Kepada pengemar movie atau lebih suka tonton movie yang di download dari hosting dan laman web percuma seperti ym berbanding menonton di panggung (walaupun ym kekadang gedik nak masuk panggung), pasti perasan yang web site sharing video terkenal, terbaik dan sempoi masa kini iaitu jieazzmovie.net, ddmf.biz, syok.org, teamaryzs dan teamhanna sudah tiada di google atau Facebook. memula tertanya-tanya gak la ym napa web ni tak boleh bukak. bila ym menanyakan kepada pakcik google, beliau lantas memberitahu segalanya.
Laporan penuh
So, agak sedihlah bila website macam ni dah ditutup. Sedih sangat sebab kalau nak tengok movie atau drama Melayu kena tengok kat TV atau beli DVD kat kedai.
Bagi penggemar drama Melayu, memang dah tak ada peluang nak download drama TV yang mereka dan ym suka. Yalah, tak semua orang ada Astro. Tak semua orang berkelapangan waktu untuk menghadap TV 24 jam kan? Ada jugak benda lain nak kena buat. macam ym sendiri. balik kerja kena tolong mak niaga kat pasar malam la, ke sana la, ke sini la. so, selalu la terlepas nak tengok cerita best2 kat tv.
So, kalau pihak Polis Malaysia sudah berkuat kuasa sedemikian yang ym anggap agak wajar dilakukan, kepada pihak penerbit filem dan drama tu, please... buatlah drama yang best, filem yang menarik untuk kepuasan penonton supaya tak menyesal tonton di panggung. Kadang2 thriller bukan main menarik lagi, bila tengok cerita keseluruhannya... adeh...
Hal ni sama halnya dengan indusri penulisan novel jugak. Nasib baiklah novel tu, versi cetak, susah sikit nak cetak rompak. So, kalau menyeal beli pun boleh simpan atau jual pada yang berminat. Kalau filem tengok kat panggung tu, kalau nyesal tengok boleh claim harga tiket dengan harga 50% kah? Tak, kan? So, pengarah dan penulis skrip, buatlah filem yang menarik ye?
Tak mustahil jugak wujudnya e-novel atau bahan bacaan elektronik kini yang semakin meluas, akan wujud laman web sharing percuma untuk ebook yang semakin berkembang sekarang. So, pihak Polis Malaysia juga perlu siasat sharing percuma di Youtube dan untuk ebook jugak.
tapi yang ym pelik, kenapa pihak polis taknak banteras vcd cetak rompak. masih lagi terlihat di pasar2 malam kot. yang dah dapat tangkap baru ok what...