Friday, November 30, 2012
Human Dolls Bersantai
Monday, November 26, 2012
Perodua Totally RARE
kalau readers semua tajam mata, apa yang pelik dengan gambar kat atas tu?
hahahaha.. bukan nak mempersendakan kereta kancil tu. tapi sincerely, ym terkedu, terkejut, terpana dan segala ter lagi bila tengok kereta tu. sekali imbas, memang nampak macam perodua. dua kali imbas, totally PREODUA.
pic ni ym ambik masa ym dan mr dalam perjalanan ke kedai makan. nak dinner kalau tak silap. sebab, kereta ni ym nampak hampir senja dah. masa tu dekat traffic light. apa lagi, dah terperasan, terus tertangkap. hopefully, tak ada yang perasan. kehkehkeh.
gamaknya, owner kereta tu sendiri tak perasan. memang rare gila la nama tu. saja nak buat entry senda gurau pepagi yang sejuk ni.
oklah. ym nak setelkan kerja dahulu. chow!
Sunday, November 25, 2012
Bunga Telur dan ceritanya...
Hari ni ym nak kongsi cerita tentang bunga telur. wajib tahu kan untuk sesiapa yang nak melansungkan perkahwinan. lets check it out.
Bagi masyarakat Melayu, bunga telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya, bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin.
Pengantin baru akan duduk bersebelahan di atas pelamin yang dihiasi cantik semasa bersanding. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Ketika bersanding, jemputan kahwin akan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai. Jika tiada acara bersanding, maka majlis perkahwinan akan dianggap tidak sempurna. Orang ramai juga tidak sudi memberi wang sumbangan.
Apakah Maksud Bunga Telur?
Bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Mengikut kepercayaan orang Melayu, telur yang terdapat dalam bunga melambangkan kesuburan. Pemberian bunga telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai mengumpul doa orang ramai agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat. Zuriat merupakan kurniaan tuhan dan sesebuah keluarga hanya dianggap bahagia dan sempurna dengan adanya zuriat.
Bagaimana Bunga Telur Disediakan?
Telur yang digunakan dalam bunga telur ialah telur ayam yang direbus. Penyediaan telur hanya boleh dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan. Ini disebabkan telur yang direbus tidak boleh tahan lama. Proses merebus telur juga memerlukan pengalaman. Banyak telur akan pecah semasa direbus. Ini merupakan satu tugas yang menguji kemahiran dan kesabaran.
Kegunaan Bunga Telur
Walaupun kehidupan kini semakin moden dan menyaksikan pelbagai elemen baru dalam seni gubahan perkahwinan, namun penyediaan bunga telur dalam majlis pernikahan tetap diberi keutamaan. Tradisi yang ditinggalkan oleh nenek moyang masih diamalkan.
Pemberian bunga telur masih dititikberatkan sama ada digunakan untuk hiasan pelamin atau untuk dihulurkan kepada jemputan kahwin sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluahkan masa untuk datang. Bunga telur akan diisi dalam beg khas dan dihadiahkan kepada jemputan kahwin sebagai cenderahati perkahwinan.
Bunga Telur Mengikut Peredaran Masa
Lama-kelamaan tradisi ini walaupun masih dikekalkan, pemberian bunga telursebagai cenderahati perkahwinan atau buah tangan kepada tetamu ini telah dipelbagaikan. Apatah lagi pada masa sekarang, tuan rumah bukan sekadar melihat pemberian tersebut sebagai buah tangan.
Seboleh-bolehnya, setiap pemberian menjadi tanda ingatan yang berkekalan terutama pada hari bersejarah seperti itu.
Selain memberi bunga telur, tuan rumah pada masa kini juga telah memilih coklat, kek, gula-gula, tuala, lilin perkahwinan, sabun kahwin, key chain, alas meja dan sebagainya kepada jemputan kahwin bergantung kepada bajet yang diperuntukkan.
Bunga Telur Zaman Moden
Labels:
Buat Sendiri,
Comel dan Cantik,
Jimat,
Jom Nikah,
Kenduri Kendara,
mrs yus to be
Sunday, November 18, 2012
Kenduri bukan jenjalan
khamis 15/11/2012 ym bertolak dari rumah ke jeti kuala perlis seawal jam 9 pagi. sampai di jeti jam 1.00 dan feri bergerak jam 1.30. ym sampai di langkawi jam 3.00. setle bilik dan ronda sekitar langkawi. malamnya ym habiskan masa di rumah ct. menemaninya untuk memakai inai, siapkan pelamin.
jumaat 16/11/2012 ym, mr bangun seawal jam 9.00 pagi. terus ke perusahaan minyak gamat. shoping sebentar di sana. ana tiba lebih kurang jam 12.00 tengahari. kami terus ke pekan kuah untuk membeli baju. sebabnya ym tak diberitahu awal untuk eskot ct akad nikah. dah la ym hanya bawa sehelai baju kurung. tak expect pulak yang kena ikut dia. petang, arip tiba dan kami makan. ke Riverra inn untuk check in bilik dan mandi. kemudian bersiap untuk makan dan ronda. yang sempat kami pergi hanyalah pantai chenang. walaupun dan lebih dari 5 kali ym ke sana, namun tak pernah sekali ym ke sekitar pantai chenang. suasananya sama seperti pantai biasa. balik malamnya terus masuk bilik dan tidur.
sabtu 17/11/2012 bangun agak awal. sarapan pagi dan terus ke pekan kuah untuk last shopping. ym beli hanyalah sedikit. namun sekitar rm1000 juga ym habiskan termasuk bayaran bilik dan kenderaan. walaupun pada awalnya mak ct dah bayar bilik untuk kami tidur, namun ym bayar semula. sudahlah mereka habis duit untuk kenduri. kesian pulak. seterusnya kami ke jeti untuk membeli tiket pulang balik. jam 12.00 ke rumah ct untuk hadir majlis persandingan beliau. agak lama menunggu di situ. selesai bergambar, kami bersalaman dan bergegas untuk pulang. feri jam 3.30. kami terpaksa tukar baju kurung dengan seluar supaya mudah pergerakan. masyaallah, feri delay pulak pada jam 3.30. ana dan arip dah pulang dengan feri mereka kerana mereka naik di jeti kuala kedah. tunggu feri sehingga jam 5. alhamdulillah. feri lain terpaksa dinaiki. sampai rumah sekitar jam 10.00 malam. letih kot.
We're coming home
Labels:
Holiday Lagi,
Lovers,
We're Backpakeres