adik sedang menjual dan memanggil
3 beranak peniaga
apa yang kurangnya berkursus di situ adalah keadaan dewan yang sempit dan tempat duduk atau kerusi yang tidak selesa. ya la kita duduk berjam² lamanya dan kerusi tersbut yang rendah menyebabkan sakit belakang. tempat berkursus juga adalah di tingkat 3 bangunan tersebut. letih gak la naik tangga. dan yang paling tak best adalah kerana penceramah yang memboringkan. wah.. belum habis kursus dah komplen sana sini. mau tak dapat sijil, kena ambik lain kot. tandas di situ juga tak berapa nak banyak walaupun kapasiti peserta adalah ramai. dah la ym ni kaki buang air.
apa yang lebihnya dapat duit rm5.00 untuk makan untuk kedua² hari. jadilah dari tak dapat lansung. dapat buku berkenaan rumah tangga ( tak perlu la ym nak menulis banyak² walaupun ym ni kaki dan tangan tulis. kahkahkah. layanan mesra daripada staf di situ. mereka tak lokek dengan senyuman. penceramah sedia berkongsi pengalaman mereka.