab kalau ym compile.. confirm ym pon malas baca dan malas taip. so, uols boleh baca day by day ye.

dari rumah ym bergerak dengan motor si hubby dan park di KTM Bukit Mertajam. Perjalanan menaiki train ETS selama 4 jam berakhir di KL Sentral. train bergerak dari bukit mertajam jam 5.30 petang dan tiba dalam jam 10.00 malam. harga train ETS RM 58 seorang. di KTM tiada caj parking.






sampai di KL Sentral, ym ambik skybus RM 11 seorang ke KLIA 2, skybus ni boleh didapati di KL Sentral dengan perjalanan setiap 30 minit. ym sampai di klia 2 sekitar jam 1 pagi. so, tidur di klia sebagai gelandangan sebab rasa rugi kalau ambik capsul. keesokan pagi dah nak gerak ke Bali dah. port baik untuk tidur adalah di bawah escalator berdekatan jualan tiket bas dan NZ Restoran (kalau tak silap ym) 








bersambung di hari ke dua pulak...


>