Dato Aziz Sattar telah kembali ke rahmatullah pukul 2 pagi tadi...Al fatihah
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ...
سْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم c
الْحَمْدُللّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ...الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ ...مَالِكِ يَوْمِالدِّينِ ...إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ...اهدِنَــــا الصِّرَاطَالمُستَقِيمَ ...صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِعَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
أمــــــــــين.
Semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin...
Kuala Lumpur: Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. Menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz, turut berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya adalah dua anak, menantu dan cucu. Katanya, jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk dikebumikan sebelum Zohor di Tanah Perkuburan Islam di Cheras Perdana.
Seluruh ahli keluarga dan saudara termasuk daripada Johor dan Singapura dijangka tiba pagi ini untuk membantu menguruskan jenazah Allahyarham. Pelakon veteran itu dimasukkan ke CCU Hospital Kajang malam semalam selepas diserang penyakit jantung. Bagi yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh ke rumah anak bongsunya, Sandakiah di alamat No. 37 Jalan Suasana, 2/2 Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
No comments: