Saturday, August 4, 2012

kebakaran!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
entry sebelum YM tido adalah berkenaan kebakaran. sedang asyik YM & family tonton movies di TV2 yang bertajuk 'Shoot 'em up', tetiba ja anak sedara YM yang sedang main aci ligan menyorok masuk umah dengah tergesa2.

anak sedara: acik2, ada keta terbakax kat luax.
YM: keta sapa?
anak menakan : tak tau la..

dengan tergesa-gesa YM yang sedang asyik menonton, keluar rumah. ternampak la sebuah kereta jenis proton iswara putih sedang enak dimakan api.. YM pon cepat2 panggil ayah tengok dan melarang sama sekali semua anak sedara daripada dekat dengan keta tu. mana taknya, YM takut jadi macam dalam movies plak kan yang meletup melambuung segala2nya. YM pon melarang ayah daripada tengok jugak. risau juga jadinya. YM terus tengok melalui tingkap yang terdekat. tiba2 abang YM terus keluar rumah dan mintak buka pintu belakang untuk ambil getah paip dan sambung ke air untuk sembur kereta tu. tiba2, apa yang dipikirkan YM betul2 terjadi. dan mujurlah tak jadi apa2 kat abang YM.

api terus dipadamkan. YM mengambil inisiatif untuk menelefon bomba iaitu 999. malangnya, 3 kali YM menelefon tidak ada jawapan. hm.. orang pon keja gomen gak. takkan sampai tak jawab kot. abang YM dan owner keta tersebut bertersan memadam kebakaran yang terjadi.

alhamdulillah. keta yang terbakar tu dapat dipadam dengan jayanya. disebabkan rumah YM ni berdekatan jalan, memang ramai la yang menjadi penonton setia menunggu. dan tak lupa juga yang merakam kejadian tersebut. termasuklah YM sendiri. hehehe. bukan apa. at least nanti bila ada orang kata yang owner rumah ni berlagak. padahal dorang taktau yang kalau kita ambik tindakan melulu. padahnya kita yang rasa. YM takut jugakla nak menyibuk takut2 meletup terkena muka. tak pasal2 ja. daripada harga kateam rm12k jadi 5 sen. ka tak laku langsung.. palis.. palis..

menurut anak sedara YM yang sedang main aci ligan menyorok. ssedang dorang main, keta tu dah berhenti tepi jalan dan pemiliknya kehabisan minyak. dalam keadaan pemiliknya ke stesen minyak yang berdekatan, salah seorang rakan dorang yang juga mekanik perosak datang dengan bangganya. tiba2 berlaku kebakaran kecil dan mekanik tersebt cabut.. dan dengan tiba2 api menjadi marak dan menyebabkan letupan berlaku.

dalam masa 1 jam lebih kejadian tersebut barulah bomba tiba. keadaan menjadi huru hara dengan kehadiran bomba. lama jugakla bomba tu kat situ. hm.. ntahla sapa yanng telefon bomba tu.

oklah YM dan ngantuk. dan nak tido..

di bawah ni ada video kejadian yang tak berapa elok dirakam oleh YM. maaflah ye.. hehehe






chekidaut..



No comments:

>