khamis 15/11/2012 ym bertolak dari rumah ke jeti kuala perlis seawal jam 9 pagi. sampai di jeti jam 1.00 dan feri bergerak jam 1.30. ym sampai di langkawi jam 3.00. setle bilik dan ronda sekitar langkawi. malamnya ym habiskan masa di rumah ct. menemaninya untuk memakai inai, siapkan pelamin.
jumaat 16/11/2012 ym, mr bangun seawal jam 9.00 pagi. terus ke perusahaan minyak gamat. shoping sebentar di sana. ana tiba lebih kurang jam 12.00 tengahari. kami terus ke pekan kuah untuk membeli baju. sebabnya ym tak diberitahu awal untuk eskot ct akad nikah. dah la ym hanya bawa sehelai baju kurung. tak expect pulak yang kena ikut dia. petang, arip tiba dan kami makan. ke Riverra inn untuk check in bilik dan mandi. kemudian bersiap untuk makan dan ronda. yang sempat kami pergi hanyalah pantai chenang. walaupun dan lebih dari 5 kali ym ke sana, namun tak pernah sekali ym ke sekitar pantai chenang. suasananya sama seperti pantai biasa. balik malamnya terus masuk bilik dan tidur.
sabtu 17/11/2012 bangun agak awal. sarapan pagi dan terus ke pekan kuah untuk last shopping. ym beli hanyalah sedikit. namun sekitar rm1000 juga ym habiskan termasuk bayaran bilik dan kenderaan. walaupun pada awalnya mak ct dah bayar bilik untuk kami tidur, namun ym bayar semula. sudahlah mereka habis duit untuk kenduri. kesian pulak. seterusnya kami ke jeti untuk membeli tiket pulang balik. jam 12.00 ke rumah ct untuk hadir majlis persandingan beliau. agak lama menunggu di situ. selesai bergambar, kami bersalaman dan bergegas untuk pulang. feri jam 3.30. kami terpaksa tukar baju kurung dengan seluar supaya mudah pergerakan. masyaallah, feri delay pulak pada jam 3.30. ana dan arip dah pulang dengan feri mereka kerana mereka naik di jeti kuala kedah. tunggu feri sehingga jam 5. alhamdulillah. feri lain terpaksa dinaiki. sampai rumah sekitar jam 10.00 malam. letih kot.
We're coming home
No comments: