breakfast nasi palembang kongsi dua. hahaha..
Alhamdulillah, touch down, welcome to Bali. keluar dari immi airport Ngurah Rai, pak supir dah tunggu. bli (abang) Ekow Bali Shandi Tours. ym dibawa menggunakan nisan grand livina. lepas arive ja terus minta makan dan kami makan di Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro. makanan dia best. disebabkan ym ni kaki makan, so, ym lebih rela spend lebih duit utk makan. tak dapat beli souviner tak apa.. janji dapat makan. makan tengahari ni kami spend rm90. seekor ayam, sayur, nasi, dan jus buah.
untuk pengetahuan geng² semua, ym ambik pakej. sebab apa yg ym baca, utk ke satu satu tempat di bali ni memakan masa dan kalau ym sewa kereta sendiri, risau selalu salah jalan. total untuk pakej kami ambik ni termasuk makan, minum, tempat tinggal, minyak, bayaran masuk, tol, parking dan semua la RM650 seorang.
bagi ym yang baru 1st timer ni rasanya berrbaloi sebab, kami cuma perlu sediakan duit untuk beli souviner dan untuk masuk toilet.
hotel ym duduk adalah sekitar area kuta, bali. Hotel Suardana S8 Kuta Bali. Berdekatan dengan Legian, iaitu tempat paling happening.
sampai petang tu, rilex dan tidur. sebelah malam, kami mulakan acara dengan berjalan dan makan. dibebabkan ym diingatkan oleh bli ekow yang kawasan sekitar kuta ni kebanyakan nya dihuni oleh penduduk hindu iaitu sebanyak 80% dan mislim hanya 20%, maka ym tidak sewenang-wenangnya makan di restoran sekitar. tapi untuk fast food seperti KFC dan Burgerking disahkan halal. Mc Donald tidak dijamin.
untuk pengetahuan geng semua, waktu di Bali dan di Malaysia adalah sama. cuma siang dan malam berbeza. iaitu di bali jam 6.00 pagi sama seperti di malaysia jam 7.00 pagi, so waktu sembahyang di Bali adalah lebih awal berbanding di Malaysia.
sekian untuk cerita hari kedua..
No comments: