Wednesday, January 2, 2013

Truly Naturally

selamat petang. sengaja ym buat entry baru tentang ym sendiri. dan sengaja nak menunjukkan kecomelan (comel lah sangat) muka ym ni dengan tanpa mekap. Sebenarnya ym dah berjanji dengan diri ym dan merupakan azam tahun baru ym untuk mengelakkan bermekap. ym pon ada janji dengan mr juga. mr ok saja. antara sebab ym mengelak untuk bermekap adalah kerana, insyaallah hujung tahun ni ym dan mr nak menamatkan zaman bujang. insyaAllah. amin. doakan ym tau sayang. 

so, as a preparation untuk nampak berseri di hari bahagia tu nanti, ym prefer untuk mengurangkan mekap dan ada yang tidak bermekap lansung. takut hilang seri. bukan apa, ym tengok rakan² ym yang selalu bermekap dan tak lupa juga artis, mereka selalu sangat bermekap dan sehinggakan tidak nampak keserian di muka mereka ketika mereka melansungkan hari bahagia mereka.

tengok la pic di bawah ni. hanya dengan sedikit bedak sehinggakan rakan sekerja memarahi ym dan menyuruh ym bermekap macam biasa.


p/s: ym juga berazam nak cuba mengecilkan badan sama seperti memula ym masuk kerja. mengecilkan tidak bererti KURUS.



No comments:

>