Monday, January 25, 2016

2nd year YusMa Wedding Anniversary

Alhamdulillah...
dalam dok gelak, menangis, berkelahi(cubit dan pukul tak pernah ye), dah 2 tahun hidup bersama. kenal dah lebih 11 tahun (sejak 12.03.2005). Rezeki  belum sampai lagi kat ym. Walaupun hari tu sempat 2 bulan je.. Allah nak bagi yang lain dulu tu. 

Mengimbau balik kenangan persiapan perkahwinan, jenis wifey ni suka plan dan semua yang di plan adakn ditulis dalam buku atau diari kosong termasukla pelan tapak untuk mendirikan khemah majlis perkahwinan hari tu. include skali khemah dan benda² lain yang waktu event nak letak mana. dan hubby pulak, dia cuma cakap dan keluar idea dan duit. atur lah, plan lah macam mana sekalipun, Asal actual date jadi. 

so, 1 year before married memang kami dah atur apa yang patut dan perlu dan tak patut dilakukan. Almaklumlah, kami buat utk dua belah pihak. Since sebelah hubby, mak dah tak ada yang tinggal ayah ja dan sebelah wifey pulak, mak ayah ada. tapi masa tu ayah tak berapa nak sihat dan ditambah pulak jenis wifey yang suka nak berdikari. so, kami plan nak memudahkan kedua² belah pihak. sebelum atur, kami dah tetap berapa bajet utk mas kahwin, hantaran dan segalanya. yang kami boleh kongsi, kami kongsikan. 

masa nak bertunang, wifey ni memang takut nak bagitau mak ayah, tapi lepas dah bagitau mak, alhamdulillah.. mak tolong cakapkan kat ayah. dan ayah pon setuju. tanpa perlu adat merisik. bukan nak melanggar adat. tapi nak memudahkan. raya ke tiga tahun 2013 kami bertunang. memang simple. ada jamuan makan sikit, hantaran semua buat sendiri termasuklah sebelah hubby. kak shitah yang tolong buatkan. masa bertunang, pakai baju mini kurung biasa dengan shawl dan yang paling rare, make up sendiri. berani kau. beberapa hari sebelum majlis gigih wifey study dalam youtube untuk makeup sendiri dan cari barang sendiri. alhamdulillah.. cantik bagi mata ym la.. masa bertunang, hubby serahkan duit pendahuluan rm1000, sebentuk cincin.. cameramen? oh.. guna handphone je. 

mak dan ayah kami bagi masa 4 bulan sahaja untuk bertunang. so, kami perlu cepat. luckly kami dah adjust semua tu. keputusan nya amat menggemibrakan. Allah permudahkan segala urusan kami dari mula sampai selesai.... 

Semoga hubungan halal ini kekal selamanya. dan harapan untuk tahun kedua ini semestinya menimang cahaya mata. InsyaAllah.. 



No comments:

>